Hai u olls…apa khabar semua..hari ni akak nak update pasai
baby expo di MidValley Kuala Lumpur. Siapa ibu-ibu disini menghadiri expo ni?
Angkat tangann…J..ok.
Semalam dan hari Sabtu yang lepas, berlansungnya TCE BABY EXPO di MidValley
pada 25th dan 26th November 2017.
Kebetulan, akak memang
selalu menghadiri EXPO ni sebab pelbagai tawaran, hadiah dan diskaun hebat
ditawarkan pada hari itu. Expo ni bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10 malam.
Bagi yang ingin membawa anak-anak kecil, sebaik-baiknya datanglah awal-awal
pagi..sebab bila waktu kemuncak seperti pukul
12 keatas..dalam hall tu memang sangat sesak..tambah lagi keadaan orang
yang menunggu sambil duduk di karpet di sudut-sudut kosong sambil ibu atau ayah
selesai membeli barang-barang baby. Parking pulak memang cepat je penuh, untunglah siapa yang datang awal boleh parking dekat dengan expo tersebut, bagi yang tak beruntung hadap jelah. Manakan tidak, suami kita akan terfikir bagaimana nak bawa barang yang banyak. Bagi yang dekat untung, yang jauh pulak terpaksalah menapak nak hantar barang-barang anak ke bonet kereta. Caj parking pun taklah mahal dalam RM 3.00 sahaja hari tu akak pergi.
Pelbagai tawaran disediakan disana, sudahlah dapat diskaun
lepas tu dapat pulak free gift. Contohnya,semalam husband belikan barang
pamper jenama DRYPERS..biasa anak kedua akan guna size L, jadi suami akak beli
6 bag pampers disana..harga pun murah, sudahlah jimat lagi pulak dapat free
gift bekas simpan makanan, baju tshirt dan beg sekolah. Memang bebaloi pergi
kesana. Sesuai
untuk ibu yang bakal melahirkan anak
sulung bolehlah mencari barang-barang baby di sini.
Selain itu, tujuan akak pergi kesana nak mencari tisu basah, pampers serta susu untuk baby. Susu untuk anak-anak, akak guna ENFAGROW A+ dan AMMUM Langkah 2. Sebelum ni, pihak ENFAGROW jual dalam bentuk kotak, kali ni dalam bentuk tin. So husband akak decide nak beli dalam bungkusan sahaja daripada beli tin. Memang jumlah beratnya sama tapi akak suka guna yang berbungkus untuk memudahkan akak bahagi-bahagikan kepada pengasuh anak akak. Begitu juga tisu basah, beli pun akak suka beli bundle dan banyak boleh simpan stok nanti. Untuk pamper akak suka guna jenama MAMYPOKO dan DRYPERS untuk kedua-dua anak akak.. sebab jenama ni akak da biasa guna dan pampers dorang pun sesuai dengan anak-anak akak. Pampers GENKI pun ok jugak setaraf dengan MAMIPOKO sebab kedua-dua produk ni asalnya dari JEPUN.
Nampak tak tu pampernya..tak masuk lagi pamper adiknya pulak.. |
Expo ni juga, menawarkan hadiah- hadiah kepada peserta-peserta yang menyertai aktiviti disini. Selain itu, ada juga artis jemputan seperti Harith Iskandar dan keluarganya untuk membicarakan tentang produk GENKI.
Ok..dan jangan lupa pulak ek..EXPO ni akan ada lagi pada tahun hadapan bulan APRIL 2018. Bagi mak dan bapak budak yang sedang menanti kelahiran anak sulung bolehlah setkan tarikh dan masa untuk ke EXPO ni. Sebelum tu kenelah senaraikan barang apa yang perlu dibeli.
No comments:
Post a Comment