Pic : Sumber daripada Google |
Tanda-tanda jangkitan HFMD telah berlaku ialah :-
- Demam suhu 38 celcius selama 2 -3 hari
- Sakit Tekak & Hidung Berair
- Ulser mulut
- Ruam bintik-bintik merah dan sesentengahnya lepuh di tapak tangan dan kaki
- Nafsu makan menurun
- Selalu gelisah dan merengek
Anak akak mengalaminya setelah pulang dari bercuti di
Langkawi. Pada awalnya, anak sulung mengalami demam yang berterusan selama 2
hari. Pada hari kedualah, akak mengetahui bahawa anak akak menglamai jangkitan
HMFD. Ini kerana, sebelum ke klinik, Razin mengalami demam sehingga 39C dan
nasib baik akak teringat ubat demam jenispeluru tu. Akak cepat-cepat ambil dan
terus sumbat ke punggung anak akak. Sebab bila demam dah tinggi terutama
kanak-kanak, anda disarankan terus berjumpa doctor kerana jika tidak dikawal
demam tersebut boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak tersebut.
Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes |
Selepas tu, akak periksa keseluruh badan Razin, Nampak macam
Chicken Pox, terus suruh suami bawa razin ke klinik. Balik je dari Klinik,
suami akak bagitahu yang ni bukan lah chicken pox rupa2nya HMFD. Terkejut akak,
sebab selama ni ada baca pasal ni dan ada jugak lalu di wall page FB akak tapi
akak buat tak tahu je. Yela, anak belum
kena kan, so bila dah kena, akak Google balik pasal ni kenapa benda ni boleh
berjangkit dengan anak akak.
Baru akak teringat, Razin pernah duduk di kerusi makan
baby di restoran KFC Pantai Cenang dan di RNR Dengkil. Waktu tu akak lupa nak
bawa tisu Dettol untuk lap kerusi budak. Akak ingat tak delah apa-apa berlaku,
rupanya…urmmm…HMFD.Tapi xpelah , pengajaran bagi akak lain kali bawa anak
keluar kene bawa tisu Dettol sekali. Tak kiralah kemana sahaja..
Sepanjang akak jaga anak-anak kene HMFD, pendekatan akak
adalah selalu mop rumah dengan Dettol Floor Cleaner 3 kali seminggu, dan
membersih pakaian menggunakan sedikti Dettol Antiseptic yang diletakkan ke
dalam mesin basuh. Owh! Lupa pulak, pakaian kanak-kanak yang mengalami HMFD
perlu diasingkan ek sebab untuk mengelakkan jangkitan itu tersebar dengan orang
lain.
Dettol Floor Cleaner |
Dettol Antiseptic |
Mainan pula akak rendam dengan Dettol Antiseptic.. supaya
mainan yang mereka main adalah bersih. Begitu juga kebersihan makanan dan
persekitana rumah perlu dijaga. Makanan
pula, berikan makanan yang berkhasiat, dan jika anak anda tiada selera nak
makan pastikan mereka boleh menela benda yang lembut seperti bubur atau susu.
Penting kanak-kanak HMFD ini makan sebab jika tidak makan, kanak-kanak ni akan mengalami kekurangan zat dalam badan dan sekali gus menyumbang kepada masalah kesihatan .Ini menyebabkan doktor terpaksa hantar ke wad untuk masukkan air dalam badan. Dan jika tak dibendung
boleh menyebabkan tahap kesihatan serius dan kematian.
No comments:
Post a Comment