Saturday, 7 September 2019

REVIEW : Time Capsule Retreat Sg Lembing


Assalamualaikum guyyss..apa khabar?..bulan 9 ni banyak sangat cuti triple..so korang dah rancang ke belum aktiviti korang dengan keluarga..orait!..Bulan 7 hari tu akak dan kumpulan kerja akak telah pergi bercuti di Sungai Lembing, Pahang. Apa yang menariknya, kawasan sungai lembing adalah tempat pencarian biji timah oleh masyarakat terdahulu..banyak tinggalan khazanah terdapat disitu. Bagi yang berkumpulan bujang atau yang masih tiada anak lagi..bolelah korang pergi..kalau yang sudah berfamily serta mempunyai anak-anak kecil..bagi akak..sekali jela pergi..sebab namanya sungai lembing tapi tiada sungai atau kawasan menarik untuk anak-anak anda bereaksi.

Perjalanan kami mengambil masa 4 jam dari tol Gombak. Sebelum itu, kami berkumpul dahulu di Petronas sebelum susur Tol Gombak. Selepas semuanya ada, baru kami berarak. Sebelum sampai ke destinasi kami. Kami singgah dulu berehat di Restoran Ikan Patin Kancil..di situ pelbagai menu dan juadah disediakan untuk tetamu..masakan utamanya semestinay berasaskan IKAN PATIN…so korang boleh pilih menu ikan patin masak tempoyak, jenis bakar atau goreng sahaja.

Selepas itu, kami bertolak ke destinasi kami iaitu TIME CAPSULE RETREATS. Tempat di berdekatan dengan kawasan sejarah. Bila sampai di sana, masing-masing diberikan bilik yang telah siap di tempah dalam website mereka. So sapa-sapa nak join, sebelum nak datang kene  booking dahulu ye kat website dia. Kat dalam website dia korang boleh pilih jenis bilik antaranya jenis cottege room, capsule room parallel room..setiap bilik harga berlainan ye..dan antara kemudahan yang ada adalah disediakan wifi, kalau yang pilih bilik jenis cottege, korang jangan risau, bilik air memang sedia ada dalam bilik tu, kecuali kalau korang pilih capsule, tandas dan bilik air di luar dan berkongsi. Untuk parallel, biliknya memang di dalam bilik. Bagi yang datang berkumpulan, untuk nak buat BBQ korang boleh pilih BBQ, BBQ ni just kita bayar, dorang siap masak kat sana. So malam tu, makan sahaja.





Esoknya pula, bagi yang single atau berpasangan korang boleh naik ke WATERFALL atau HIKING ke bukit PANORAMA di sg lembing.  Nak naik atas, korang kene sewa 1 jep. Jep tersebut akan bawa korang ke sana untuk tengok panorama. Kami yang ada anak-anak ni, sempatlah melawat THE TIN MINES di sungai lembing dan melawat pekan dia . Pekan Sg Lembing ni tak besar sangat..diingatkan kalau korang nak masuk kawasan sungai lembing ni, pastikan poket korang penuh berisi ye..bukan apa…jauh bak ang nak keluar bandar cari ATM. Untuk pengetahuan korang mostly kat bandar tu kebanyakkannya terdiri restoran cina, so nak dapatkan makanan halal tu susah sikit,.,tapi akak prefer kat steseb bas tu, mostly banyak orang melayu meniaga..so nak cari makan, akak recomendedkan kat situ sahaja.






Selain itu, kami pun sempat melawat kilang biskut di sg lembing..biskut ni diperbuat dari kelapa dan di panggil BISKUT KUANTAN. Memang sedap dan ranggup. Sesuai untuk cicah kopi petang-petang..huhuhu..selepas itu kami meniti jambatan sg lembing..fuh! panjang dan menakutkan..tapi pengalaman best bila kita dah laluinya..selepas sampai di seberang sana, kami meyelusuri kawasan perumahan di sana.



Wednesday, 4 September 2019

Resepi Mudah Kambing Bakar & Kuah Black Paper


Assalammualaikum kawan-kawan semua..ok..minggu ni emak-emak kat dapur tu buat apa? Ke tengah memikirkan apa benda nak masak kan??..huhu..ok kali ni, akak nak berkongsi resepi mudah untuk korang semua..resepi ni adalah BEK2 Bakar ( Kambing Bakar / Lamb Chop) dan kuah black paper..ok jom kita mula.



KAMBING BAKAR PERAPAN
Bahan –bahan
  • Kambing 5 keping ( pilih sholder ye..boleh dapatkan kat nsk atau SC wholesale)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos black paper
  • Gula merah ( xnak guna pun xpe, guna gula biasa sahaja)
  • 4 biji bawang putih ( tumbuk lumat)
  • 2 sudu daun rosemary

Cara –cara
Tumbuk bawang putih sampai lumat dan campurkan kesemua serta gaul rata, bolehlah perap semalam.


KUAH BLACK PAPER
Bahan - bahan
  • 1 biji bawang besar ( bawang Holland) – potong dadu
  • 1 sudu tepung gandum
  • 2 sudu butter/ planta
  • 2 sudu lada hitam ( tumbuk kasar)
  • 3 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 ½ cawan air
  • Garam
  • Gula 

Cara –cara
Cairkan butter atas kuali, kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga warna keperangan. Kemudian masukkan bawang, tumis naik bau, kemudian masukkan air, sos tiram, kicap dan lada hitam serta perasakan dengan citarasa anda. Selepas tu, kisar bahan-bahan yang dah dimasak kedalam blender sehingga hancur. Sedia untuk dihidang.



COLESLAW KFC ( Salad KFC)
Bahan –bahan
  • ¼ kobis – dicincang / dihiris nipis
  • ½ batang lobak merah – dicincang/ dihiris
  • ¼ susu segar
  • 2 sudu perahan air lemon
  • 3 sudu mayonis
  • Garam
  • Gula 

Cara-cara
Kobis dan lobak merah dicincang dan digaul rata. Satukan bahan-bahan di atas dalam 1 mangkuk kemudain gaul rata. Dan bolehlah tuang kedalam mangkuk salad tersebut dan gaul.



Tuesday, 27 August 2019

Resepi Cendol Durian Simple & Sedap

Asssalammualaikum guyss….apa khabar..sihat semua kepada pembaca blog akak..minta maaf sangat-sangat sebab dah lama akak tak update blog. Korang taukan..sekarang  musim durian..kalau lalu je atas jalan raya, di bahu-bahu jalan mesti korang Nampak banyak durian dijual dengan harga murah..jadi hujung minggu lepas, suami akak teringin nak makan cendol durian..perh! kene pulak dengan musim durian..so akak pun mencuba resepi mak akak sendiri. Jom kita tengok apa isi-isinya.

Bahan-bahannya ( 4 orang makan)
  • Cendol hijau 1 kg ( boleh cari brand Cendol Afdal di supermarket atau mana-mana store)
  • Durian (4- 6 ulas)
  • Kacang merah ( beli siap2 dalam tin)
  • Jagung krim( beli siap2 dalam tin)
  • Ais kiub 



Bahan untuk gula
  • Gula merah -  2 cawan ( korang boleh pilih gula merah serbuk)
  • Air - 2 cawan
  • Daun pandan sehelai
Bahan santan
  • Santan kotak (brand KARA ) 1liter
  • Garam secubit
  • Susu cair (1 tin) 

Cara-caranya
Untuk gula merah, mula-mula tuangkan gula dan air serta daun pandan dalam periuk, kacau sehingga gula merah itu pekat. Kemudian tutup api. Manakala santan, letakkan kesemua bahan-bahan santan dalam periuk kemudian kacau rata, dan dipastikan jangan sampai berketul-ketul ya santan tu nanti x cantic lepas tu letakkan susu cair 1 tin. Kacau sehingga santan masak kemudian tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Friday, 19 July 2019

Warong LELEH Terbaik!

Hai korang..Assalammualaikum…apa khabar korang semua..ok hari ni akak nak review pasal makan kat sebuah restoran ni. Ni pertama kali akak datang ke restoran ni bersama cik suami. Ok! Pertama kali masuk suasana restoran dia ok..n style macam warung tepi jalan..nama restoran ni adalah #LELEH..unikkan nama dia..so kami pun reviewlah menu dia..perh!!!...macam-macam ada.. jadi suami akak pun pesan makanan . Jadi kami nak mencuba menu SPICY BUTTERMILK VOLCANO dan CHAR KUEY TEOW (UDANG X3pcs)..untuk minumam pula, akak pilih SPARKLING LEMON MINT dan SPAKLING BANDUNG. Harga dia pula, boleh tahanlah..dan rasa pun  akak bagi 4/5 bintang. Kedai yang akak pergi ni kat IOI Mall Puchong, dia juga ada di cawangan di kota damansara..korang boleh like page dia ..

Ni suasan restoran leleh..waktu kitorang pergi..tak ramai lagi
Ni adalah menu-menu dia berserta harga..yang ada tanda oren sebelah menu tu..tu menu yang paling hot orang pilih



Minuman kami dah sampaiiiii
Car Kuey Teow X3 Udang
Spicy Buttermilk Volcano

Monday, 15 July 2019

Sambal Sotong Senang Mudah Cepat

Hai korang, huhu..hujung minggu ni korang semua buat apa..bagi status mak-mak tu,,mesti korang peningkan nak buat resepi apa hujung minggu ni..ok hari ni akak nak share resepi sambal sotong..akmaklumlah,..akak ni anak-anak kecil lagi..so akak buat makan 2 orang sahaja..tapi bahan-bahan ni boleh didoublekan kalau bagi makan 3 4 orang. Ok..jom kita tengok dulu  bahan dia .

Bahan-bahan
Sotong  2 kilo ( potong ikut gaya korang)

Bahan untuk dikisar A
Cili kering segengam ( rebus dahulu)
4-5 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Bahan untuk dikisar B
Ikan bilis segengam
Belacan 1 inci

Ais asam jawa
Minyak menumis
Garam & gula
Bawang sebiji – dipotong bulat untuk ditumis

Cara-cara
Masuk bawang yang dipotong bulat, tumis..dan masukkan bahan kisar A. tumis sampai naik bau..selepas tu..masukkan bahan tumis B..masak sehingga pecah minyak..selepas tu perasakan gula dan garam..kemudian masukkan sotong tadi beserta air asam..perlu diingatkan air asam tu tak payah banyak-banyak ye..takut sotong tu keras dan sambal tu masam..masak sehingga sotong empuk..kemudian hidangkan dengan telur dadar dan berulamkan timun..




Saturday, 22 June 2019

Blokke Cafe BEST! Playground untuk kanak-kanak

Assalammualaikum semua..hari ni akak kerja separuh hari je..jadi adalah sempat nak up cerita dalam blog ni. Ok! Ada sapa-sapa tak dalam pembaca blog akak yang pernah pergi ke BLOKKE  Cafe? Ha! Mesti korang semua tertanya-tanya apa itu BLOKKE Café tukan…ok..memang café tapi dibina sekali dengan playground kanak-kanak berasaskan blok. Alah, yang macam brand LEGO tu..Kedai ini terletak di tingkat 1 Citta Mall di Petaling Jaya. Waktu operasi bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Dekat situ juga, ada 2 café, satu dibahagian depan dan satu lagi dibahagian belakang. Yang belakang ni, korang boleh tempah tempat jika korang nak buat parti birthday anak-anak anda. Sebab apa, tempat ni sesuai sangat untuk buat parti birthday sebab, di hadapan café tu ada playground untuk kanak-kanak. Lepas parti bolelah bawa anak-anak anda bermain blok. Juga diingatkan, kalau nak datang sini kene pakai stoking, kalau tak kene beli di kaunter dan dicaj.


Kelebihan tempat ni, kalau korang nk bawa anak bermain sambil menjamu atau lepak-lepak dengan kawan korang, boleh je,,kawasan ni tertutup..so anak keluar masuk mesti melalui gate yang dikunci..korang  tak payah risau nak fikir keselamatan dorang, depan mata je korang boleh tengok sambil menjamu beberapa hidangan menu di café yang disediakan.


Tuesday, 18 June 2019

NONAROGUY : Phytonatal pil herba TERBAIK! selepas bersalin

Assalammualaikumm..ok hari ni akak nak review sedikit pasal jamu yang akak amik ni..iaitu jamu dari NONA ROGUY. Jamu ni memang popular di kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin. Biasa bagi yang mampu ada yang beli 1 set untuk diri sendiri, kadang-kadang ada yang beli secara satu-satu. Pengalaman akak selepas bersalin dua-dua anak akak pada tahun 2015 dan 2017..akak sebenarnya tak ambil sebarang jamu lansung. Biasa akak amalkan mandi herba, bertungku, bertanggas, berpilis dan makan-makanan yang kaya vitamin. Ada juga akak mengamalkan aktiviti berbengkung. Selepas habis berpantang 2 bulan, akak terus menyusu anak macam biasa, pengambilan jamu pula, tiada.
Set Bersalin NONA ROGUY
Tapi…kesan tidak pengambilan jamu ni, lepas bersalin anak no dua, badan-badan akak mudah lenguh. Kadang-kadang sendi sakit kalau buat kerja. Berbanding mak akak, dia memang mengamalkan jamu dan maajun sepanjang umur mudanya. Kadang-kadang akak pelik, kenapa mak akak boleh jaga dua-dua anak akak sepanjang akak bekerja tapi jarang sekali dia mengeluh letih..nampak bertenaga je dia sepanjang hari..Owh lupa, akak memang hantar anak pada mak akak, tapi akak bayar pada dia macam kita hantar ke rumah pengasuh. Rumah kami dekat antara satu sama lain. Mak offer dia nak jaga, awal-awal kami larang, bukan apa tak nak  membebankan dia. Tapi dia nak juga jaga, katanya..

"Kalau aku jaga anak kau, dapat jugak duit belanja rumah” sambung dia lagi…

"Yela ayah kau dah pencen, bawa teksi pun tak seberapa, tambah lagi adik-adik kau kerja gaji tak besar, itupun tak lepas diri sendiri, adik kau yang bongsu sekolah lagi”…

"Kalau mak jaga anak kau, bolehlah mak backup mana-mana yang patut”..diam akak seketika..

Jadi akak bagi dia jaga..sebulan akak bayar RM700 gitu..balik je 6.30 petang akak terus ambil anak..kalau dia tidur rumah akak, akak bayar OT dia, sebab suami akak kadang-kadang outstation, jadi akak tinggal dengan anak-anak, mak akaklah yang akan teman kat rumah tu.

Berbalik pasal jamu tu, akak start makan jamu bulan lepas..yela orang tak pernah amik jamu, tiba-tiba ambil jamu, so akak cuba dulu pil jamu dari NONA ROGUY. Nama pil ni ialah PHYTONATAL. Akak terangkan sedikit pasal jamu ni ye..
PHYTONATAL ialah bukan satu jamu, tapi sebagai tablet campuran herba yang mengandungi  likuoris daun senna, halia, biji ketumbar & jintan manis.

Siapa yang boleh ambil pil ni ?
Sesuai untuk wanita yang menurukan berat badan, untuk wanita bersalin, anak dara, yang baru berkahwin, wanita yang dah lama bersalin, lelaki dan warga tua.

Kelebihan PHYTONATAL
  • Membersihkan rahim,lendir dan darah kotoran dalam badan
  • Megeluarkan angina dan mengatasi angina meroyan serta murung
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
  • Mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migraine dan angina
  • Mengimbangi kembali system badan
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
  • Memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar
  • Menambah daya tenaga semasa berpantang
  • Mempercepatkan pengecutan rahim
  • Melancarkan darah nifas

Cara pengambilan /cara penggunaan
  • 2-4 tablet bergantung kepada badan masing-masing
  • Pengambilan samaada waktu pagi atau malam sekali sehari
Soalan-soalan yang selalu ditanya 
  1. Saya tengah mengandung, boleh tak ambil pil ni?                                                                    TAK BOLEH
  2. Apa tindakbalas selepas makan pil ni?                                                                                  Kentut angin, berpeluh kerap dan buang air bentuk lender ( akak makan memang ye, semua buang, angin jangan cakaplah,asyik sendawa je…)
  3. Anak kene kuning, boleh saya ambil?                                                                                              Boleh dan digalakkan, supayan baby dapat lawas najis dan kuning dapat dikurangkan, tetapi sila pantau kuning anak jika bacaan kuning naik. Hndaklah berhenti pengambilannya.
  4. Period datang, boleh ambil?                                                                                                        BOLEH
  5. Selain itu, boleh ke ambil pil ni jika mengambil produk lain?                                              BOLEH, tapi jarakkan 2 jam selepas mengambil produk tersebut, baru boleh makan pil phytonatal

Friday, 24 May 2019

Sambal Ikan Bilis Ranggup Simple

Assalammualaikum..selamat pagi..ok, hari ni anda semua nak masak apa untuk menu tengahari..pasti mak-mak kat rumah tu dok terfikir nak masak apa kan? Jadi akak kat sini nak kongsi sedikit resepi sambal ikan bilis ranggup..bahan-bahan dia pun mudah dan senang untuk dimasak. Masa untuk memasak hanya mengambil 20 minit sahaja. Antara bahan-bahan dan caranya. Sila rujuk dibawah ni.

Bahan-bahan
Segengam ikan bilis
6 biji cili merah ( cili masak)
5 biji cili kampong ( cili api)
1 ½ biji bawang merah – diihiris nipis
Minyak  - 3 sudu
Garam – 1 sudu teh
Gula – 2 sudu the

Cara-cara
Kisar cili merah dan cili kampung sehingga hancur. Kemudian bawang dihiris halus. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk memasak. Selepas minyak panas, masukkan bawang yang dihiris dan digoreng sehingga naik bau. Selepas itu masukkan cili kisar. Goreng sehingga pecah minyak dan warna merah2 gelap gitu..tandanya cili da dimasak sempurna. Perasakan gula dan garam.  Kemudian angkat. Ikan bilis pula, basuh dengan air dan gorengkan dia sehingga garing. Selepas itu, gaulkan ikan bilis tadi dengan sambal.


Wednesday, 22 May 2019

TRAVEL : Tempat Menarik di Pulau Pinang

Assalammualaikum kepada sahabat pembaca blog akak..dah lama akak tak bersiaran di blog cik cerry..sebab tahu-tahulahkan..sibuk sikit  lebih-lebih lagi..bulan Syawal nak menyusul..jadi akak memang fokus kepada  persiapan raya kali ni. Alhamdulilah..pada bulan 4 yang lepas..akak dan keluarga merancang untuk ke negeri Pulau Pinang bertujuan untuk bercuti bersama anak-anak kecil akak. Jadi ada pelbagai tempat menarik di Pulau  Pinang.

Akak dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi dan perjalanan mengambil masa 4jam untuk sampai ke Georgtown, ibu bandar Pulau Pinang. Kebetulan jugak, suami akak menempah hotel di sekitar situ. Hotel yang kami tempah ni..bentuk bangunannya ala-ala British. Untuk pengetahuan anda semua, hotel ni dahulunya dijadikan tempat pentadbiran Bristish di Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh pihak pengurusan 1926 Heritage Hotel Pulau Pinang untuk dibangunkan sebagai penginapan bagi pelancong luar.

Hotel Heritage memang cantic dan disudut tepi tempat letak kereta  ada menempatkan kolam renang dewasa  dan kanak-kanak. Harga untuk 2 malam kesemuanya RM392.00 sahaja..dan akak menempah bilik jenis keluarga yang menempatkan 2 katil queen. Kebetulan tuah menyebelahi kami, pihak pengurusan telah memberi bilik kami betul-betul dihadapan kolam renang. Untuk pengetahuan anda semua, kami memilih hotel disini untuk memudahkan kami ke tempat-tempat menarik di sekitar bandar Pulau Pinang.





Selesai kami check in di hotel, petang pula kami ke Muzium Wonderfood yang terletak di tengah-tengah bandar Georgtown, perjalanan mengambil masa 10 minit dari hotel jika menaiki kereta. Kebetulan kami pergi petang jadi tempat letak kereta pun mudah nak dapat.  Untuk tiket masuk ke Wonderfood Museum ni, harga dewasa RM 25.00 dan kanak-kanak RM15.00 untuk mykad dan mykids. Jadi jangan lupa pulak bawa kad pengenalan masing-masing. Waktu operasi bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang setipa hari.







Oh! Lupa pulak..untuk mencari tempat makan menarik boleh je GOOGLE di website anda semua.. tapi akak ni ada anak kecil, memang menjadi rutin akak kalau nak travel..kami beli dan bungkus makanan bawa balik ke hotel. Yela bila dah ada anak kecil ni, dugaan paling hebat nak handle anak-anak kat kedai makan. Kadang-kadang, mak bapak terpaksa makan laju-laju..nak elak anak meragam. Tempat yang paling senang dan dekat nak cari makan boleh je pergi ke tempat makan di Jalan Perak, Geortown bersebelahan stesen minyak SHELL. Kawasan situ memang banyak gerai menjual pelbagai makanan.

Untuk sebelah malam pulak, kami suka ke Persiaran Gurney, fokus kami adalah mencari gerai makan Nasi Lemak Cili Bilis yang popular di Georgtown. Kawasan disitu memang tempat tumpuan pelancong da penduduk disitu untuk menikmati pelbagai masakan orang Penang termasuklah, nasi lemak, laksa utara, pasembor, sate dan pelbagai lagi.



Hari kedua pula, kami bertolak ke Bukit Bendera untuk menaiki keretaapi di sana. Kami bertolak dari hotel pukul 10.00 pagi dan sampai di sana dalam pukul 10.40, perjalanan pun mengambil masa 40 minit. Sampai di sana kami cari tempat letak kereta dan terus menuju kaunter tiket. Tiket untuk naik ke bukit bendera dewasa RM 12.00 dan kanak-kanak RM6.00 sahaja. Bila sudah check in..kene beratur ya.. beratur pun ambil  masa 15 minit untuk ke pintu keretapi..lepas kami dapat menaiki keretapi..perjalan naik atas itu pun ambil masa 20 minit..laju pun..laju..huhu..anak-anak teruja sangat..sampai di atas..pelbagai tempat menarik dapat dikunjungi..Cuma bawa duit sahaja..hehe..

Selepas itu, kami ke Rumah P.Ramlee yang terletak di jalan P.Ramle..ok nak pergi ke sini, anda jangan risau, masuk adalah percuma..so bolehlah anda semua enjoy untuk melihat rumah warisan P.Ramlee. Rumah ni memang rumah asal P.Ramlee…tapi distrukturkan semula untuk dijadikan kenangan generasi hadapan.






Hari ke 3 pula, kami check-out awal untuk balik..kali ni, kami balik menaiki feri.. untuk balik..bayaran tidak dikenakan sebab masa awal-awal datang kat sini, kami dah dikenekan bayaran tol ketika memasuki Jambatan Pulau Pinang.. jika anda belum memasuki Pulau Pinang tapi nak menaiki feri,..perlu membuat bayaran ya..balik sahaja free.  Sebelum balik, kami sempat singgah ke Kedai Jeruk Pak Ali untuk membeli sedikit cenderahati.





Popular Posts