Assalammualaikum semua..hari ni akak kerja separuh hari
je..jadi adalah sempat nak up cerita dalam blog ni. Ok! Ada sapa-sapa tak dalam
pembaca blog akak yang pernah pergi ke BLOKKE Cafe? Ha! Mesti korang semua tertanya-tanya
apa itu BLOKKE Café tukan…ok..memang café tapi dibina sekali dengan playground
kanak-kanak berasaskan blok. Alah, yang macam brand LEGO tu..Kedai ini terletak
di tingkat 1 Citta Mall di Petaling Jaya. Waktu operasi bermula 10.00 pagi
hingga 10.00 malam.
Dekat situ juga, ada 2 café, satu dibahagian depan dan satu
lagi dibahagian belakang. Yang belakang ni, korang boleh tempah tempat jika
korang nak buat parti birthday anak-anak anda. Sebab apa, tempat ni sesuai
sangat untuk buat parti birthday sebab, di hadapan café tu ada playground untuk
kanak-kanak. Lepas parti bolelah bawa anak-anak anda bermain blok. Juga diingatkan,
kalau nak datang sini kene pakai stoking, kalau tak kene beli di kaunter dan
dicaj.
Kelebihan tempat ni, kalau korang nk bawa anak bermain
sambil menjamu atau lepak-lepak dengan kawan korang, boleh je,,kawasan ni
tertutup..so anak keluar masuk mesti melalui gate yang dikunci..korang tak payah risau nak fikir keselamatan dorang,
depan mata je korang boleh tengok sambil menjamu beberapa hidangan menu di café
yang disediakan.
No comments:
Post a Comment