Bahan-bahan
- Ayam- ½ ekor potong 8
- Cili kering – ½ gengam ( ikut kepedasananda masing2) - rebus dan blender
- Rempah 3 beradik – bunga lawang, pelage & kulit kayu manis
- Bawang merah 2 biji + bawang putih 3 ulas + halia ½ inci – dikisar/ ditumbuk
- Bawang Holland- potong bulat
- Cili hijau 3 biji – belah 2
- Tomato - 1 biji belah 4
- Kicap- sudu
- Perasa – Serbuk knor 3 rasa
- Kunyit
- Garam
- Air
- Minyak masak
Cara-cara
- Bersihkan ayam dan toskan kemudian gaul dengan kunyit dan garam seterusnya goreng separuh masak.
- Selepas itu guna minyak goreng ayam tadi, masukkan rempah 3 beradik goreng seketika dan terus masukkan bahan kisar.
- Tumis sampai naik bau. Selepas itu, masukkan cili kering yang dah diblender tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kicap, air dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati dan rasa. Kalau rasa dia kurang hanya tambah je serbuk knor tu.
- Selepas itu masukkan tomato, cilik hijau dan bawang Holland tadi , selepas itu masukkan ayam. Ok! Siap dah menu kita kali ni.
No comments:
Post a Comment