Monday, 12 November 2018

Sup Tulang Semudah A,B,C & Sambal Cili Kicap

Bahan-bahan Sup Tulang
  • Tulang Lembu – 1 ½ kg
  • Bunga Lawang – 2 bunga
  • Kulit Kayu Manis – 1 batang
  • Buah Pelaga- 3 biji
(Note : Kat atas ni panggil bahan 3 adik beradik . Lau xnak pening2kan kepala, rembat je kat kedai bunjut sup tulang )
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang Merah – 3 ulas
  • Halia – 1 inci
(Bahan kat atas ni di kisar jadi hancur lau xnak kisar boleh tumbuk, xnak tumbuk, hiris nipis2 pun boleh)
  • Daun Bawang – 1 batang ( potong halus)
  • Daun Sup – 1 pokok – agak2 ( potong halus)
  • Bawang Goreng
  • Air
  • Minyak masak
  • Garam & serbuk perasa knor
( Resepi kat atas ni korang boleh masukkan lobak merah dan batang saderi bagi yang suka sayur, macam laki akak ni, pantang Nampak sayur terus tak lalu makan, sebab tu masak x masukkan semua benda tu.)

Cara-cara
Basuh bersih tulang tersebut, kemudian tumiskan bahan 3 adik beradik tersebut hingga naik bau kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar/ dihiris nipis. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau. Selepas itu,  masukkan air rebusan tulang dan tulang tersebut kedalam kuali dan rebus selama 4 jam sehingga daging empuk. Lagi lama lagi bagus sebab daging mudah di makan.Setelah 4 jam, masukkan perasa ikut rasa korang dan letakkan daun sup n daun bawang dan siap dihidang.



Sambal Cili Kicap
Bahan-bahan
  • Bawang putih 4 biji
  • Cili api/ cili thai 10 biji
  • Kicap
  • Sedikit garam
Cara-cara
Masukkan bawang putih & cili kedalam kuali goreng sebentar dengan sedikit minyak
Angkat dan toskan. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan letakkan kedalam mangkuk dan tuangkan kicap.

Thursday, 8 November 2018

Panduan Mengatasi DEMAM PANAS Kanak-Kanak

Assalammualaikum..sekarang musim hujan lebat..biasalah kalau hujan suhu badan kita pun tak menentu..apatah lagi kanak-kanak, hujan panas hujan panas. Al-maklumlah sekarang musim tengkujuh akhir tahunkan.. so, kebetulan anak sulung akak tak berapa sihat kebelakangan ni. Hari pertama demam ok lagi suhunya, hari kedua suhu tinggi mencecah 39.0C. Jadi yang kita ni ibu risau sangat kalau suhu badan dah sampai tahap bacaan macam tu. Boleh jadi macam-macam, terutamanya SAWAN. Sebelum ni akak da bagi antibiotic, ubat demam 4x sehari..dah masuk ubat peluru jugak (ubat punggung)..tak jalan-jalan jugak.

Last sekali dalam pukul 5.00 pagi, suami akak bergegas ke unit Kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Sampai sana, anak akak terus dimasukkan ubat punggung sekali lagi dan dimandikan dengan air suam. Alhamdulilah anak akak semakin pulih. Tapi semasa perjalanan nk pulih tu, ada jugak akak ikhtiar menggunakan pelbagai kaedah untuk mengurangkan suhu badan anak. Antaranya :

Lendir Bunga Raya - Lendir bunga raya ni sangat manfaat kepada diri kita terutama dari segi kecantikan dan perubatan. Kerana bunga raya ni banyak khasiatnya . Caranya, amik daun bunga raya kemudian tumbuk lumat dan letakkan air sedikit. Sapukan daun tadi keatas kepala kanak-kanak yang demam.



Air Asam Jawa- Ni petua orang lama-lama dulu, dulu akak demam pun mak selalu bancuhkan air dengan asam jawa kemudian lumur di kepala, alhamdulilah reda demam akak. Petua ni pun boleh jugak dibuat dirumah



Mandi dengan air suam-Ok bab ni, akak nak pesan pada ibu-ibu diluar, minta tolong sangat jangan mandikan pesakit dengan air sejuk, sebab, suhu badan tidak akan turun, tapi menyumbang kepada kenaikkan suhu badan pesakit. Jadi  mandikan pesakit dengan air suam sahaja.
Tuam dengan tuala basah-Biasa yang ni akak selalu buat 2 jam atau 1 jam sekali dengan meletakkan tuala basah di celah-celah ketiak, peha, leher dan sekali di dahi dan kepala..Tujuannya adalah untuk mengurangkn suhu badan anak tersebut.



Pantau anak 24 jam-Ini memang wajib, akak buat 2 jam sekali dengan melakukan pemeriksaan suhu badan menggunakan temometer dan menuam anak dengan tuala basah di dahi. Ini sebab nak elakkan suhu semakin naik ke 38.0 C. Sebab bila dah naik suhu ke 38.0C-40.0C, risiko untuk terkena sawan sangat tinggi. Ini salah satu sebab akak memang ambil berat bab pantau-memantau ni.



Tidur di bawah KIPAS bukan AIRCON-OK. Yang ni akak memang akak tidokan anak dibawah kipas bukan aircon, sebab aircon kan da sejuk, bertambah lagilah suhu badan budak tu naik. Better tidokan anak di bawah kipas sahaja.

Jangan pakaikan pakaian tebal & selimut - Ibu-ibu diminta elakkan memakai pakaian tebal dan menyelimut anak ketika anak demam, sebab demam akan semakin naik dan suhu badan akan meningkat. Ini terjadi disebabkan, haba panas di dalam badan tidak Berjaya dikeluarkan oleh tubuh, dan haba yang disimpan akan meningkatkan lagi suhu badan anak.


Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, penting untuk membantu demam kebas dengan cepat. Antara menu utama anak-anak yang biasa akak bagi adalah :-

Sup tulang- Sup tulang dikatakan cukup bagus untuk demam jika direbus lama kerana dapat menguatkan system imum badan  dan mempercepatkan badan sembuh dari badan. Ini kerana, sup tulang mampu merasang sel putih untuk melawan mikro asing dalam badan.


Buah-buahan- Perlu untuk diberi kepada anak-anak supaya dapat meningkatkan kekuatan imum kerana buah-buahan mempunyai banyak khasiat dan vitamin yang pelbagai terutama buah oren yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

Bubur/ Susu – Anak-anak yang mengalami DEMAM sudah tentunya pemakanan mereka pun tidak seimbang, ini kerana ada yang tidak lalu makan sesuatu untuk tubuh mereka melawan peyakit tersebut. Pastikan anak-anak makan sesuatu untuk tubuh mereka seperti bubur atau susu agar badan dapat melawan demam tersebut.


Air – air penting untuk badan seseorang. Perlu anak-anak meminum air untuk meredakan demam panas dan megelakkan dihidrasi yang keterlaluan.


Wednesday, 24 October 2018

Jom Travel : Tempat Menarik di Terengganu

Assalammualaikum…dah lama akak tak updated untuk blog akak. Memandangkan akak kali ni dah tak duduk ofis, bekerja di luar sekarang..kalau duduk ofis dahulu ada jugaklah menyempat update blog ni. Kali ini akak nak berkongsi pengalaman travel ke negeri pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu. Bagi orang KL nak ke Pantai Timur..laluan LPT (Lebuhraya Pantai Timur) menjadi pilihan pengguna jalan raya. Akak bercuti ke pantai timur selama 5H4M dimana 2 malam akak tidur di Kuantan..manakala 2 malam lagi di bandar Kuala Terengganu.

Akak dan family mertua..pergi seramai 9 orang termasuk anak-anak kecik kami. Kami di Terengganu memilih Meriam’s Homestay dan boleh memuatkan seramai 9 orang. Meriam’s Homestay ni terletak berhampiran dengan Pantai Batu Buruk. Lokasinya menarik sebab senang nak cari makan malam dan tengahari. Disekitar pantai batu buruk terdapat banyak kedai makan ICT (Ikan Celup Tepung) dan makanan laut. Ada jugak masakan panas. Homestay ini jugak lengkap dengan set dapur, pingan mangkuk, mesin basuh + sabun kain lagi tu dia bagi….:-)..peti ais, shampoo mandi dan sebagainya.




DAY 1
Kami ke Terengganu selama 4 jam perjalanan dari Kuantan. Sampai di sana kami terus check in. Manakala sebelah petang, kami ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati angin laut dan berjalan sekitar pantai di sana. Selepas tu kami ke gerai makan untuk makan malam. Untuk sebelah malam pula..kami berjalan di sekitar bandar Terengganu dan Dataran Shah Bandar.




DAY 2
Hari seterusnya, sebelah pagi, kami ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak berhampiran Masjid Kristal Tereangganu…sayangnya kami pergi ke sana, masjid tu tak boleh dimasuki oleh pelancong malah sedang melakukan kerja-kerja pembaikpulih masjid tersebut. Di situ, anda juga boleh menaiki Cruise Bot dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Mereka akan membawa anda menrentasi sungai Terengganu. Selepas itu, kami ke Muzium Terengganu yang terletak tidak jauh dari Masjid Kristal. Selepas itu kami ke Pasar Payang, namun, hajat tak sampai sebab jalan terlalu sesak…parking mana-mana penuh. Kami memilih nak datang awal pagi esok. 




Sebelah petang pulak, kami ke Pantai Chendering yang terletak tidak jauh dari Bandar Terengganu. Pantainya pun bersih dan menarik. Sebelum ke Pantai Chendering, kami ke Warung ICT Pok Nong. Sebab , warung ni famous sangat kat sana. Kami sampai kat sana pun dan macam ulaqqq! beraturnya…tempat duduk pulak  jangan cegitelah wei!...penuh..parking pun penuh..kiri kanan orang park. So kami decide tak payah pergi sini. Kita ke Chendering amik angin laut. Untuk malam pulak… kami ke Pantai Batu Buruk..untuk makan malam..sebab tu je pilhan yang ada nak kuar jauh malas lak, baik pergi yang dekat. Kat gerai kami pilih ni..menu kami ada sotong celup tepung, ikan celup tepung, char ki teow panas, air buah, dan sebagainya. Masakan panas pun disediakan, oderr sahaja…semua ada. Selepas tu kami ke Dataran Shah Bandar balik, memandang kat situ banyak booth dan gerai makan Thai dibuka ( Pesta Makan Thai).


Ni ICT di Pantai Batu Buruk

Banyak gerai-gerai menjual makanan di tepi pantai

Dataran Shahbandar pada waktu malam

DAY 3
Awal pagi kami dah check in keluar dari homestay, nak target sampai awal ke Pasar Payang. Mak mertua pulak memang suka singgah kat sana sebab bermacam-macam jenis jualan ada..dari pakaian, cenderahati sampai ke makanan. Kat pasar payang ni, pagi-pagi..area food court ada jual nasi dagang, nasi ayam, sup, nasi air dan macam-macam..mak mertua request nak makan nasi dagang, akhirnya dia jumpa jugak. Selepas tu kami berjalan-jalan sekitar pasar payang..akak lak terus turun kebawah..kat bawah ni ada jual, keropok sira, keropok lekor rebus, keropok keeping, jeruk, serunding, buah-buahan, dan macam-macam..cumaaaaa..bawa duit je lah..hehe…




Selepas selesai shopping, kami ke kampong losong mencari keropok lekor..dan ke Pantai Mak Nik di Kuantan untuk membeli satar.dan makan tengahari di warung Aziz Satar kemudian kami ke Chendor.untuk mencari keropok lekor popular di sana iaitu warung Pak Tam. Dan singgah bermalam di rumah sepupu suami di Kuantan.


DAY 4
Keesokkan paginya, kami bertolak awal untuk pulang ke rumah. Mengambil masa 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke rumah masing-masing..badan pun penat..kami berehat saja di rumah..



Monday, 30 July 2018

Panduan Kenal Pasti Jodoh Anda

Assalammulaikum semua pembaca..apa khabar, dah lama akak tak update blog sejak akak bertukar bidang kerja ni. Akak nak tanya pada pembaca-pembaca perempuan /lelaki..anda sudah diketemukan JODOH anda atau belum? Jika yang sudah ada, teruskan hubungan anda ke hubungan yang HALAL dan SUCI melalui pernikahan yang SAH!. Jika yang sedang mencari, akak akan SHARE sedikit sebanyak  PANDUAN KENALAN  pengalaman akak mengenali suami akak pada awal-awal akak mengenali insan  yang bergelar BIG HERO akak ni.


IKHLAS & BERSAHAJA
Tidak dinafikan, bila berjumpa pertama kali, harus diingatkan cara penampilannya, cara makannya, cara adapnya dengan orang yang lebih tua dan keikhlasan dia menerima kita seadaanya. Jika pasangan anda hanya tampak kepura-puraan pada permulaan perkenalan, acah-acah handsome dan ‘cover’ sini sana. Baik tak payah.


JUMPA MAK & AYAH
Tak sah kan tak jumpa bakal jodoh kita tu, bila seorang lelaki membawa anak dara keluar berjumpa, pastikan bertemankan adik, abang dan kakak. Sebelum keluar tu, berjumpalah dahulu dengan kedua-dua orang tua perempuan tersebut. Ini kerana, bagi mengelakkan kes seperti diculik orang bukan dikenali, dan sebagainya. Jika ibu bapa sudah mengetahui kewujudan lelaki tersebut sebagai teman istimewa pastinya, ibu bapa akan mengambil sikap bertanggungjawab seperti bertanya hendak kemana, balik pukul berapa, di mana perkenalan berlaku dan sebagainya.


SOLAT
Setiap perempuan impikan seorang lelaki yang beriman, begitu sebaliknya. Tidak dinafikan solat itu tiang agama dan pendinding iman kita setiap orang beragama Islam. Bagi tips ni, senang sahaja nak tau seseorang tu solat atau tidak, cuba perhatian waktu solatnya ketika keluar dengannya. Jika waktu solat sudah hampir dan dia segera mengajak anda menunaikan solat tentunya anda sangat bertuah kerana, lelaki ini tau akan kewajipannya sebagai seorang Islam. Jika sebaliknya, lupakanlah hasrat anda untuk memilih dia sebagai suami, ini kerana SOLAT AMAT PENTING dalam institusi keluarga, jika tidak runtuhlah institusi tersebut.


TIDAK BERSENTUHAN
Bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai sifat malu, pastinya mereka tidak ambil kesempatan menyentuh anda sebelum hubungan anda halal. Ini kerana, bila sentuhan pertama berlaku, akan berlakunya adengan lain pula dan syaitan sememangnya akan mengheret dan menghasut pasangan ini ke alam ZINA. Carilah perempuan dan lelaki yang ada sifat malunya, kerana tak semua lelaki yang ada sifat sebegini.


ISTIKHARAH
Jika perkenalan sudah berlaku, akhir sekali buatlah solat istikharah untuk mencari jawapan terakhir anda sebelum akad nikah berlaku. Insya-Allah Allah akan membantu anda memberi jawapan terbaik untuk anda.


Friday, 29 June 2018

Ayam Masak Sambal Kicap Semudah A,B,C.....

Dah lama akak tak update blog, biasalah mana yang ada waktu  senang je akak boleh update, kali ni akak  nak share resepi ayam masak sambal kicap versi ringkas akak..sebab menu nilah yang selalu layan pagi-pagi waktu sahur dengan suami. Ok! jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan
  1. Ayam-  ½ ekor potong 8
  2. Cili kering – ½ gengam ( ikut kepedasananda masing2)  - rebus dan blender
  3. Rempah 3 beradik – bunga lawang, pelage & kulit kayu manis
  4. Bawang merah 2 biji + bawang putih 3 ulas + halia ½ inci  – dikisar/ ditumbuk
  5. Bawang Holland- potong bulat
  6. Cili hijau 3 biji  – belah 2
  7. Tomato - 1 biji belah 4
  8. Kicap-  sudu
  9. Perasa – Serbuk knor 3 rasa
  10. Kunyit
  11. Garam
  12. Air
  13. Minyak masak
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan toskan kemudian gaul dengan kunyit dan garam seterusnya goreng separuh masak. 
  2. Selepas itu guna minyak goreng ayam tadi, masukkan rempah 3 beradik goreng seketika dan terus masukkan bahan kisar. 
  3. Tumis sampai naik bau. Selepas itu, masukkan cili kering yang dah diblender tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kicap, air dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati dan rasa. Kalau rasa dia kurang hanya tambah je serbuk knor tu. 
  4. Selepas itu masukkan tomato, cilik hijau dan bawang Holland tadi , selepas itu masukkan ayam. Ok! Siap dah menu kita kali ni.

**picnya akan akak update **

Friday, 4 May 2018

Penyakit Kaki Tangan & Mulut @ HMFD

Assalammualaikum semua pembaca blog saya, ada sesiapa yang tahu pasal HMFD? OK! Hari ni akak nak bercerita tentang pengalaman akak dalam menangani HMFD yang baru je berlaku pada kedua-dua anak lelaki akak pada minggu lepas. Penyakit ni adalah penyakit berjangkit melalui  sentuhan, cecair dari mulut dan hidung serta najis mereka. Penyakit ini juga dikenali sebagai FLU SINGAPURA atau Hand, Mouth & Foot Disease. Ia boleh menjangkiti golongan kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah. Tempoh jangkitan ini adalah antara 3 hingga 7 hari dengan susulan tanda-tanda HMFD. HMFD juga dikategorikan sebagai penyakit sembuh dengan sendirinya ( self-limiting disease). Namun, penyakit ini akan jadi lebih teruk jika tidak ditangani dengan segera.
Pic : Sumber daripada Google

Tanda-tanda jangkitan HFMD telah berlaku ialah :-
  1. Demam suhu 38 celcius selama 2 -3 hari
  2. Sakit Tekak & Hidung Berair
  3. Ulser mulut
  4. Ruam bintik-bintik merah dan sesentengahnya lepuh di tapak tangan dan kaki
  5. Nafsu makan menurun
  6. Selalu gelisah dan merengek

Anak akak mengalaminya setelah pulang dari bercuti di Langkawi. Pada awalnya, anak sulung mengalami demam yang berterusan selama 2 hari. Pada hari kedualah, akak mengetahui bahawa anak akak menglamai jangkitan HMFD. Ini kerana, sebelum ke klinik, Razin mengalami demam sehingga 39C dan nasib baik akak teringat ubat demam jenispeluru tu. Akak cepat-cepat ambil dan terus sumbat ke punggung anak akak. Sebab bila demam dah tinggi terutama kanak-kanak, anda disarankan terus berjumpa doctor kerana jika tidak dikawal demam tersebut boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak tersebut.


Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes

Selepas tu, akak periksa keseluruh badan Razin, Nampak macam Chicken Pox, terus suruh suami bawa razin ke klinik. Balik je dari Klinik, suami akak bagitahu yang ni bukan lah chicken pox rupa2nya HMFD. Terkejut akak, sebab selama ni ada baca pasal ni dan ada jugak lalu di wall page FB akak tapi akak buat  tak tahu je. Yela, anak belum kena kan, so bila dah kena, akak Google balik pasal ni kenapa benda ni boleh berjangkit dengan anak akak.

Baru akak teringat, Razin pernah duduk di kerusi makan baby di restoran KFC Pantai Cenang dan di RNR Dengkil. Waktu tu akak lupa nak bawa tisu Dettol untuk lap kerusi budak. Akak ingat tak delah apa-apa berlaku, rupanya…urmmm…HMFD.Tapi xpelah , pengajaran bagi akak lain kali bawa anak keluar kene bawa tisu Dettol sekali. Tak kiralah kemana sahaja..

Sepanjang akak jaga anak-anak kene HMFD, pendekatan akak adalah selalu mop rumah dengan Dettol Floor Cleaner 3 kali seminggu, dan membersih pakaian menggunakan sedikti Dettol Antiseptic yang diletakkan ke dalam mesin basuh. Owh! Lupa pulak, pakaian kanak-kanak yang mengalami HMFD perlu diasingkan ek sebab untuk mengelakkan jangkitan itu tersebar dengan orang lain.

Dettol Floor Cleaner
Dettol Antiseptic
Mainan pula akak rendam dengan Dettol Antiseptic.. supaya mainan yang mereka main adalah bersih. Begitu juga kebersihan makanan dan persekitana rumah perlu dijaga.  Makanan pula, berikan makanan yang berkhasiat, dan jika anak anda tiada selera nak makan pastikan mereka boleh menela benda yang lembut seperti bubur atau susu. Penting kanak-kanak HMFD ini makan sebab jika tidak makan, kanak-kanak ni akan mengalami kekurangan zat dalam badan dan sekali gus menyumbang kepada masalah kesihatan .Ini menyebabkan doktor terpaksa hantar ke wad untuk masukkan air dalam badan. Dan jika tak dibendung boleh menyebabkan tahap kesihatan serius dan kematian.


Friday, 27 April 2018

Tip-tip : Travel Bersama Anak Kecil Menaiki Flight

Umumnya kita taukan, bila travel bersama anak-anak kecil akan membataskan pergerakkan kita ke sana sini, dan terutama bagi ibu pulak mesti pening nak memikirkan bagaimana nak packing barang-barang anak, apa yang perlu di bawa dan sebagainya. Bagi yang ada anak2 yang berumur 1 tahun kebawah pulak, perlu memikirkan makanan apa yang perlu dibawa.

Kali ni akak dan keluarga bercuti di Langkawi untuk 3hari 2 malam. Umur anak-anak akak pulak dalam 1 tahun dan 2 tahun 8 bulan. Bagaimana nak handle anak-anak ini dan apa keperluan perlu dibawa untuk travel terutamanya macam akak naik flight pergi ke sana.

Jom! Kita tengok senarai barang yang diperlukan untuk anak-anak anda ketika travel.
  1. Baju Tshirt biasa
  2. Baju jalan
  3. Baju tido
  4. Kasut & stoking
  5. Selipar
  6. Peralatan perubatan – contoh : ubat demam, krim ruam pampers, minyak telon, vick,
  7. Sabun mandian kanak-kanak ( head to toe) – pilih sabun jenis ni untuk memudahkan kerja packing dan menjimatkan ruang bagasi
  8. Tisu basah
  9. Pamper anak- akak bawa 30 keping seorang untuk 3h2m
Makanan baby/ kanak
  1. Bib baby
  2. Termos makanan
  3. Sudu & bekas tertutup
  4. Makanan coucous ( untuk buat bubur bayi )
  5. Serbuk ikan bilis
  6. Biskut baby / biskut chipmore ( untuk anak dewasa)
  7. Botol air anak – bagi ibu yang ada anak kuat minum air kosong, boleh bawanya sekali
Mainan anak-anak
  1. Teething baby
  2. Kereta mainan
  3. Buku warna warni
Container susu
Panduan untuk ibu yang ada anak masih menyusu botol (FM)
  1. Pencuci botol susu & berus ( bagi anak yang menyusu FM)
  2. Termos air panas
  3. Botol susu
  4. Susu tepung ( akak bawa setengah bag susu tepung untuk 3h2m)
  5. Container susu
Ok, akak dah senarai barang-barang di atas. So, kalau ada terkurang sana sini, bole je ibu-ibu diluar sana senaraikan barang tambahan. Bagi ibu yang pertama kali bawa anak naik flight disarankan mengguna bag drypers jenis backpacker, untuk memudahkan perjalanan anda. Untuk pengetahuan, biasanya, ada barang yang perlu dibawa ke kabin dan ada perlu disimpan di luggage.

Bag Drypers jenis Backpacker

Untuk yang ada bayi, anda boleh letakkan dalam BAG DRYPERS
  1. Sepasang baju anak anda
  2. Container susu
  3. Pampers  4 atau 6 keping – anggaran
  4. Tisu basah
  5. Mainan baby
  6. Makanan bayi seperti biskut
  7. Topi
  8. Dettol Anti-Bactreial Wet Wipes ( penting untuk kebersihan anak anda)
Mesti ibu tertanya-tanya, kenapa akak tak bawa air ke dalam flight?. Perlu di ingatkan, air maximum naik ke kabin hanya 100ml dan oleh itu, ibu-ibu jangan risau, sebab di sekitar ruang pelepasan di KLIA2 banyak menyediakan WATER PURIFIER untuk keperluan pengunjung di sana. Kadang-kadang boleh didapati di ruang persalinan pampers anak anda di sana. Sebelum naik flight, pastikan anak-anak anda dalam jagaan anda. Dan jangan risau anda jugak boleh bawa barang-barang anak anda masuk ke kabin seperti susu tepung yang di letakkan dalam container susu, jika anak anda nak menyusu, anda boleh membuat susu dengan meminta air panas & air suam daripada pramugari dalam pesawat. Begitu juga jika anak anda membuang kumbahan secara tiba2, anda boleh menyalin pampers di dalam kabin tersebut, pramugari akan memberi 1 plastik pada anda untuk membungkus sisa pampers anak anda.

 

Ketika kapal terbang berlepas, anda digalakkan menyusu bayi anak anda, ini kerana untuk mengurangkan tekanan & degungan di telinga ketika pesawat berlepas dan begitu jugak ketika pesawat landing di landasan. Selain itu, anda di galakkan menidurkan anak-anak anda untuk memberi keselesaan anak anda dan anda sendiri di dalam kabin pesawat.

Jadi, anak-anak kecil bila travel,ibu-ibu perlu senaraikan barang untuk dibawa, sebab kadang-kadang ibu ni boleh jadi pelupa sedikit disebabkan banyak benda dalam minda nak diingatkan. Jalan lain dengan kata mudah ialah SENARAIKAN barang dahulu sebelum packing di lakukan.

 


Thursday, 26 April 2018

Travel : Pulau Langkawi – Family Day April 2018 3H2M

Hai pembaca blog akak ni, apa khabar semua, dah lama dekat sebulan tak update entry. Biasalah dah jadi mak-mak orang ni ada je aktiviti tak pernah putus-putus datang, bak kata orang buzyyy benar sangat2xx lah! Ok hari ni akak nk bercerita pasal Pulau Langkawi. Akak pergi Langkawi pada 14.4 hingga 16.4 selama 3hari 2 malam.

Akak dan keluarga bertolak dari rawang ke KLIA2 pada 8.30 pagi dan flight akak pun pukul 11.45 pagi. Untuk bagi sesiapa bawa kereta sendiri nak nak parking kat KLIA2 boleh di alu-alukan sebab apa, senang nak bawa kereta sendiri tak payah nak pening-pening cari teksi dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang jugak, parking di KLIA2 sangatlah murah . Bagi 1 hari hanya bayaran dikenakan ialah RM 46.00 akak hari tu pergi 3hari 2 malam hanya RM110 sahaja dikenakan. Sangat berbaloi!


Setibanya flight 11.45am akak berlepas dan sampai di LIA ( Langkawi International Airport) pada pukul  1.15 petang. Lepas akak kat Langkawi akak terus amik kereta sewa yang sudah di tempah awal-awal bagi mengelakkan kereta tiada nanti. Pilihan akak untuk kereta sewa kali ni ialah ANOX TRAVEL SDN BHD. Korang boleh Google dalam website dorang. Ada termasuk package  3H2M untuk 48 jam.  Akak menempah 2 kereta SAGA BLM dan satu kereta MYVI . Total untuk 3 kereta bagi 3H2M ialah RM360.00 so..boleh kirakan 1 hari RM 60.00 untuk sebuah kereta. Tapi bila sampai sana, orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia nampak dimana kan? 

So memang dijanj kereta 2 SAGA BLM & sebuah MYVI tapi yang datangnya  sebuah MITSUBISHI ASX, sebuah NISSAN SENTRA dan sebuah SAGA BLM. Untuk pengetahuan korang, kereta Mitsubishi tu harga sewaan untuk 1 hari bagi bukan season ialah RM 140.00 dan NISSAN SENTRA pulak RM 70.00. Orang dah bagikan, kita lak kebas jela ek. Perjalanan ke hotel kami pulak mengambil masa 20 minit sahaja sebab kami memilih hotel di sekitar Pantai Cenang Langkawi.  Kami pilih di kawasan tersebut ini kerana, pada sebelah malam, kawasan di sini masih hidup, kedai masih buka sehingga pukul 12.00 tengah malam. Jika stay di Pekan Kuah, kedai dan kawasan lain da awal-awal sunyi dari aktiviti macam ni.

Hotel yang kami menginap tu ialah LANGGURA BARON RESORT Pantai Cenang. Kali ni kali ke-2 kami stay ialah nak makan pun just turun je jalan kaki di sepanjang kaki lima kat situ. Macam-macam makanan di jual kat sini. Anda jugak boleh membeli barangan cenderahati kat sini .

14.4.2018 ( SABTU)

Hari pertama kami sampai, kami terus gerak ke PADANG BERAS TERBAKAR, kat sana macam-macam barang dijual. Kebetulan mak ayah nak cari minyak gamat, kami pun bawa mereka kat sini. Harga 10 botol GAMAT berharga RM 12.00. Kemudian kami ke beras terbakar untuk melihat kain batik dan pelekat. Paling kuat memborong kat sini tentulah MAK..haha..yela katanya murah dari Kuala Lumpur. Ok harga kat sini boleh dapat dalam RM 15 – 18 sehelai iku jenama.




Kemudian kami singgah makan di RESTORAN JOM IKAN BAKAR  yang terletak berdekatan dengan airport serta kawasan beras terbakar. Selepas itu kami gerak ke Pantai Cenang untuk check in hotel. Pada belah malam pula aktiviti kami bersambung dengan mengunjungi  COCO VALLY MALL dan THE ZON DUTY FREE MALL untuk membeli coklat dan sebagainya.

15.4.2018 ( AHAD)

Awal-awal pagi lagi kami bertolak ke PANORAMA LANGKAWI serta VILLAGE ORIENTAL  yang terletak berdekatan dengan AIR TELAGA TUJUH. Sebelum bergerak ke sana, kami singgah sarapan dulu di kedai sekitar Cenang dan menyambung perjalanan dalam 20 minit ke sana. Sampai di sana, orang taklah ramai lagi dan tempat letak kereta pun masih banyak kosong. Kemudian kami ke kaunter untuk beli tiket dan harga bagi seorang dewasa ialah RM 40.00 dan kanak-kanak RM 30.00 seorang. RM 40.00 tu package dia termasuk SKYDOME dan 3D ART MUSEUM.



So memang muka masing excited nak naik terutama ayah. Sampai di puncak, kami menerus perjalanan ke SKYBRIGDE dengan menaiki SKYTRAIL dengan bayaran RM15.00 seorang untuk kedua-duanya. Memang best kat atas sana. Tapi bagi yang gayat tidak digalakkan sangat naik di sana.
Selepas menikmati panorama di sana, kami turun dan adik-adik serta mak ayah meneruskan perjalanan ke 3D ART MUSEUM manakala akak n family terus ke kereta, sebab anak-anak meragam. Mungkin penat kot. Kami selesaikan aktiviti kat sana sehingga pukul 1.30 petang dan kami pulang ke hotel untuk berehat serta makan tengah hari.



Kemudian, pukul 3.00 petang kami bergerak ke IDAMAN SURI, DATARAN HELANG dan HIG Group yang terletak di PEKAN KUAH untuk membeli barangan cenderahati dan sebagainya sebelum pulang.Pada sebelah petang dan malam, kami melakukan aktiviti bebas seperti berjalan di sekitar Cenang dan anak-anak pula bermandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel.





16.4.2018 (ISNIN)

Pada pagi ni, kami dah siap bersedia untuk check out. Sebelum kami ke airport, mak request nak pergi balik BERAS TERBAKAR katanya nak beli kain pelekat lagi untuk ayah. Dan kami jugak sempat ke CENANG MALL  sekali lagi untuk membeli coklat tambahan pulak.hehe Flight kami pada pukul  1.45 petang dan sampai di KLIA 2 pada pukul 2.50 petang. Ketika sampai pun, kat KUALA LUMPUR hujan lebat.

Akhirnya kami sampai di rumah dalam pukul 7.00 mlm. Letih tak terhingga dibuatnya.apa –apa pun ayah akak katanya nak pergi sekali lagi. Katanya tak puas.hahaha


Popular Posts