Menjelang usia 6 bulan pastinya ibu-ibu diluar sana merupakan
orang pertama berfikir mengenai menu makanan bayi anda. Pada umur begini, anda
sudah dapat perhatikan tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk menerima menu
diet barunya. Salah satunya, ketika anda makan, bayi anda seolah-olah
mengeluarkan lidahnya untuk diminta suap atau lelehan air liurnya basah
disekeliling mulutnya. Makanan pertama bayi bukanlah bermula dengan makanan
pepejal tetapi bermula dengan makanan dalam bentuk cecair.
Pelbagai panduan di
dalam website mengenai makanan pertama
bayi anda. Pada bulan 10 lepas, baby akak yang no 2 telah genap 6
bulan, jadi akak buat makanannya berdasarkan pengalaman anak sulung. Macam
biasa, kebanyakkan ibu-ibu di Malaysia banyak memilih makanan yang berasaskan
puree terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah pear, epal merah, pisang, manga manis,
kurma, ibu keledek, labu dan kentang.
Mungkin ibu atau suri rumah mempunyai berlainan cara untuk
menyediakan makanan bayi seawall 6 bulan. Melalui pengalaman akak, akak suka memulakan makanan bayi akak dengan
bubur nasi kosong yang di rebuskan dan diblender hancur menjadi bubur kosong.
Tiada apa-apa perisa untuk bayi seawal ni. Kenapa akak berkata begitu? Mengikut pembacaan akak melalui website dan
buku kesihatan.
- Makanan harus diblender sampai halus > Usus bayi terlalu kecil dan bayi tidak mempunyai gigi (graham) untuk menghancurkan makanan sebagaimana orang dewasa lakukan. Ini juga dapat mengelakkan bayi sembelit.
- Kenapa makanan bayi tidak boleh diberi berperisa masin dan manis > Ini menyebabkan ginjal bayi yang belum matang menjadi rosak. Ye. Sememangnya garam diperlukan dalam tubuh tetapi jangan risau garam itu boleh diperolehi dalam bentuk susu ibu atau susu formula. Manakala untuk rasa manis pula, jangan risau, setiap makanan yang diambil seperti buah-buahan mempunyai rasa semulajadi daripada buah-buahan tersebut.
Jadi sebagai permulaan akak sediakan bubur nasi dan
dibelender sehingga halus..biasa akak buat mengikut peraturan 4 hari untuk
makanan yang sama bagi mengesan alahan bayi terhadap makanan.
Alhamdulilah,,sekarang bayi da masuk 8
bulan, makanan bayi akak yang boleh diterima adalah seperti :-
- Lobak merah
- Brokoli
- Ubi kentang
- Beras Putih
- Ayam
- Saderi
- Buah Lai/Pear
Bubur nasi yang diblender dengan menggunakan blender makanan baby |
Pada peringkat awal akak perkenalkan makanan diatas,
bergantung pada ibu-ibu diluar makanan apa yang serasi untuk anak. Masa untuk
makan anak akak adalah 3 atau 4 kali sehari diselangi sekali snack seperti buah pear.
Macam biasa makanan bayi selalunya berasakan bubur,ini
kerana, bayi tidak mempunyai gigi yang khusus seperti graham untuk mengunyah
makana. Dan ada juga berpendapat walaupun gigi kacip dihadapan tumbuh namun ia
tidak membantu bayi dalam memproses menghancurkan makanan yang dimakan oleh
bayi.Makanan bayi akak yang pertama bermula dengan bubur dan
kemudian akak cuba tambah menu sampingan
di dalam bubur anak akak supaya ada kombinasi tenaga dan vitamin untuk bayi.
1) Resepi : Bubur Kosong
Bahan-bahan
- Beras Putih
- Air
Cara - Basuhkan beras dan letak air dalam 2 hingga 3 cawan
supaya beras yang dimasak tadi menjadi lembut dan mudah dikisar sehingga halus.
Kemudian bagi ibu-ibu yang bekerjaya bolelah masukkan ke dalam bekas kiub ais
untuk disejukkan dalam peti ais. Jadi pagi esok, senang ibu-ibu memanaskan
makanan tersebut mengikut kuantiti ketulan bubur tadi untuk dihantar pengasuh.
Bubur nasi kosong masa untuk diblender halus-halus |
2) Resepi : Lobak Merah &
Brokkoli
Bahan-bahan
- Lobak merah – dipotong halus
- Brokoli – dipotong kecil-kecil ( sebelum memasak, rendamkan brokoli dengan air garam selama 15 minit untuk membuang benda-benda yang melekat pada batang brokoli)
Cara - Stim kan kedua-dua sayur kemudian kisar hancur
(Note : Selain diatas, korang boleh mengubah resepi mengikut
citarasa anda, seperti lobak merah dan kentang, brokoli dan kentang dan
sebaliknya.Akak memilih stim daripada merebus sayur-sayur diatas kerana untuk
mengekalkan kesegaran sayur dan mineral didalamnya.)
Kat atas ni akak buat lobak merah + ubi kentang |
3) Resepi : Stok Ayam
Bahan-bahan
- Dada ayam – dipotong kecil-kecil dan dibasuh sehingga tiada darah pada daging dan ditoskan
- Air
- Bawang putih 1 biji – dipotong halus-halus
- Bawang merah ½ biji – dipotong halus-halus
- ½ Batang saderi – dipotong halus
- Minyak zaitun- 1 camca kecil
Cara – Letak kesemua bahan-bahan
diatas sehingga mendidih dan masak, kemudiab bahan-bahan diatas diblender
sehingga hancur.
Stok ayam yang telah dibekukan |
4) Resepi : Buah-buahan ( Snack )
Bahan-bahan
- Pisang
- Kurma
Cara : Hancurkan kedua-dua pisang dan dibelender sehingga
halus. Boleh jugak diletakkan susu formula sebagai sampingan menu makanan.
(Note : Bagi buah –buahn seperti pear, labu dan
seangkatannya, perlu distimkan dulu baru diblender sehingga hancur.)
No comments:
Post a Comment