Tuesday, 15 August 2017

Pil Perancang NORIDAY VS IMPLAN

Sedia maklum..perancang dalam keluarga sangat  penting agar susun aturkeluarga yang dilahirkan berkualiti dan bukan mengukur kuantiti. Jika kuantiti banyak tapi kualiti tidak dijaga apkah hasilnya..anak-anak kita perlukan perhatian kita..bagi yang suri rumah mungkin lebih dekat dengan anak-anak sebab anak dijaga oleh ibunya sendiri manakala bagi ibu yang berkerjaya pula hanya waktu malam sahaja boleh dikatakan masa luang bersama anak-anak terhad.

Jadi, perancang keluarga perlu ada dalam keluarga dan ia juga dipanggil family planning. Jadi akak juga tidak ketinggalam dalam isu ini.  Pada masa anak pertama dahulu akak memang merancangs sendiri dan tidak makan pil namun selepas melahirkan anak kedua. Akak mula merancang dengan mengambil implant..yup..waktu duduk di wad dahulu..doktor ada offerkan aku jika nak buat implant boleh terus booking slot dan Cuma hadirkan diri untuk memasang implant. Doktor ada bagitahu harga pasang implant adalah RM515.00 termasuk kos pemasangan ( harga tahun 2017 bulan April di Klinik Pakar, Hospital Sungai Buloh). Jadi aku diberi buku kecil untuk appointment tersebut.

Tarikh appointment aku pada 3/8/2017 pukul 2 petang namum akak tidak hadirkan diri ..SEBAB…urmm akak terpengaruh bacaan di blog-blog mak-mak sana mengenai keburukan implant. Yela ada yang cakap kalau implant tidak sesuai dengan badan kita, kita rasa pening memanjang terpaksalah kene buang..kan da nama satu pembaziran. Sebab aku  kata pembaziran kan buat implant ni mahal RM 500++ gitu. So akak decide tak nak buat implant. Jadi akak try pil perancangan NORIDAY yang akak beli kat farmasi. Pil Noriday ni sesuai  untuk mak-mak yang masih menyusu badan untuk baby mereka sebab pil ini tidak mengeringkan susu badan kita.

Akak pun mencuba pil NORIDAY tersebut. So resultnya akak akan share kat bawah. Sebelum tu akak nak bagitahu apa itu implant dan pil perancang NORIDAY dan kesannya .



NORIDAY 
Pil mengandungi hormone progestin sahaja.

Cara pengambilannya 
Makan berterusan 28 pil dan jangan tinggalkan1 pun di papan ubat tersebut walaupun kita datang haid ke tidak.


Kesan pada diri aku bila aku guna pil ni..tiada rasa pening,tiada rasa loya, selera makan bertambah, mood pulak kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok ( biasalah perubahan hormon), haid on off on off..macam malu-malu kucing nak datangnya..huhu..yang lain semua ok.





IMPLAN
Jenis perancang untuk jangka panjang (3 tahun) .Berbentuk lidi dan dipasang bawah lengan.

Cara implan dipasang
Doktor menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius diberi di tempat pemasangan dan diikuti pemasangan implan kemudian lengan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. 

Kesannya perubahan hormon ada yang pening, perubahan emosi, kurang nafsu seks, kitaran haid tidak menentu, rambut gugur dan sengugut.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts