Tuesday 5 December 2017

Baby : Senarai dan Persiapan Menyambut Orang Baru

Salam semua.. dah lama tak update blog. Iyalah sibuk bercuti dengan familykan..Ok! kat sini akak nak bercerita dengan anda semua tentang persiapan akak menyambut anak sulung hari tu. Pelbagai barangan kelengkapan perlu disediakn untuk baby ni. Yela, nak sambut orang baru semestinya semua serba baru macam sambut menantu pulakk…gitukan?..

Namun, perlu diingatkan..bagi yang tidak kemampuan belilah barang yang perlu sahaja untuk baby anda..kadang-kadang barang yang disenaraikan belum tentu nak digunanya nanti. Bagi yang bekerja pump elektrik/pam susu perlu dibeli berserta kelengkapannyan untuk memerah susu badan anda untuk baby yang masih menyusu badan.

Dalam senarai yang akak akan kongsi ni pun terlibat persiapan ke labour room.OK. Jom kita tengok apa senarai barang yang perlu dibeli

Sumber : Breasfeeding Is Sunnah
Ok! anda dah tengokkan bertapa banyak barang yang perlu dibeli. Tapi tak semua barang yang akan digunakan. Jadi pesan akak, belilah sikit-sikit dulu sebab nanti bila baby dah lahir macam-macam hadiah orang akan bagi. Lagipun baby ni cepat membesar. Tup-tup dah 9 bulan..tu tak termasuk lagi nak beli set blender makanan baby dan lain-lain.

Lagi satu, perlu diingatkan, belilah baju-baju baby yang besar sikit sebab boleh pakai 4 5 bulan nanti jadi mak bapak tak lah pening tiap-tiap bulan keluar duit nak beli baju baru setiap bulan. Jadi kepada sesiapa yang akan bakal menjadi ibu dan ayah tu.. akak ucapkan taniah. Yang belum, bersabarlah wahai ibu-ibu disana, insya-Allah ada rezeki tu nanti.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts