Saturday, 14 October 2017

Cuti-cuti Malaysia : Cameron Highland,Pahang -PART 11

Setelah kami menyelusuri ladang strawberi..akak dan family pergi ke hotel untuk check in. Masa check in ni persekitaran sangat sejuk lagipun baru lepas hujan. Jadi kabus memang banyak pada waktu ni. Akak stay di Woodz Golden Hill Apartment.. akak amik 2 bedroom apartment yang mempunyai 2 queen. So 1 tilam tambahan suami akak tambah untuk mamanya. 

Nak jadi cerita..receptionist tu terbagi 3 bedroom dan mempunyai 3 queen.. so memang bertuahlah kami hari tu sebab suami akak tak payah tambah duit nak bayar tilam tambahan tersebut. Kami dapat apartment mengadap ke Pasar Malam Brinchang. Paling bestnya dalam apartment tersebut disediakan 2 bilik air dan lengkap dengan alat-alat mandian serta heater water. Manakala kat dapur pula kami diberi pinggan, sudu, dan gelas. Selain itu ada periuk nasi, peti ais, penyapu dan penyodok, dan microwave. Memang tak salah pilih akak ni tentang hotel ni. Akak tempah hotel ni di AGODA hanya RM192.00 untuk satu malam ( harga ni termasuk tax dan cukai pelancongan) penyambut tetamu pun mesra orangnya. Sebelum check in kami diminta membayar RM100.00 sebagai deposit. Kat bawah ni tempat menginap kitorang

4. Woodz Golden Hill Apartment Cameron Highland







Sebelah malam pulak kami menyelesuri pasar malam Brinchang yang memang betul-betul di hadapan apartment kami..kami just turun dari apartment dan berjalan kaki dalam 5 minit saja..macam-macam dijual kat sana.. dari strawberi,,,makanan bergoreng..nasi...dan sebagainya. Mereka start meniaga jam 6 petang hingga 11 malam setiap Jumaat dan Sabtu.

5. Pasar Malam Brinchang ( Sg Ruil)


Pada pukul 7.30 kami dah bangun masing-masing dah siap mengemas untuk ke Kea Farm Brinchang..kenapa kami bertolak awal-awal sebab dalam pukul 9.00 pagi keatas kereta sudah mula berarak naik dan jalan akan menjadi sesak ada juga pernah ambil 1 jam untuk sampai di atas sana. Kesesakkan ini berpunca dari kereta yang suka-suka sahaja park di tepi bahu jalan di sekitar Kea Farm. Kat sini korang boleh shoping macam-macam dari sayur sampailah bunga dan buah-buahan.

6. Kea Farm Brinchang






Kami selesai membeli dalam pukul 8.30 pagi..tapi waktu ni memang da banyak orang..bas pun banyak jugak berhenti tepi bahu jalan bawa pelancong datang ke sini. Selesai membeli di sini..kami terus perjalanan ke Lavendar Garden..kami sampai di sana 8.55 pagi dan kebetulan parking x terlalu penuh sebab tempat ni buka pukul 9 pagi dan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 dewasa dan kanak-kanak 5 tahun ke atas RM7.00 seorang. Paling menarik tempat ni adalah suasana yang berwarna warni..memang mabuklah kaum wanita nak bergambar.

7. Lavendar Garden, Cameron Highland




main tarik-tarik tali..hekhekhek



No comments:

Post a Comment

Popular Posts