Asssalammualaikum guyss….apa khabar..sihat semua kepada
pembaca blog akak..minta maaf sangat-sangat sebab dah lama akak tak update
blog. Korang taukan..sekarang musim
durian..kalau lalu je atas jalan raya, di bahu-bahu jalan mesti korang Nampak
banyak durian dijual dengan harga murah..jadi hujung minggu lepas, suami akak
teringin nak makan cendol durian..perh! kene pulak dengan musim durian..so akak
pun mencuba resepi mak akak sendiri. Jom kita tengok apa isi-isinya.
Bahan-bahannya ( 4 orang makan)
- Cendol hijau 1 kg ( boleh cari brand Cendol Afdal di supermarket atau mana-mana store)
- Durian (4- 6 ulas)
- Kacang merah ( beli siap2 dalam tin)
- Jagung krim( beli siap2 dalam tin)
- Ais kiub
Bahan untuk gula
- Gula merah - 2 cawan ( korang boleh pilih gula merah serbuk)
- Air - 2 cawan
- Daun pandan sehelai
- Santan kotak (brand KARA ) 1liter
- Garam secubit
- Susu cair (1 tin)
Cara-caranya
Untuk gula merah, mula-mula tuangkan gula dan air serta
daun pandan dalam periuk, kacau sehingga gula merah itu pekat. Kemudian tutup
api. Manakala santan, letakkan kesemua bahan-bahan santan dalam periuk kemudian
kacau rata, dan dipastikan jangan sampai berketul-ketul ya santan tu nanti x
cantic lepas tu letakkan susu cair 1 tin. Kacau sehingga santan masak kemudian
tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
fevret sy ni..tq share :)
ReplyDeletehai ismi..thanks..:-)
ReplyDelete