Assalammualaikum..dah lama kita tak bersiaran, hari ini baru nak jenguk-jenguk kawasan blog ni..InsyaAllah, saya akan cuba update sekerap mungkin lepas ni dengan info-info berkaitan dengan alam wanita. Hari ni saya bercadang untuk berkongsi resepi masakan lemak. Jika awak semua ingin mencuba masakan saya ini. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan- bahan
- Ayam seekor potong 16 bahagian
- 2 Gengam daun kacang panjang
- Sehelai daun kunyit
- Sebatang serai – diketuk
- 1 santan kotak KARA 200ml
- Air
Bahan A – Tumbuk/ kisar kasar
- Cili api hijau 5 biji
- Bawang merah 1 biji
- Bawang putih 3 biji
Bahan B
- 1 ½ sudu teh serbuk kunyit
- Garam
- Gula
Cara-cara
Masukkan bahan A yang ditumbuk kasar, serbuk kunyit,
santan, air, daun kunyit yang disimpul serta serai dalam periuk. Kemudian
masukkan ayam, masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan garam dan gula. Rasa
ikut citarasa anda.
( Untuk dapatkan kuah yang pekat, masa tuangan pertama,
campurkan air . Selepas ayam agak-agak masak, baru masukkan santan pekat tanpa
campuran air)
No comments:
Post a Comment