Hai pembaca blog akak ni, apa khabar semua, dah lama dekat
sebulan tak update entry. Biasalah dah jadi mak-mak orang ni ada je aktiviti
tak pernah putus-putus datang, bak kata orang buzyyy benar sangat2xx lah! Ok
hari ni akak nk bercerita pasal Pulau Langkawi. Akak pergi Langkawi pada 14.4
hingga 16.4 selama 3hari 2 malam.
Akak dan keluarga bertolak dari rawang ke KLIA2 pada 8.30 pagi dan flight akak pun pukul 11.45 pagi. Untuk bagi sesiapa bawa kereta sendiri nak nak parking kat KLIA2 boleh di alu-alukan sebab apa, senang nak bawa kereta sendiri tak payah nak pening-pening cari teksi dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang jugak, parking di KLIA2 sangatlah murah . Bagi 1 hari hanya bayaran dikenakan ialah RM 46.00 akak hari tu pergi 3hari 2 malam hanya RM110 sahaja dikenakan. Sangat berbaloi!
Akak dan keluarga bertolak dari rawang ke KLIA2 pada 8.30 pagi dan flight akak pun pukul 11.45 pagi. Untuk bagi sesiapa bawa kereta sendiri nak nak parking kat KLIA2 boleh di alu-alukan sebab apa, senang nak bawa kereta sendiri tak payah nak pening-pening cari teksi dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang jugak, parking di KLIA2 sangatlah murah . Bagi 1 hari hanya bayaran dikenakan ialah RM 46.00 akak hari tu pergi 3hari 2 malam hanya RM110 sahaja dikenakan. Sangat berbaloi!
Setibanya flight 11.45am akak berlepas dan sampai di LIA (
Langkawi International Airport) pada pukul
1.15 petang. Lepas akak kat Langkawi akak terus amik kereta sewa yang
sudah di tempah awal-awal bagi mengelakkan kereta tiada nanti. Pilihan
akak untuk kereta sewa kali ni ialah ANOX TRAVEL SDN BHD. Korang boleh Google
dalam website dorang. Ada termasuk package
3H2M untuk 48 jam. Akak menempah
2 kereta SAGA BLM dan satu kereta MYVI . Total untuk 3 kereta bagi 3H2M ialah
RM360.00 so..boleh kirakan 1 hari RM 60.00 untuk sebuah kereta. Tapi bila
sampai sana, orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia nampak dimana kan?
So memang dijanj kereta 2 SAGA BLM & sebuah MYVI tapi yang datangnya sebuah MITSUBISHI ASX,
sebuah NISSAN SENTRA dan sebuah SAGA BLM. Untuk pengetahuan korang, kereta
Mitsubishi tu harga sewaan untuk 1 hari bagi bukan season ialah RM 140.00 dan NISSAN SENTRA pulak RM 70.00. Orang dah bagikan, kita lak kebas jela ek.
Perjalanan ke hotel kami pulak mengambil masa 20 minit sahaja sebab kami
memilih hotel di sekitar Pantai Cenang Langkawi. Kami pilih di kawasan tersebut ini kerana,
pada sebelah malam, kawasan di sini masih hidup, kedai masih buka sehingga
pukul 12.00 tengah malam. Jika stay di Pekan Kuah, kedai dan kawasan lain da
awal-awal sunyi dari aktiviti macam ni.
Hotel yang kami menginap tu ialah LANGGURA BARON RESORT
Pantai Cenang. Kali ni kali ke-2 kami stay ialah nak makan pun just turun je
jalan kaki di sepanjang kaki lima kat situ. Macam-macam makanan di jual kat
sini. Anda jugak boleh membeli barangan cenderahati kat sini .
14.4.2018 ( SABTU)
Hari pertama kami sampai, kami terus gerak ke PADANG BERAS TERBAKAR, kat sana macam-macam barang dijual. Kebetulan mak ayah nak cari
minyak gamat, kami pun bawa mereka kat sini. Harga 10 botol GAMAT berharga RM
12.00. Kemudian kami ke beras terbakar untuk melihat kain batik dan pelekat.
Paling kuat memborong kat sini tentulah MAK..haha..yela katanya murah dari
Kuala Lumpur. Ok harga kat sini boleh dapat dalam RM 15 – 18 sehelai iku
jenama.
Kemudian kami singgah makan di RESTORAN JOM IKAN BAKAR yang terletak berdekatan dengan airport serta
kawasan beras terbakar. Selepas itu kami gerak ke Pantai Cenang untuk check in
hotel. Pada belah malam pula aktiviti kami bersambung dengan mengunjungi COCO VALLY MALL dan THE ZON DUTY FREE MALL untuk
membeli coklat dan sebagainya.
15.4.2018 ( AHAD)
Awal-awal pagi lagi kami bertolak ke PANORAMA LANGKAWI serta
VILLAGE ORIENTAL yang terletak
berdekatan dengan AIR TELAGA TUJUH. Sebelum bergerak ke sana, kami singgah
sarapan dulu di kedai sekitar Cenang dan menyambung perjalanan dalam 20 minit
ke sana. Sampai di sana, orang taklah ramai lagi dan tempat letak kereta pun masih
banyak kosong. Kemudian kami ke kaunter untuk beli tiket dan harga bagi seorang
dewasa ialah RM 40.00 dan kanak-kanak RM 30.00 seorang. RM 40.00 tu package dia
termasuk SKYDOME dan 3D ART MUSEUM.
So memang muka masing excited nak naik
terutama ayah. Sampai di puncak, kami menerus perjalanan ke SKYBRIGDE dengan
menaiki SKYTRAIL dengan bayaran RM15.00 seorang untuk kedua-duanya. Memang best
kat atas sana. Tapi bagi yang gayat tidak digalakkan sangat naik di sana.
Selepas menikmati panorama di sana, kami turun dan adik-adik
serta mak ayah meneruskan perjalanan ke 3D ART MUSEUM manakala akak n family
terus ke kereta, sebab anak-anak meragam. Mungkin penat kot. Kami selesaikan
aktiviti kat sana sehingga pukul 1.30 petang dan kami pulang ke hotel untuk
berehat serta makan tengah hari.
Kemudian, pukul 3.00 petang kami bergerak ke
IDAMAN SURI, DATARAN HELANG dan HIG Group yang terletak di PEKAN KUAH untuk
membeli barangan cenderahati dan sebagainya sebelum pulang.Pada sebelah petang dan malam, kami melakukan aktiviti bebas
seperti berjalan di sekitar Cenang dan anak-anak pula bermandi manda di kolam
yang disediakan oleh pihak hotel.
16.4.2018 (ISNIN)
Pada pagi ni, kami dah siap bersedia untuk check out.
Sebelum kami ke airport, mak request nak pergi balik BERAS TERBAKAR katanya nak
beli kain pelekat lagi untuk ayah. Dan kami jugak sempat ke CENANG MALL sekali lagi untuk membeli coklat tambahan
pulak.hehe Flight kami pada pukul 1.45
petang dan sampai di KLIA 2 pada pukul 2.50 petang. Ketika sampai pun, kat
KUALA LUMPUR hujan lebat.
Akhirnya kami sampai di rumah dalam pukul 7.00 mlm. Letih
tak terhingga dibuatnya.apa –apa pun ayah akak katanya nak pergi sekali lagi.
Katanya tak puas.hahaha
No comments:
Post a Comment