Saturday, 14 October 2017

Corn Muffin / Muffin Jagung

Balik dari Cameron..akak ada beli jagung. Jadi nak diceritakan..pada hari tu memang akak banyak beli jagung..so akak google camne nak perhabiskan cepat jagung ni. So datang satu idea menyuruh akak memasak Muffin Jagung. Jadi akak pun google sampai kelubang cacing..huhu... Akak terjumpa satu blog ni yang share resepi muffin jagung.. kos nak buat pun murah..jadi jom kite tinjau bahan-bahannya..


Bahan-bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh garam 
 Bahan-bahan B
  • 1 cawan jagung krim dalam tin- tak kisah brand apa
  • 1 cawan minyak m asak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • Pewarna  kuning
  • Esen jagung
Cara-cara
  1. Panaskan oven 180C 
  2. Bahan A diayak dan bahan B disatukan
  3. Selepas itu satukan kedua-dua bahan A & B dan gaul jangan terlalu lama
  4. Kemudian masukkan satu persatu bahan tadi dalam cup muffin dan sedia untuk dibakar.
Selamat Mencubaaaa...:-) >> Muffin jagung (Intandapur)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts