Wednesday, 24 October 2018

Jom Travel : Tempat Menarik di Terengganu

Assalammualaikum…dah lama akak tak updated untuk blog akak. Memandangkan akak kali ni dah tak duduk ofis, bekerja di luar sekarang..kalau duduk ofis dahulu ada jugaklah menyempat update blog ni. Kali ini akak nak berkongsi pengalaman travel ke negeri pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu. Bagi orang KL nak ke Pantai Timur..laluan LPT (Lebuhraya Pantai Timur) menjadi pilihan pengguna jalan raya. Akak bercuti ke pantai timur selama 5H4M dimana 2 malam akak tidur di Kuantan..manakala 2 malam lagi di bandar Kuala Terengganu.

Akak dan family mertua..pergi seramai 9 orang termasuk anak-anak kecik kami. Kami di Terengganu memilih Meriam’s Homestay dan boleh memuatkan seramai 9 orang. Meriam’s Homestay ni terletak berhampiran dengan Pantai Batu Buruk. Lokasinya menarik sebab senang nak cari makan malam dan tengahari. Disekitar pantai batu buruk terdapat banyak kedai makan ICT (Ikan Celup Tepung) dan makanan laut. Ada jugak masakan panas. Homestay ini jugak lengkap dengan set dapur, pingan mangkuk, mesin basuh + sabun kain lagi tu dia bagi….:-)..peti ais, shampoo mandi dan sebagainya.




DAY 1
Kami ke Terengganu selama 4 jam perjalanan dari Kuantan. Sampai di sana kami terus check in. Manakala sebelah petang, kami ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati angin laut dan berjalan sekitar pantai di sana. Selepas tu kami ke gerai makan untuk makan malam. Untuk sebelah malam pula..kami berjalan di sekitar bandar Terengganu dan Dataran Shah Bandar.




DAY 2
Hari seterusnya, sebelah pagi, kami ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak berhampiran Masjid Kristal Tereangganu…sayangnya kami pergi ke sana, masjid tu tak boleh dimasuki oleh pelancong malah sedang melakukan kerja-kerja pembaikpulih masjid tersebut. Di situ, anda juga boleh menaiki Cruise Bot dengan kadar bayaran yang ditetapkan. Mereka akan membawa anda menrentasi sungai Terengganu. Selepas itu, kami ke Muzium Terengganu yang terletak tidak jauh dari Masjid Kristal. Selepas itu kami ke Pasar Payang, namun, hajat tak sampai sebab jalan terlalu sesak…parking mana-mana penuh. Kami memilih nak datang awal pagi esok. 




Sebelah petang pulak, kami ke Pantai Chendering yang terletak tidak jauh dari Bandar Terengganu. Pantainya pun bersih dan menarik. Sebelum ke Pantai Chendering, kami ke Warung ICT Pok Nong. Sebab , warung ni famous sangat kat sana. Kami sampai kat sana pun dan macam ulaqqq! beraturnya…tempat duduk pulak  jangan cegitelah wei!...penuh..parking pun penuh..kiri kanan orang park. So kami decide tak payah pergi sini. Kita ke Chendering amik angin laut. Untuk malam pulak… kami ke Pantai Batu Buruk..untuk makan malam..sebab tu je pilhan yang ada nak kuar jauh malas lak, baik pergi yang dekat. Kat gerai kami pilih ni..menu kami ada sotong celup tepung, ikan celup tepung, char ki teow panas, air buah, dan sebagainya. Masakan panas pun disediakan, oderr sahaja…semua ada. Selepas tu kami ke Dataran Shah Bandar balik, memandang kat situ banyak booth dan gerai makan Thai dibuka ( Pesta Makan Thai).


Ni ICT di Pantai Batu Buruk

Banyak gerai-gerai menjual makanan di tepi pantai

Dataran Shahbandar pada waktu malam

DAY 3
Awal pagi kami dah check in keluar dari homestay, nak target sampai awal ke Pasar Payang. Mak mertua pulak memang suka singgah kat sana sebab bermacam-macam jenis jualan ada..dari pakaian, cenderahati sampai ke makanan. Kat pasar payang ni, pagi-pagi..area food court ada jual nasi dagang, nasi ayam, sup, nasi air dan macam-macam..mak mertua request nak makan nasi dagang, akhirnya dia jumpa jugak. Selepas tu kami berjalan-jalan sekitar pasar payang..akak lak terus turun kebawah..kat bawah ni ada jual, keropok sira, keropok lekor rebus, keropok keeping, jeruk, serunding, buah-buahan, dan macam-macam..cumaaaaa..bawa duit je lah..hehe…




Selepas selesai shopping, kami ke kampong losong mencari keropok lekor..dan ke Pantai Mak Nik di Kuantan untuk membeli satar.dan makan tengahari di warung Aziz Satar kemudian kami ke Chendor.untuk mencari keropok lekor popular di sana iaitu warung Pak Tam. Dan singgah bermalam di rumah sepupu suami di Kuantan.


DAY 4
Keesokkan paginya, kami bertolak awal untuk pulang ke rumah. Mengambil masa 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke rumah masing-masing..badan pun penat..kami berehat saja di rumah..



Monday, 30 July 2018

Panduan Kenal Pasti Jodoh Anda

Assalammulaikum semua pembaca..apa khabar, dah lama akak tak update blog sejak akak bertukar bidang kerja ni. Akak nak tanya pada pembaca-pembaca perempuan /lelaki..anda sudah diketemukan JODOH anda atau belum? Jika yang sudah ada, teruskan hubungan anda ke hubungan yang HALAL dan SUCI melalui pernikahan yang SAH!. Jika yang sedang mencari, akak akan SHARE sedikit sebanyak  PANDUAN KENALAN  pengalaman akak mengenali suami akak pada awal-awal akak mengenali insan  yang bergelar BIG HERO akak ni.


IKHLAS & BERSAHAJA
Tidak dinafikan, bila berjumpa pertama kali, harus diingatkan cara penampilannya, cara makannya, cara adapnya dengan orang yang lebih tua dan keikhlasan dia menerima kita seadaanya. Jika pasangan anda hanya tampak kepura-puraan pada permulaan perkenalan, acah-acah handsome dan ‘cover’ sini sana. Baik tak payah.


JUMPA MAK & AYAH
Tak sah kan tak jumpa bakal jodoh kita tu, bila seorang lelaki membawa anak dara keluar berjumpa, pastikan bertemankan adik, abang dan kakak. Sebelum keluar tu, berjumpalah dahulu dengan kedua-dua orang tua perempuan tersebut. Ini kerana, bagi mengelakkan kes seperti diculik orang bukan dikenali, dan sebagainya. Jika ibu bapa sudah mengetahui kewujudan lelaki tersebut sebagai teman istimewa pastinya, ibu bapa akan mengambil sikap bertanggungjawab seperti bertanya hendak kemana, balik pukul berapa, di mana perkenalan berlaku dan sebagainya.


SOLAT
Setiap perempuan impikan seorang lelaki yang beriman, begitu sebaliknya. Tidak dinafikan solat itu tiang agama dan pendinding iman kita setiap orang beragama Islam. Bagi tips ni, senang sahaja nak tau seseorang tu solat atau tidak, cuba perhatian waktu solatnya ketika keluar dengannya. Jika waktu solat sudah hampir dan dia segera mengajak anda menunaikan solat tentunya anda sangat bertuah kerana, lelaki ini tau akan kewajipannya sebagai seorang Islam. Jika sebaliknya, lupakanlah hasrat anda untuk memilih dia sebagai suami, ini kerana SOLAT AMAT PENTING dalam institusi keluarga, jika tidak runtuhlah institusi tersebut.


TIDAK BERSENTUHAN
Bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai sifat malu, pastinya mereka tidak ambil kesempatan menyentuh anda sebelum hubungan anda halal. Ini kerana, bila sentuhan pertama berlaku, akan berlakunya adengan lain pula dan syaitan sememangnya akan mengheret dan menghasut pasangan ini ke alam ZINA. Carilah perempuan dan lelaki yang ada sifat malunya, kerana tak semua lelaki yang ada sifat sebegini.


ISTIKHARAH
Jika perkenalan sudah berlaku, akhir sekali buatlah solat istikharah untuk mencari jawapan terakhir anda sebelum akad nikah berlaku. Insya-Allah Allah akan membantu anda memberi jawapan terbaik untuk anda.


Friday, 29 June 2018

Ayam Masak Sambal Kicap Semudah A,B,C.....

Dah lama akak tak update blog, biasalah mana yang ada waktu  senang je akak boleh update, kali ni akak  nak share resepi ayam masak sambal kicap versi ringkas akak..sebab menu nilah yang selalu layan pagi-pagi waktu sahur dengan suami. Ok! jom tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan
  1. Ayam-  ½ ekor potong 8
  2. Cili kering – ½ gengam ( ikut kepedasananda masing2)  - rebus dan blender
  3. Rempah 3 beradik – bunga lawang, pelage & kulit kayu manis
  4. Bawang merah 2 biji + bawang putih 3 ulas + halia ½ inci  – dikisar/ ditumbuk
  5. Bawang Holland- potong bulat
  6. Cili hijau 3 biji  – belah 2
  7. Tomato - 1 biji belah 4
  8. Kicap-  sudu
  9. Perasa – Serbuk knor 3 rasa
  10. Kunyit
  11. Garam
  12. Air
  13. Minyak masak
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan toskan kemudian gaul dengan kunyit dan garam seterusnya goreng separuh masak. 
  2. Selepas itu guna minyak goreng ayam tadi, masukkan rempah 3 beradik goreng seketika dan terus masukkan bahan kisar. 
  3. Tumis sampai naik bau. Selepas itu, masukkan cili kering yang dah diblender tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kicap, air dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati dan rasa. Kalau rasa dia kurang hanya tambah je serbuk knor tu. 
  4. Selepas itu masukkan tomato, cilik hijau dan bawang Holland tadi , selepas itu masukkan ayam. Ok! Siap dah menu kita kali ni.

**picnya akan akak update **

Popular Posts