Wednesday, 24 October 2018

Jom Travel : Tempat Menarik di Terengganu

Assalammualaikum…dah lama akak tak updated untuk blog akak. Memandangkan akak kali ni dah tak duduk ofis, bekerja di luar sekarang..kalau duduk ofis dahulu ada jugaklah menyempat update blog ni. Kali ini akak nak berkongsi pengalaman travel ke negeri pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu. Bagi orang KL nak ke Pantai Timur..laluan LPT (Lebuhraya Pantai Timur) menjadi pilihan pengguna jalan raya. Akak bercuti ke pantai timur selama 5H4M dimana 2 malam akak tidur di Kuantan..manakala 2 malam lagi di bandar Kuala Terengganu.

Akak dan family mertua..pergi seramai 9 orang termasuk anak-anak kecik kami. Kami di Terengganu memilih Meriam’s Homestay dan boleh memuatkan seramai 9 orang. Meriam’s Homestay ni terletak berhampiran dengan Pantai Batu Buruk. Lokasinya menarik sebab senang nak cari makan malam dan tengahari. Disekitar pantai batu buruk terdapat banyak kedai makan ICT (Ikan Celup Tepung) dan makanan laut. Ada jugak masakan panas. Homestay ini jugak lengkap dengan set dapur, pingan mangkuk, mesin basuh + sabun kain lagi tu dia bagi….:-)..peti ais, shampoo mandi dan sebagainya.




DAY 1
Kami ke Terengganu selama 4 jam perjalanan dari Kuantan. Sampai di sana kami terus check in. Manakala sebelah petang, kami ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati angin laut dan berjalan sekitar pantai di sana. Selepas tu kami ke gerai makan untuk makan malam. Untuk sebelah malam pula..kami berjalan di sekitar bandar Terengganu dan Dataran Shah Bandar.




DAY 2
Hari seterusnya, sebelah pagi, kami ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak berhampiran Masjid Kristal Tereangganu…sayangnya kami pergi ke sana, masjid tu tak boleh dimasuki oleh pelancong malah sedang melakukan kerja-kerja pembaikpulih masjid tersebut. Di situ, anda juga boleh menaiki Cruise Bot dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Mereka akan membawa anda menrentasi sungai Terengganu. Selepas itu, kami ke Muzium Terengganu yang terletak tidak jauh dari Masjid Kristal. Selepas itu kami ke Pasar Payang, namun, hajat tak sampai sebab jalan terlalu sesak…parking mana-mana penuh. Kami memilih nak datang awal pagi esok. 




Sebelah petang pulak, kami ke Pantai Chendering yang terletak tidak jauh dari Bandar Terengganu. Pantainya pun bersih dan menarik. Sebelum ke Pantai Chendering, kami ke Warung ICT Pok Nong. Sebab , warung ni famous sangat kat sana. Kami sampai kat sana pun dan macam ulaqqq! beraturnya…tempat duduk pulak  jangan cegitelah wei!...penuh..parking pun penuh..kiri kanan orang park. So kami decide tak payah pergi sini. Kita ke Chendering amik angin laut. Untuk malam pulak… kami ke Pantai Batu Buruk..untuk makan malam..sebab tu je pilhan yang ada nak kuar jauh malas lak, baik pergi yang dekat. Kat gerai kami pilih ni..menu kami ada sotong celup tepung, ikan celup tepung, char ki teow panas, air buah, dan sebagainya. Masakan panas pun disediakan, oderr sahaja…semua ada. Selepas tu kami ke Dataran Shah Bandar balik, memandang kat situ banyak booth dan gerai makan Thai dibuka ( Pesta Makan Thai).


Ni ICT di Pantai Batu Buruk

Banyak gerai-gerai menjual makanan di tepi pantai

Dataran Shahbandar pada waktu malam

DAY 3
Awal pagi kami dah check in keluar dari homestay, nak target sampai awal ke Pasar Payang. Mak mertua pulak memang suka singgah kat sana sebab bermacam-macam jenis jualan ada..dari pakaian, cenderahati sampai ke makanan. Kat pasar payang ni, pagi-pagi..area food court ada jual nasi dagang, nasi ayam, sup, nasi air dan macam-macam..mak mertua request nak makan nasi dagang, akhirnya dia jumpa jugak. Selepas tu kami berjalan-jalan sekitar pasar payang..akak lak terus turun kebawah..kat bawah ni ada jual, keropok sira, keropok lekor rebus, keropok keeping, jeruk, serunding, buah-buahan, dan macam-macam..cumaaaaa..bawa duit je lah..hehe…




Selepas selesai shopping, kami ke kampong losong mencari keropok lekor..dan ke Pantai Mak Nik di Kuantan untuk membeli satar.dan makan tengahari di warung Aziz Satar kemudian kami ke Chendor.untuk mencari keropok lekor popular di sana iaitu warung Pak Tam. Dan singgah bermalam di rumah sepupu suami di Kuantan.


DAY 4
Keesokkan paginya, kami bertolak awal untuk pulang ke rumah. Mengambil masa 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke rumah masing-masing..badan pun penat..kami berehat saja di rumah..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts