Tuesday 12 September 2017

Resepi Nasi Ayam Goreng Crispi

Hari ni rasa dalam hati nak buat nasi ayam yela..asyik-asyik makanan ayam goreng je kan…lebih –lebih lagi laki kau tu suke sangat makan ayam.so nak decide nak buat nasi ayam kebetulan hari sabtu biasanya aku half day..tapi hari ni cuti bolehlah bersilat dengan kuali mangkuk sudip kat dapur. So ni bahan-bahan nak buat nasi ayam..aspirasi dari resepi mak..

BAHAN –BAHAN UNTUK MAKAN 2 ORANG

NASI
nasi 2 cup untuk makan 2 orang
1 biji bawang merah – hiris halus
1 inci halia -hiris halus
3 ulas bawang putih –hiris halus
3 sudu planta
1 kuib knor ayam
Kulit ayam
1 ½ cawan air rebusan ayam

SUP
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang merah –hiris halus/ tumbuk
3 biji bawang putih – hiris halus/tumbuk
1 inci halia – hiris halus/tumbuk
Daun sup dan daun bawang- hiris halus
Minyak untuk tumis
1 ½ kiub knor ayam

AYAM
½ ekor ayam
Air secukupnya
Tepung goreng bistari ( boleh dapatkan kat pasaraya NSK)
Minyak secukupnya

KICAP
3 sudu besar kicap ABC
3 sudu besar air rebusan ayam

CILI
4 biji cili merah-kisar
4 biji cili merah (kecil)-kisar
6 biji bawang putih -kisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam dan gula

SAMPINGAN
1 pokok salad
1 biji timun
1 biji tomato

CARA-CARA

Ayam dipotong dan dicuci kemudian rebus ayam mengunakan periuk yang diisi air sehingga empuk. Kemudian ketepikan ayam dan sejukkan. Manakala air rebusan ayam disimpan sebab banyak kegunaannya nanti.

Untuk sup, panaskan minyak kemudian masukkan bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia,bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik  bau. Kemudian masukkan 3 cawan air rebusan ayam tadi berserta kiub ayam. Didih sehingga masak kemudian sejukkan dan boleh hiaskan dengan daun bawanh dan daun sup.

Manakala untuk nasi..cairkan planta dalam kuali kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan tumis sehingga naik bau. Jangan lupa masukkan kulit ayam dan kuib ayam sekali. Selepas itu masukkan beras tadi kedalam kuali gaul rata dan pindahkannya pula kedalam periuk nasi. Dalam periuk nasi tu masukkan 1  ½ gelas air rebusan ayam tadi dan masak.

Untuk cili pula, kisarkan 3 bahan diatas kemudian masukkan kedalam periuk tanpa minyak dan air. Kacau rata dan api dalam keadaan sederhana. Masukkan sos tomato dan cili serta rasakan seimbang dengan gula dan garam. Manakala kicap  campurkan 3 sudu rebusan air dan 3 sudu kicap abc dan siap.

Bagi ayam pula..letakkan serbuk cili dan tepung goreng bistari dalam bekas kemudian gaul dan sedia untuk digoreng. ( TAK PAYAH BUBUH GARAM SEBAB DAH MEMANG ADA PERASA DALAM TEPUNG TU)


Bahan sampingan tu bolehlah di potong dan dibersihkan mengikut citarasa masing-masing.

nasi ayam goreng crispi..hidang ala-ala kampung gitu..hehe

No comments:

Post a Comment

Popular Posts