Kami sampai di Kuantan dan kemudian dijamu dengan nasi minyak secara kebetulan perut masing-masing dah lapa..huhu..
Pukul 1 petang kami bertolak pergi Kemaman. Misi kali ni..mak mertua nak serang gerai keropok lekor dan sata katanya. Sambil-sambil tu duduk lepak-lepak kat pantai Mak Nik, Kemaman. Perjalanan nak pergi ke sana dari kuantan amik masa 1 jam..
Sampai kat sana..kami terus pergi ke Restoran Otak-Otak Che Wan..Yup,,restoran ni memang terkenal dan masuk dalam surat khabar pun..dan pernah diviralkan sata kat sana sedap-sedap..
sata |
sata and keropok ikan |
news |
Selepas kami membeli satar, kami terus menuju ke Pantai Teluk Mak Nik sebab lokasi dia memang sangat dekat dengan tempat kami membeli sata ni..Kemudian kami bertolak balik ke Kuantan , mak mertua ajak singgah beli keropok lekor..
Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman,Terengganu |
Keesokkan harinya..kami bertolak ke Tanjung Lumpur untuk mencari makan berasaskan goreng tepung di kawasan sana. Sebelum akak pergi, akak dah google mana nak cari tempat makan kat sana. Banyak blog-blog syorkan Warong Mokna dan Warong Mak Su & Pak Su di Tanjung Lumpur.
Kami tiba di Restoran Mokna dalam pukul 12.30 tengah hari. Sedia maklum..kedai ni beroperasi pukul 12.00 tengahari..dan kebetulan kami datang memang tak ramai lagi, nak cari tempat duduk pun senang. Sampai di sana..pelbagai jenis makanan disediakan dari lauk-pauk makanan tengahari, makanan berasaskan sup seperti bubur air, beehun sup dan sebagainya dan makanan goreng bersalut tepung.
Selepas itu, sebelum bertolak ke KL, kami singgah di Keropok Ghani Black & Keropok Segera...tempat ni memang famous kat Tanjung Lumpur..manakan tidak..pernah masuk dalam surat khabar Utusan ( klik disini).. Kami sampai pun orang tengah berebut-rebut nak beli keropok lekor..
Selesai membeli-belah..kami pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di sana dalam pukul 3 - 4 petang.
No comments:
Post a Comment