OK..dah lama akak tak update blog..yela sebab sibuk
menguruskan rumahtangga dan anak-anak lagi itupu tak termasuk bapaknya
lagi..macam-macam kerenah..ok baru-baru ni akak ada bercuti di bagan lalang.
Sebenarnay akak tak tahu apa keistimewaan bagan lalang ni. Sebab bagi akak
tempat ni tiada apa-apa…tetapi hari tu akak pergi memang best tempatnya..sebab
macam berada di Port Dickson pulak ..tempatnye memang best dan bersebelahan
dengan AVANI Resort. Sambil-sambil bercuti jugak kita boleh pergi ke Pantai
Morib dan perjalanan mengambil masa 30 minit dari Bagan Lalang. Kat Bagan Lalang pulak akak stay di Seri Bayu Resort. Ok jom kite view resort ni.
Check in
Akak pergi waktu hari Jumaat kebetulan cuti Hari
Raya Haji. Akak amik 1 ½ jam sampai kat
sana. Sampai pun da dekat pukul 4.00 petang. Husband akak amik kunci di bilik
dan tak perlukan duit deposit. Cuma husband tambah 2 buah tilam satu tilam
30.00 sekali satu 1 set iaitu bantal, alas tilam dan selimut.
Persekitaran kawasan Seri Bayu Resort |
Apartment
Akak dapat tingkat 2 paling tinggilah. Merangkak
husband akak nak bawa barang naik ke atas. Al-maklumlah kita ni ada anak
kecik-kecik barang mestilah banyak nak diangkut. Sampai kat sana. Appartment ni
ada 2 biji bilik 1 bilik ada katil queen dan 1 bilik lagi ada 2 katil single. Kami
pergi ber 6. Kekurangannya adalah tiada peti ais dan tidak boleh memasak. Pantry
disediakan.
Ruang Tamu |
Katil Queen |
Katil Single |
Kawasan
Persekitaran apartment ni ok sahaja..kelebihannya
ada kawasan tempat bermain anak-anak. Selain itu kalau ada family nak berBBQ
bolehlah bawa siap-siap bahan untuk dibakar. Sebab mereka ada sediakan khemah
dan tempat BBQ untuk membakar. Kekurangan tempat ni adalah kolam
renangnya..kolam renang adalah kecik sahaja..kalau nak berenang rasenya tak
payah sebab beberapa langkah je da sampai ke penghujung kolam tu.
Kawasan pulak ok sahaja. Dekat dengan pantai dan boleh berjalan kaki. Nak cari kedai makan pun dekat sahaja dan macam-macam ada.
No comments:
Post a Comment