Monday, 30 July 2018

Panduan Kenal Pasti Jodoh Anda

Assalammulaikum semua pembaca..apa khabar, dah lama akak tak update blog sejak akak bertukar bidang kerja ni. Akak nak tanya pada pembaca-pembaca perempuan /lelaki..anda sudah diketemukan JODOH anda atau belum? Jika yang sudah ada, teruskan hubungan anda ke hubungan yang HALAL dan SUCI melalui pernikahan yang SAH!. Jika yang sedang mencari, akak akan SHARE sedikit sebanyak  PANDUAN KENALAN  pengalaman akak mengenali suami akak pada awal-awal akak mengenali insan  yang bergelar BIG HERO akak ni.


IKHLAS & BERSAHAJA
Tidak dinafikan, bila berjumpa pertama kali, harus diingatkan cara penampilannya, cara makannya, cara adapnya dengan orang yang lebih tua dan keikhlasan dia menerima kita seadaanya. Jika pasangan anda hanya tampak kepura-puraan pada permulaan perkenalan, acah-acah handsome dan ‘cover’ sini sana. Baik tak payah.


JUMPA MAK & AYAH
Tak sah kan tak jumpa bakal jodoh kita tu, bila seorang lelaki membawa anak dara keluar berjumpa, pastikan bertemankan adik, abang dan kakak. Sebelum keluar tu, berjumpalah dahulu dengan kedua-dua orang tua perempuan tersebut. Ini kerana, bagi mengelakkan kes seperti diculik orang bukan dikenali, dan sebagainya. Jika ibu bapa sudah mengetahui kewujudan lelaki tersebut sebagai teman istimewa pastinya, ibu bapa akan mengambil sikap bertanggungjawab seperti bertanya hendak kemana, balik pukul berapa, di mana perkenalan berlaku dan sebagainya.


SOLAT
Setiap perempuan impikan seorang lelaki yang beriman, begitu sebaliknya. Tidak dinafikan solat itu tiang agama dan pendinding iman kita setiap orang beragama Islam. Bagi tips ni, senang sahaja nak tau seseorang tu solat atau tidak, cuba perhatian waktu solatnya ketika keluar dengannya. Jika waktu solat sudah hampir dan dia segera mengajak anda menunaikan solat tentunya anda sangat bertuah kerana, lelaki ini tau akan kewajipannya sebagai seorang Islam. Jika sebaliknya, lupakanlah hasrat anda untuk memilih dia sebagai suami, ini kerana SOLAT AMAT PENTING dalam institusi keluarga, jika tidak runtuhlah institusi tersebut.


TIDAK BERSENTUHAN
Bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai sifat malu, pastinya mereka tidak ambil kesempatan menyentuh anda sebelum hubungan anda halal. Ini kerana, bila sentuhan pertama berlaku, akan berlakunya adengan lain pula dan syaitan sememangnya akan mengheret dan menghasut pasangan ini ke alam ZINA. Carilah perempuan dan lelaki yang ada sifat malunya, kerana tak semua lelaki yang ada sifat sebegini.


ISTIKHARAH
Jika perkenalan sudah berlaku, akhir sekali buatlah solat istikharah untuk mencari jawapan terakhir anda sebelum akad nikah berlaku. Insya-Allah Allah akan membantu anda memberi jawapan terbaik untuk anda.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts