Tuesday 13 February 2018

ENFAGROW A+ : Susu Terbaik

Salam semua pembaca blog akak..pertama sekali terima kasih akak ucapkan kepada pembaca blog akak ni yang tak seindah khabarnya berbanding blog orang lainkan…ok hari ni akak nak review sedikit menegnai susu anak akak ni iaitu ENFAGROW A+ STEP 3 ( untuk 1 tahun hingga 3 tahun). Untuk pengetahuan pembaca semua, akak sempat breastfeeding yang si sulung sehingga 6 bulan sahaja..selebihnya akak bergantung pada susu ENFALAC A+..first masa bagi baby sulung akak tu..akak memang tak try and error..sebab masa tu baby akak minum..bahan kumbahan dia tak lah keras sangat..smooth gitu..dan tiada apa2 elergic masa minum susu ni. So akak decide teruskan penyusuan mengunakan ENFALAC A+ sehingga 12 bulan.


Dari segi HARGA pula..urmm..memang top2 gitu..600grm/sekotak harga pada tahun 2015 ialah RM85.00++ gitu..memang susu ni mahal.Tapi bagi akak kepada yang tidak berkemampuan bolehlah mencari susu jenama lain yang bersesuaian dengan anak anda dan kemampuan anda. Jangan terikut2 dengan orang disekeliling. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda.  Susu mempunyai vitamin dan kandungan lengkap yang diperlukan tubuh semanja. 

Selepas anak akak masuk 1 tahun..akak beralih pula kepada susu ENFAGROW A+ (Step 3) untuk umur 1 hingga 3 tahun. Bila da makin besar makin kuranglah harganyakan? Ye dak? Sekarang umur anak akak 2 tahun 5 bulan. Untuk susu ni harga bagi sekotak 600grm ialah RM 54.00++ gitu..akak biasanya beli susu budak-budak ni di SPEEDMART 99. Sebab susunya lebih murah dari tempat lain. Untuk anak akak ni suami akak laburkan duit sekurang-kurangnya RM200++ sebulan sebab anak akak ni makan kurang tapi susu kuat jugak minumnya. Yela budak-budak ni umur macamni memang payah nak ajak makan.Kadang-kadang memilih.

Kenapa akak pilih ENFAGROW A+? Antara sebabnya ialah :-
  • Merupakan keluaran Mead Johnson Nutrition Malaysia dan syarikat peratam melancarkan susu formula rumusan untuk kanak-kanak dengan satu khasiat baru digelar Membran Globul Lemak Susu /Milk Fat Glubule Membrane (MFGM) bagi membekalkan nutrisi lebih seimbang kepada si cilik.

  • MFGM adalah sejenis kompenen yang teridri daripada molekul-molekul bioaktif yang bantu dalam perkembangan otak kanak-kanak serta membentuk imuniti ( daya tahanan badan) mereka.
  • Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil makanan tambahan seperti susu dilengkapi khasiat MFGM menunjukkan perningkatan skor yang ketara dari segi pengawalan emosi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil susu ini.
  • Otak si cilik pula akan membesar tiga kali ganda pada dua tahun pertama dan bias mencapai sehingga 90% saiz dewasa pada lima tahun pertaman. Oleh itu nutrisi yang terkandung dalam susu adalah penting dalam proses awal tumbesaran kanak-kanak.
  • Susu formula ENFAGROW A+ dengan MFGM Complex turut dirumus dengan 40% lebih DHA bagi mempersiapkan diri si cilik dari awal agar otaknya mampu berkembang dengan cerdas di samping mengecapi masa hadapan yang lebih cerah.

  • Kajian siantifik menunjukkan DHA dan MFGM membantu menyokong perkembangan minda dan emosi kanak-kanak Antara kandungannya :-
  1. MFGM Complex
  2. 105mg DHA
  3. PDX + GOS
  4. Yeast Beta Glucant
  5. WITH Choline, Iodine, Vitamin A & Vitamin B12
  6. Zinc & Iron
  7. No sucrose

Kesan peminuman susu ENFAGROW A+. Anak akak yang sulung akak panggil Ajim sahaja, pada umur 2tahun dia dah pandai megenal haiwan dan pandai menyembunyikan bunyian haiwan seperti lembu, katak, kucing dan beberapa lagi haiwan. Selain itu, akak tengok anak akak ni cepat belaja sesuatu dan sudah pandai susun blok/ lego untuk membina bangunan. Daripada itu, banyak juga pekermbangan dilihat melalui pembelajaran seharian anak-anak akak.

Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana, jika berminat nak mencuba susu ENFAGROW ni bolehlah melawati website mereka untuk mendapatkan sampel susu ENFAGROW ni.Ok ni link nya..bole tekan di sini >> https://www.enfagrow.com.my/

Diingatkan, bahawa, zaman sekarang zaman teknologi dan pelbagai isu susu tiruan timbul. Baru-baru ni, susu ENFALAC menjadi sasaran penjenayah yang inginkan keuntungan dengan meletakkan bayi sebagai sasaran. Boleh dilihat pelbagai berita di muka akbar . Bagi mengetahui susu itu original atau tidak. Syarikat Mead Johnson Nutrition Malaysia telah mengeluarkan ciri-ciri produk mereka yang tulen. Anda boleh lihat dibawah ini.

Diambil dalam MyMetro

Kesan pengambilan susu tiruan

Melalui pembelian susu pulak, Mead Johson menawarkan 3 saluran online kalau nak buat pembelian secara online. Iaitu LAZADA, 11STREET and SHOPEE..Pastikan anda melayari setiap website ini memasuki page official store Mead Johson . Bole lihat dibawah ini.>>PEMBELIAN ONLINE





60 comments:

  1. salam...sy ada jual stok susu enfagrow step 3 perisa ori 1.2kg cod ampang call/whatsapp 0172794115

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sis atas perkongsian pengalaman. Susu ni memang bagus, anak kawan pakai sampai sekarang. Cuma faktor harga susu enfagrow jadi sebab ramai x sanggup. Memang mahal, mujurlah berkhasiat. Berbaloilah dengan harganya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sis..semua susu pun ada khasiatnya masing-masing..bergantung pada ibu bapa untuk memilih.

      Delete
    2. Ssu enfalac ni bgs ke untuk bby 1 thn

      Delete
  3. Nak tanya bancuhan enfagrow A+ langkah 3 untuk sukatan air 5oz mcm mana jer?sekarang saya bancuh 5oz =2.5 sudu.

    ReplyDelete
  4. https://www.enfagrow.com.my/products/new-enfagrow-step-3-1-3-years

    As salam..boleh rujuk link diatas cara bancuhan susu ENFAGROW STEP 3 yang betul.

    ReplyDelete
  5. Susu perisa plain, madu dan vanilla..bancuhan 4scop =190ml

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis, memang bancuhan sebenar yg nie kan? Sbb sye bru first time nk try, Dan confius cara bancuhan nye... Mntak tlng tunjuk ajar sis, sbb botol anak sye x tulis oz, cume ml saja... Tuhh pening tuhh...

      Delete
  6. Salam..sye nk tanya..susu ni lepas bancuh..brpe lama boleh tahan..kadang2 anak minum xhabis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..biasa bagi susu yang sudah disentuh dan diminum oleh anak..boleh bertahan sehingga 2 jam sahaja. Lepas 2 jam, susu yang disentuh tidak bole diminum. Kalau susu yang sudah dibuat tapi tidak diminum oleh baby / disentuh boleh tahan sampai 3 lebih bergantung pada cara penyimpanan. Diingatkan susu yg dibancuh jangan diletakkan dibawah suhu/cuaca yang panas.

      Delete
  7. maaf sis nak tnya.tak silap belakang kotak ada tulis susu boleh simpan dalam peti ais dan boleh habiskan dlm masa 24 jam.betul ke?kalau yg madu umur setahun sesuai tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam sis.. Bole sahaja.. Janji jgn letak dibawah suhu panas.. Kalau tak, dia akan berbau masam.. Dan tak elok diberikan kepada baby..utk flavour madu.. Saya tak pasti kalau baby sis suka perisa tu..kalau nak try and error boleh request sample susu di website enfagrow

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam. Nak tny laa beza rasa enfagrow yg asli dan vanilla ?? Sebab anak guna yg asli tp lately ni najis dia cair.. Tak thu kenapa

    ReplyDelete
  10. Waalaikummusalam..Beza rasa asli..rasanya mcm biasa..kalau vanilla..rasa mcm perisa vanila contoh rasa aiskrim vanila..kalau najis cair maybe susu yg diberi tak sesuai..sis bole cari alternatif lain utk tukar susu..tapii..saya lebih selesa sis rujuk pada doktor sebab maybe doktor akan suggest mana susu yg ok bagi baby puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok baik sis.. Terima kasih sis.. Will refer dgn doc soon

      Delete
  11. salam sis2 boleh sye tahu..cara bancuh susu yg btul untuk Enfalac A+ lagkah 1 .. kalau 1 oz .. berapa scop ya ?

    ReplyDelete
  12. Waalaikummussalam..untuk bancuhan susu enfalac, sis boleh refer pada manual bancuhan di kotak susu. Setiap kotak susu mesti ada cara bancuhannya..biasa saya buat 1oz=1scoop..tp saya lebih selesa buat 2oz=1scoop..sbb nak elak baby sembelit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalam mualaikum cik saya nak tanya kalau susu enfalack step 2 kalau 4 oz 3 scop boleh keh cik , sebab kalau 4 oz 4 scop saya takut anak sembelit , baby berumur 9 bulan ok keh cik 4 oz 3 scop susu

      Delete
  13. Salam..nak tnya..anak saya 1tahun..dan skrg dye minum susu enfagrow step3..saya slalu buat air 4oz susu 2scoop..tp skrg ni dye asyk buang air besar xlawas..kdng2 sampai kne sembelit..kdng2 berak cair..so mcm mne ye??perlu ke saya cair kn susu or pekat kn susu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..bancuhan sis tu dah betul..kalau saya, suka buat 2 scoop susu = 6oz air..utk elak sembelit..sbb scoop susu enfagrow besar ( 1 scoop enfagrow = 2 scoop susu biasa). Najis cair tu macamana sis? macam cirit birit ke..atau cair biasa?

      Delete
    2. kalau cair biasa rasanya takde masalah, jangan cair macam najis cirit birit..tapi saya suka sis rujuk pada doktor untuk tentukan susu mana yang baik untuk anak sis. Sebab anak no 2 saya tak boleh minum susu enfagrow..saya bagi anmum step 1..susu enfagrow ni anak no 1 saya minum. setakat ni sampai step 2 saya guna tiada masalah pada anak saya.

      Delete
  14. Assalamualaikum sis, anak saya cirit birit dah hampir 2 mggu.. saya ke klinik dan hospital hanya dapat paket air garam.. bila nak tukar susu dr kata xde masalah dgn susu.. apa patut saya buat yer.. dan susu rumusan yang macam mana baik untuk bayi 1 tahun yang cirit-birit dan susah nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..kalau sudah hampir 2 minggu dan cirit birit tu bermula dengan susu yang diminum si baby, saya cadangkan tukar ke susu yang lain, sebab mungkin tidak serasi dengan si baby puan, sebelum membeli peket susu yang besar, puan boleh mohon sample di website susu ya untuk try n error pada baby samaada sesuai atau tidak, contohnya anmmum.

      Delete
  15. Hai guna susu enfagrow step 3. Permulaan guna seperti biasa ank buang air ok.. Tp skg ank buang najis yg berketul keras.. Adakh sbb faktor susu xsesuai atau pemakanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakanan pun ada berkaitan juga dengan najis berketul..kdg2 susu jugak ada penyumbangnya..jika tak sesuai puan bole cr alternatif lain berikan susu jenama lain..atau bole rujuk pada doktor utk mdptkan kepastian.

      Delete
  16. Salam . Saya nak tnya. Anak sy baru start harini minum susu enfagrow step 3 . Sudu dia besar dari enfalac kan . Macam mna cara bancuhan .? Satu scope berapa oz air ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummussalam..biasanya, saya buat 2scoop susu bersamaan 6OZ air botol susu..

      Delete
  17. salam hai.. sesuai tk jika bayi berumur 11 bulaninum step 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..maaf puan, tidak sesuai untuk anak bawah 1 tahun.

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. salam..nk tnye..ank sy guna enfalac a+ step 1..mslah kerap muntah...knpa ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..mungkin susu tidak bersesuaian dengan anak puan. Puan boleh rujuk pada doktor susu apa yang baik dan sesuai untuk anak puan. Kadang-kadang anak ni, lebih sesuai dengan susu yang lain. Macam anak no 2 saya, sesuai kepada susu Annmum.

      Delete
  20. Hai, harini bru anak 1thn.dri elfalac a+ nk bertukar ke enfagrow step3. Betul tak anggaran saya, 1skop susu, air 3atau4oz. Klu 2scop air 6oz.sila balas. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum..ya..betul sis, maaf lewat balas..biasa saya buat bancuhan pada anak saya 2 scoop utk 6 oz.

      Delete
    2. tq sis... dr umur ank lahir hingga skrg setahun ank minum enfalac... najis jd cair sgt... pas tu tukar ke anmum hingga skrg da 2y5m tp najis jd keras pula... (x pasti klu anmum jd penyebab) skrg plan nak tukar susu ke enfagrow... hrp2 serasi la dia dgn susu ni...

      Delete
    3. semoga sis dapat jumpa susu yang sesuai untuk anak sis..:-)

      Delete
  21. hai sis nk tnya step 2 to mcm mna ank sya dh setahun ptot ka ambik step 2 atau kna ambik yg step 3 trus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis, terpulang pada sis, tapi kalau berdasarkan pengalaman saya..saya terus ambil STEP 3..

      Delete
  22. salam... saya nak tanya anak saya baru nak minum susu enfalac step 1.. skrg umur anak da 5bln.. contoh la saya nk amik step 2 terus boleh ke? maaf la saya first baby susu bdan lak drop dr die lahir lagi mmg mcm2 jenis susu sye.. sebelum ne saya snow tp skrg anak saya da tak xnak terima lak.. jadi say tukar kepada enfalac step 1 dlu.. tengok dia minum ok... je, cume saya nk tanya klu umur 6bln kite kena tukar kepada step 2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..kalau saya,saya stay akan stay lagi dengan susu ENFALAC STEP 1, sebab selagi dia serasi dan ok pada anak..saya teruskan sampai mencecah umur setahun..lepas setahun baru saya beralih kepada ENFAGROW STEP 3..lagipun sesuai umur 0-12bulan..manakala ENFALAC STEP 2 untuk 6-18bulan. Terpulang pada sis untuk s/ada sis nak teruskan yang STEP 1 atau beralih kepada STEP 2.

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Hi sis, anak saya baru saja tukar susu enfagrow step 3, klu bancuhan susu 7oz 3scoop OK tak? Klu bagi 6oz dia tak cukup.

    ReplyDelete
  25. Hi sis, anak saya baru saja tukar susu enfagrow step 3, klu bancuhan susu 7oz 3scoop OK tak? Klu bagi 6oz dia tak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis, maaf lambat reply, boleh je sis..saya pun bancuh susu dengan sukatan tu..bergantung pada najis anak2..sebab, kadang-kadang ada anak najisnya keras kalau terlebih scoop bancuhan.

      Delete
  26. Ank sya berak keras sya ingt nk try susu nie sesuai kew utk ank sya?? Sya sdry png xtau nk try yg mna ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.enfagrow.com.my/user/sample
      Salam sis, saya tak boleh bagi jawapan pada soalan sis, sis yang saja tau anak2 itu sesuai ke tidak untuk susu tu. Jadi, saranan saya..sis boleh request sample susu dulu untuk try n error..saya ada lampirkan link tersebut di atas ni.

      Delete
    2. Maaf mencelah..kalo sembelit..try bg anak susu novamil kid it..mmg sesuai utk anak sembelit.anak sy minum susu tu.dulu nak berak nangis2 taik keras.sekrg dh ok..kalo beli kt shopee harga dia rm73 utk 800g..

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam sis..nk tnye anak sy 2bln mnum susu enfalac step 1..kalau die membuang 2 hari skli ok ke x?

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum.. Enfalac A+ ni rasa dia mmg pahit2 sedikit ke. Yg dewasa mnum pon dh rase pahit kesian dkt bb la nk bagi dia mnum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ank sye 2tahun lebih pn x suka mnum susu enfagrow ni maka sy nk sgt bagi dye mnum susu enfgrow ni bagus utk minda..

      Delete
  30. salam sis..nak tnya kalu budk 2thn minum susu ni tidk sembelit ker?ank sya dh mcm² susu sya cuba tapi tetap sembelit tu dtng..prtanyaan sya skrng..sya nak tau sesuai atau tidk untuk budk yg kerap smbelit minum susu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,boleh dapatkan sample dulu di website enfagrow secara percuma.. Untuk beri pada anak sis. Kalau anak saya setakat 6y consume tak ada sembelit..it's depend pada bdn anak tu sendiri..

      Delete
  31. Sehari bole bg berapa kali susu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa saya bagi ikut kemahuan anak.. Tp better bg dia lebih makann dr susu..

      Delete
  32. Salam.. Sy keliru utk bancuh enfagrow mindpro step 3.. Kt kotak tu Tulis 1 sudu bersamaan dgn 47.5ml air. Tp 4 sudu bersamaan dgn 216ml..confusing btul. Sis bancuh mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 scoop) = 190ml jer. Kotak pun tulis 190ml.190ml ni air suam.bila dah masuk tepung semua dia tu jadi 216ml

      Delete

Popular Posts