Thursday, 12 October 2017

Resepi : Sandwich Tuna

Salam semua..dah lama akak tak update blog..sebab terlalu sibuk sangat dengan tugas-tugas akak sebagai  isteri orang..huhu..ok hari ni akak nak berkongsi tentang resepi sandwich akak..sebab pada 7 dan 8 oktober hari tu akak dan family pergi berjalan-jalan dengan mertua. Dan sedia maklum…mak mertua akak ni jenis memilih restoran dan kalau nak cari tempat makan mesti amik masa lama..so akak nak jimatkan masa akak pilih  sediakan makanan tengahari untuk berpicnic di hadapan MARDI Cameron Highland. Pukul 4.30 pagi akak da bangun terkial-kial mencari bahan-bahan nak dimasak..antara lauk yang dibawa ialah..
  •  Sambal ayam ikan 
  •  Udang masak lemak 
  •  Sayur campur
  •  Sandwich
Ni lauk yang akak masak  untuk bekalan makanan tengahari di Cameron hari tu.
      Jom tengok apa bahan-bahannya

Bahan –bahan

  1.  Roti Gardenia 1 buku 
  2.  1 tin ikan sardine – brand apa-apa sahaja
  3.  1 biji buah limau kasturi
  4.  1 biji bawang merah
  5.  3 sudu mayonis
  6.  2 biji cili api – potong halus – kalau nak pedas
  7.  Planta / majerin
  8.  Salad – akak suka guna sayur mak tam sejenis bangsa salad jugak hekhek
  9.  Garam dan perasa
  10.  Lada hitam


Sayur Mak Tam. Boleh dapatkan kat NSK dan mana-mana tempat

Cara-cara
  1. Potong kulit luar roti tersebut..sebab kita nak bagi kemas dan cantic
  2. Buka tin sardine dan amik isi sardine, kuahnya diketepikan..kemudian masakkan/panaskan dalam microwave dalam 3 minit dan hancurkan
  3. Bawang merah/Holland  dan cili api dicincang dan ditumis dengan mengunakan planta
  4. Selepas  itu, satukan bawang, cili, sardine dan mayonis digaul rata. Kemudian letakkan lada hitam, garam dan secukup rasa
  5. Kemudian habis gaul , perahkan asam limau kasturi dan gaul
  6. Sapukan roti dengan planta dan letakkan salad serta isi sardine yang siap digaul tadi
  7. Kemudian potong menjadi 3 segi dan hidangkan.
Selamat mencuba ekkk..:-)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts