Wednesday, 29 November 2017

EXPO Baby Terbesar : TCE BABY EXPO MidValley 25th Nov - 26th Nov 2017

Hai u olls…apa khabar semua..hari ni akak nak update pasai baby expo di MidValley Kuala Lumpur. Siapa ibu-ibu disini menghadiri expo ni? Angkat tangann…J..ok. Semalam dan hari Sabtu yang lepas, berlansungnya TCE BABY EXPO di MidValley pada 25th dan 26th November 2017.


Kebetulan, akak memang selalu menghadiri EXPO ni sebab pelbagai tawaran, hadiah dan diskaun hebat ditawarkan pada hari itu. Expo ni bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10 malam. Bagi yang ingin membawa anak-anak kecil, sebaik-baiknya datanglah awal-awal pagi..sebab bila waktu kemuncak seperti pukul  12 keatas..dalam hall tu memang sangat sesak..tambah lagi keadaan orang yang menunggu sambil duduk di karpet di sudut-sudut kosong sambil ibu atau ayah selesai membeli barang-barang baby. Parking pulak memang cepat je penuh, untunglah siapa yang datang awal boleh parking dekat dengan expo tersebut, bagi yang tak beruntung hadap jelah. Manakan tidak, suami kita akan terfikir bagaimana nak bawa barang yang banyak. Bagi yang dekat untung, yang jauh pulak terpaksalah menapak nak hantar barang-barang anak ke bonet kereta. Caj parking pun taklah mahal dalam RM 3.00 sahaja hari tu akak pergi. 

Pelbagai tawaran disediakan disana, sudahlah dapat diskaun lepas tu dapat pulak free gift. Contohnya,semalam husband belikan barang pamper jenama DRYPERS..biasa anak kedua akan guna size L, jadi suami akak beli 6 bag pampers disana..harga pun murah, sudahlah jimat lagi pulak dapat free gift bekas simpan makanan, baju tshirt dan beg sekolah. Memang bebaloi pergi kesana. Sesuai untuk ibu yang  bakal melahirkan anak sulung bolehlah mencari barang-barang baby di sini. 

Selain itu, tujuan akak pergi kesana nak mencari tisu basah, pampers serta susu untuk baby. Susu untuk anak-anak, akak guna ENFAGROW A+ dan AMMUM Langkah 2. Sebelum ni, pihak ENFAGROW jual dalam bentuk kotak, kali ni dalam bentuk tin. So husband akak decide nak beli dalam bungkusan sahaja daripada beli tin. Memang jumlah beratnya sama tapi akak suka guna yang berbungkus untuk memudahkan akak bahagi-bahagikan kepada pengasuh anak akak. Begitu juga tisu basah, beli pun akak suka beli bundle dan banyak boleh simpan stok nanti. Untuk pamper akak suka guna jenama MAMYPOKO dan DRYPERS untuk kedua-dua anak akak.. sebab jenama ni akak da biasa guna dan pampers dorang pun sesuai dengan anak-anak akak. Pampers GENKI pun ok jugak setaraf dengan MAMIPOKO sebab kedua-dua produk ni asalnya dari JEPUN.

Nampak tak tu pampernya..tak masuk lagi pamper adiknya pulak..

Expo ni juga, menawarkan hadiah- hadiah kepada peserta-peserta yang menyertai aktiviti disini. Selain itu, ada juga artis jemputan seperti Harith Iskandar dan keluarganya untuk membicarakan  tentang produk GENKI.



Ok..dan jangan lupa pulak ek..EXPO ni akan ada lagi pada tahun hadapan bulan APRIL 2018. Bagi mak dan bapak budak yang sedang menanti kelahiran anak sulung bolehlah setkan tarikh dan masa untuk ke EXPO ni. Sebelum tu kenelah senaraikan barang apa yang perlu dibeli.




Monday, 20 November 2017

Resepi Makanan Bayi 6 – 8 Bulan

Menjelang usia 6 bulan pastinya ibu-ibu diluar sana merupakan orang pertama berfikir mengenai menu makanan bayi anda. Pada umur begini, anda sudah dapat perhatikan tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk menerima menu diet barunya. Salah satunya, ketika anda makan, bayi anda seolah-olah mengeluarkan lidahnya untuk diminta suap atau lelehan air liurnya basah disekeliling mulutnya. Makanan pertama bayi bukanlah bermula dengan makanan pepejal tetapi bermula dengan makanan dalam bentuk cecair. 


Pelbagai panduan di dalam website mengenai  makanan pertama bayi anda. Pada bulan 10 lepas, baby akak yang no 2 telah genap 6 bulan, jadi akak buat makanannya berdasarkan pengalaman anak sulung. Macam biasa, kebanyakkan ibu-ibu di Malaysia banyak memilih makanan yang berasaskan puree terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti  buah pear, epal merah, pisang, manga manis, kurma, ibu keledek, labu dan kentang.



Mungkin ibu atau suri rumah mempunyai berlainan cara untuk menyediakan makanan bayi seawall 6 bulan. Melalui pengalaman akak,  akak suka memulakan makanan bayi akak dengan bubur nasi kosong yang di rebuskan dan diblender hancur menjadi bubur kosong. Tiada apa-apa perisa untuk bayi seawal ni. Kenapa akak berkata begitu?  Mengikut pembacaan akak melalui website dan buku kesihatan.



  1. Makanan harus diblender sampai halus  > Usus bayi  terlalu kecil dan bayi tidak mempunyai gigi (graham) untuk menghancurkan makanan sebagaimana orang dewasa lakukan. Ini juga dapat mengelakkan bayi sembelit.
  2. Kenapa makanan bayi tidak boleh diberi berperisa masin dan manis > Ini menyebabkan ginjal bayi yang belum matang menjadi rosak. Ye. Sememangnya garam diperlukan dalam tubuh tetapi jangan risau garam itu boleh diperolehi dalam bentuk susu ibu atau susu formula. Manakala untuk rasa manis pula, jangan risau, setiap makanan yang diambil seperti buah-buahan mempunyai rasa semulajadi daripada buah-buahan tersebut.     
Jadi sebagai permulaan akak sediakan bubur nasi dan dibelender sehingga halus..biasa akak buat mengikut peraturan 4 hari untuk makanan yang sama bagi mengesan alahan bayi terhadap makanan. Alhamdulilah,,sekarang bayi da masuk  8 bulan, makanan bayi akak yang boleh diterima adalah seperti :-

  1. Lobak merah
  2. Brokoli
  3. Ubi kentang
  4. Beras Putih
  5. Ayam
  6. Saderi
  7. Buah Lai/Pear
Bubur nasi yang diblender dengan menggunakan blender makanan baby


Pada peringkat awal akak perkenalkan makanan diatas, bergantung pada ibu-ibu diluar makanan apa yang serasi untuk anak. Masa untuk makan anak akak adalah 3 atau 4 kali sehari diselangi sekali snack  seperti buah pear. 


Macam biasa makanan bayi selalunya berasakan bubur,ini kerana, bayi tidak mempunyai gigi yang khusus seperti graham untuk mengunyah makana. Dan ada juga berpendapat walaupun gigi kacip dihadapan tumbuh namun ia tidak membantu bayi dalam memproses menghancurkan makanan yang dimakan oleh bayi.Makanan bayi akak yang pertama bermula dengan bubur dan kemudian akak  cuba tambah menu sampingan di dalam bubur anak akak supaya ada kombinasi tenaga dan vitamin untuk bayi.


1) Resepi : Bubur Kosong
Bahan-bahan 
  1. Beras Putih
  2. Air  

Cara - Basuhkan beras dan letak air dalam 2 hingga 3 cawan supaya beras yang dimasak tadi menjadi lembut dan mudah dikisar sehingga halus. Kemudian bagi ibu-ibu yang bekerjaya bolelah masukkan ke dalam bekas kiub ais untuk disejukkan dalam peti ais. Jadi pagi esok, senang ibu-ibu memanaskan makanan tersebut mengikut kuantiti ketulan bubur tadi untuk dihantar pengasuh.

Bubur nasi kosong masa untuk diblender halus-halus


2) Resepi : Lobak Merah &  Brokkoli
Bahan-bahan 
  1. Lobak merah – dipotong halus
  2. Brokoli – dipotong kecil-kecil ( sebelum memasak, rendamkan brokoli dengan air garam selama 15 minit untuk membuang benda-benda yang melekat pada batang brokoli)

Cara - Stim kan kedua-dua sayur kemudian kisar hancur

(Note : Selain diatas, korang boleh mengubah resepi mengikut citarasa anda, seperti lobak merah dan kentang, brokoli dan kentang dan sebaliknya.Akak memilih stim daripada merebus sayur-sayur diatas kerana untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mineral didalamnya.)

Kat atas ni akak buat lobak merah + ubi kentang


3) Resepi :  Stok Ayam
Bahan-bahan 
  1. Dada ayam – dipotong kecil-kecil dan dibasuh sehingga tiada darah pada daging dan ditoskan
  2. Air
  3. Bawang putih 1 biji – dipotong halus-halus
  4. Bawang merah ½ biji – dipotong halus-halus
  5. ½ Batang saderi  – dipotong halus
  6. Minyak zaitun- 1 camca kecil
Cara – Letak kesemua bahan-bahan diatas sehingga mendidih dan masak, kemudiab bahan-bahan diatas diblender sehingga hancur.

Stok ayam yang telah dibekukan

4) Resepi : Buah-buahan ( Snack )
Bahan-bahan
  1. Pisang
  2. Kurma

Cara : Hancurkan kedua-dua pisang dan dibelender sehingga halus. Boleh jugak diletakkan susu formula sebagai sampingan menu makanan.

(Note : Bagi buah –buahn seperti pear, labu dan seangkatannya, perlu distimkan dulu baru diblender sehingga hancur.)

Friday, 17 November 2017

PIGEON : Botol susu TERBAIK

Sejak lahir lagi, kedua-dua anak akak da masuk je kerja memang akak pratikkan pengunaan botol susu. Antara yang terbaik ialah botol susu pigeon. Botol susu Pigeon ni terbahagi kepada 2 jenis material iaitu dari Polyphenylsulfone (PPSU) dan Polypropylene (PP) dalam size kecil dan besar.
Kenapa  botol susu Pigeon PPSU ni menjadi pilihan ibu-ibu diluar sana


  • Botol susu PPSU (Polyphenylsulfone) ..botol berwarna kekuningan. Tidak seperti botol plastic putih biasa. Botol ini jenis botol plastic GRED Tinggi, tahan suhu tinggi sehinga 180’C dan tahan proses pensterilan yang BERULANG KALI . 
  • Selain itu, mempunyai rintangan kimia yang sangat baik serta bebas BPA dan jangka hayat botol yang lebih lama daripada botol putih biasa ( anggaran - + 1 tahun penggunaan)
  • Botol susu PIGEON Peristalic Plus dengan AVS – Air Ventilation System ( Sistem Pengalihan Udara) membantu menyesuaikan tekanan udara di dalam botol.
  • Mengurangkan masalah KEMBUNG PERUT  kerana terdapat penyelarasan udara di dalam botol. Oleh itu bayi tidak akan menelan buih udara yang berlebihan ketika menghisap susu dari botol ini.

Puting Peristalsis Plus
  • Puting ini akan menggalakkan pergerakkan lidah bayi anda secara semulajadi . Bayi menyusu dengan mudah dan lancar. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan penggunaan botol susu dan secara tidak lansung mengurangkan risiko keliru punting
  • Anti kolik kerana binaan puting ini dapat mengurangkan risiko bayi TERSEDAK SUSU dan rekabentuknya mirip seakan-akan payudara ibu yang begitu lembut dan anjal
  • Punting susu bercirikan super strechable dan slikon ultra lembut bagi memudahkan bayi menyusu dan menyokong mulutnya secara lembut.




Klinik Mesra Kanak-Kanak : Klinik Pakar Kanak- Kanak Serena

Sinonim kalau anak-anak tidak sihat, kebiasaannya sesetengah ibu suka merujuk kepada kilinik pakar kanak-kanak. Bagi akak, bulan ni musim hujan panas hujan panas, kadang-kandang anak- anak kecil sebegini system imum dia tidaklah kuat macam orang dewasa. Kebiasaanya akak pergi dapatkan rawatan untuk anak-anak kat Putra Medical Centre (PMC). Kat situ pun ada jugak doktor pakar kanak-kanak iaitu Datin Marina. Firstly datang,  doktor ni memang sombong sedikit tapi lama-lama bagi saya biasa sahaja. Kadang-kadang kene perli jugak, akak malas nak melayan.  Akak bagi 3 bintang daripada 5 bintang untuk perkhidmatannya di PMC.

Akak pada waktu tu memang emergency nak pergi ke klinik sebab bayi no2 akak selesema dan demam, kebetulan doktor Datin Marina tiada, jadi akak dan suami terjumpa Klinik Pakar Kanak -Kanak Serena ni di Bukit Rahman Putra. Pertama kali masuk dalam klinik tu, staff memang peramah dan mesra. Dalam klinik tersebut, terdapat kawasan bermain untuk anak-anak sambil menunggu giliran dipanggil.  Begitu juga ada sudut untuk menyusukan bayi.




Kami sampai disana, dalam pukul 2 petang. Ini kerana klinik ni hanya beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang sahaja. Waktu tu akak di minta isi borang perubatan dan diberi satu kad berisi nombor untuk rujukan fail dorang. Selesai urusan dikaunter akak diarahkan duduk dan menunggu nama dipanggil Dalam 2 3 orang begitu , nama anak akak dipanggil oleh pembantu perubatan dan pertama kali bersua muka dengan Dr Serena Dass.



Orangnya memang peramah dan sukakan kanak-kanak. Dalam bilik doktor ni pun ada mainan kanak-kanak. Jadi tak hairanlah kanak-kanak ni boleh leka sekejap sambil  doktor menerangkan punca penyakit kanak-kanak tersebut berlaku kepada ibu bapa.

Kos rawatan dan perubatan pun boleh sama jugak dengan klinik pakar yang lain..Akak recommended pada sapa-sapa yang duduk berdekatan denagn klinik ni. Bolehlah dapatkan rawatan dekat sini. Kat sini akak bagi 5/5 bintang...:-) 

Tuesday, 14 November 2017

Wanita 24 Jam : Kerjaya VS Rumah Tangga


Tajuk kat atas ni memang sesuai sangatlah untuk hari ni..manakan tidak..setiap kehidupan wanita didunia ini tidak akan keseorangan dan akan mengalami perubahan kehidupan 360 darjah apabila sudah berkahwin. Pelbagai komitment yang kita pegang selepas berkahwin..dulu status kita ala-ala ladies gitu..mesra jugak dipanggil ANAK DARA..sekarang bukan anak dara..MAK DARA dah dipanggil.. Jadi tugas wanita makin bertambah…gelaran pun bertambah MAK ORANG, ISTERI ORANG,IBU dan PEKERJA.



Setiap orang semestinya mempunyai kerjaya masing-masing..Manakan tidak , kerjaya sebeginilah mereka pegang untuk merasa duit poket sendiri. Ye, ada juga pendapat mengatakan selepas kahwin, suami menanggung kita..tapi kadang-kadang wanita ni lebih selesa mempunyai duit poket sendiri.
Adakalanya memang berat nak buat keputusan samaada nak bekerja atau berhenti menjaga anak sendiri di rumah.  Bagi akak, akak lebih selesa bekerja.




Wanita diibaratkan 24 jam sehari berkerja tanpa rehat. Sebab apa akak kata begitu bayangkan anda mempunya anak serta kerjaya yang sedang berkembang tentunya anda ingin mengimbangi tugas kedua-duanya.

Dah macam sotong tangan tu , macam-macam nak dibuatnya

Tugas si isteri memang banyak tambah lagi yang memiliki anak-anak kecil seusia 3 tahun kebawah. Pastinya, penat melayan anak-anak kecil sebegini. Sebab kita kemas je rumah kat dapur..dia da buat sepah kat ruang tamu. Kadang-kadang tu yang menambah lagi stress mak-mak ni..tapi difikirkan kembali..itu memang lumrah anak-anak hendak dewasa..mak pak terpaksalah buat-buat tak nampak anak buat sepah. Cuba perhatikan kerja-kerja mak-mak ni


Memang ni lah sebenar tugasan si isteri..Allah SWT jadikan orang perempuan rangkanya kecil dari laki-laki tetapi kuat menangung perasaan penat dan stress demi keluarganya.

Ekzema : Produk Moo Goo Cream & Syampoo Tropika

Hai korang semua..apa khabar? Kat sini akak nak tanya soalan, siapa kat sini ada baby bawah 2 tahun mengalami ruam kulit atau mesra dipanggil kawan ni cik Ekzema. Anak pertama dan kedua akak ada masalah kulit yang dipanggil Ekzema. Abangnya tak lah teruk sangat tapi sampai dua tahun alhamdulilah kulit dia kembali normal. Cuma adiknya pulak makin menjadi-jadi ekzemanya..tapi tak lah teruk kene satu badan cuma dibawah leher dan pipinya sahaja.

Mula-mula akak guna bahan yang ada streoid..sebab waktu tu akak bawa si abang check up kat Klinik D ni..dan rekomen kan kat akak guna cream ni. Akak sapu pada tempat terkena ekzema tu. Memang betul cepat hilang kemudian datang balik..selepas tu akak guna pada adiknya pulak pun begitu. Tapi akak teruskan jugak pakai ni untuk baby sulung akak sehingga 2 tahun dan lepas tu akak teruskan pada baby yang kedua.


Selain itu akak ada jugak ke farmasi Bandar Baru Selayang untuk cari krim yang baik untuk baby sulung. Antara yang ditawarkan adalah jenama EZERRA..krim ni memang untuk baby yang megandungi chemical tapi tiada streoid. Akak pakaikan baby sulung akak ni pun, ekzema dia sapu  je sekejap je hilang kemdian datang balik. 

Untuk baby kedua..akak ada cerit kat atas akak guna yang krim streoid tu untuk sapu ekzema baby akak tapi tak berjalan..so akak dan cik suami decide nak pergi ke klinik tapi cik suami kata kita pergi farmasi sahaja sebab kalau bawa ke klinik biasa dia akan bagi ubat yang bukan organik..Malam tu kami ke farmasi Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, kemudian staff kat sana perkenalkan satu produk yang organik dan memang sesuai untuk baby. 

Kalau termakan pun krim tersebut oleh baby pun tak pe sebab organik. Sebelum akak pergi ke farmasi memang akak ada buat research tentang produk mana yang baik untuk Ekzema. Ternyata staff di farmasi memang rekomenkan pada kitorang produk yang bagus untuk baby kedua akak..produk tersebut jenama MOOGOO..hehe..sesuailah sangat dengan namanya dengan MOO..MOO...(lembu) sebab bahan-bahan dalam produk ni semua organik dan campuran susu lembu. Harga pulak memang boleh tahan dalam RM76.00 1 tiub dengan berat 120gram.

Korang boleh view produk ni di laman website >>  MOOGOO
Produk mesra baby  : MOOGOO Inritable Skin Balm 
Ternyata produk ni bagus untuk baby akak, akak pakaikannya 3 kali sehari lepas mandi..kalau akak tak sapukan pada baby nanti, kulitnya akan kering dan rasa gatal-gatal. Bila da gatal mulalah nak mengaru lepas tu berdarah. Jadi sebelum tangan baby akak naik dok mengaru je ekzema dia, akak  sapu krim dulu. Akak dah pakaikan seminggu pada baby, keputusannya memang bagus..kulit pipi baby akak da tak kasar lagi..dan gatal pun makin kurang. 

Manakala mandian pulak, akak pilih  Syampoo TROPIKA..bahan organik jugak. Sebelum ni akak guna produk mandian PUREEN 

Pureen Bath

Sebab apa akak pilih mandian dari Tropika, bahan -bahan dalam syampoo ni tiada bahan kimia dan hanya terdiri daripada bahan-bahan organik serta sesuai untuk baby akak yang mengalami Ekzema. Jadi akak pilih wangian SWEET..memang wangi sangat untuk baby..lagipun produk ni terdiri daripada kandungan minyak kelapa dara..Akak pakai da masuk 2 minggu memang keputusannya agak bagus, kulit baby dah tak kering. 

Korang boleh lawat wesite dorang ni untuk mendapat maklumat lanjut >> TROPIKA BEAUTY

Tropika Bath



Monday, 13 November 2017

Review : Himalaya Anti- Hair Fall - ( Atasi Rambut Gugur)

Hai awak semua..dah lama akak tak update blog. Hari ni akak ada masa terluang untuk mengisi blog hari ni.. Tajuk kat atas ni memang sesuai untuk semua perempuan dan laki-laki kat luar sana. Sebab kenapa akak kata begitu,,produk ni memang bagus untuk rambut terutama bagi orang yang keguguran rambut selepas bersalin dan memang ada masalah keguguran rambut.

Kat sini akak nak bercerita tentang pengalaman akak menggunakan syampo ni. Selepas bersalin anak pertama,,4 bulan selepas tu akak mengalami keguguran rambut yang banyak sangat. Sampai cik suami tegur lepas mandi siram lantai..lepas bangun tidur bersihkan bantal...manakan tidak..rambut bila mandi je jatuh sehelai-sehelai..kalau tidur pulak..letak je atas bantal bila bangun esok segumpal rambut akak jumpa atas bantal..fuh! Memang stress lah akak dibuatnya...



Manakan tidaknya,belum sampai usia da BOTAKKK!...Tidakkklahhhh...adoi!. Esoknya akak Google kat tempat kerja..akak terbaca blog si adik ni Irine Nadia mengenai syampoo Himalaya Anti Fall. Ok! Akak try satu botol beli di LAZADA..awal pemakaian memang tak nampaklah kan kesannya? Sebab baru je nak cuba..tapi lepas sebulan tu rambut akak makin kurang gugur..memang bebaloi akak cuba produk ni.

Tahun 2017, akak bersalin anak no 2, tapi kali ni keguguran rambut akak menjadi-jadi pulak. Adoi..jadi akak stay guna syampo ni lagi cuma tambah minyak je saja..minyak ni akak beli kat LAZADA jugak dalam RM 30.++ begitu..


Bau minyak ni bau wangi jugak,,cara pakainya..lumurkan minyak ni ke atas kulit kepala dan pijat-pijat lembut atas rambut..biarkan 1 jam kemudian bilaskannya dengan Syampoo Anti-Hair Fall ( Himalaya)..Akak pakai da masuk 5 bulan..sekarang perasaan akak happy sangat-sangat sebab rambut pun dah kurang gugur kemudian perkara akak tak jangka..akak perasan anak rambut makin lebat tumbuh..selak je kiri kanan..nampak je anak rambut tegak menegak gah gitu..hehehe..jadi kepada sesiapa yang belum jumpa produk syampoo terbaik..guna Himalaya..Insya-Allah rambut tak akan gugur lagi..

Popular Posts