Selepas balik dari Bagan Lalang di Sepang. Esoknya akak
pergi ke GPO (Genting Premium Outlet) di Genting Highland. Masa perjalanan
dalam 1 jam jugak dari rumah akak. Husband akak dan maknya dah plan nak pergi
ke sana berjalan-jalan amik angin sejuk kat atas. Akak pun da 2 kali naik kat
sana cumanya akak tak entri dalam blog. So akak nak becerita tentang GPO ni.
GPO ni di buka pada awal tahun 2017 bulan January dan menawarkan barang-barang
berjenama dari luar negara dan dalam negara. Contohnya jenama CARLO RINO (
handbag) kalau harga 200.00 ++ kita da boleh dapat harga 100.00++ kat sana
sebab dorang akan bagi kaw-kaw diskaun kat sana. Begitu juga ADIDAS, HUGO, HUSH
PUPPY, BOSS, CHANEL, COACH, BONIA, MICHEAL KOIRS, SASA OUTLET, CARLO RINO,
ALVIN, LEVIS dan banyak lagi. Tempat ni berdekatan dengan Masjid Genting
Highland.
Kat sini jugak anda semua boleh naik kereta kabel ke puncak Genting
Highland dan ia dipanggil AWANA SKYWAY. Jom kite review tempat ni. Korang
bolehlah pergi kat sini sebab ini adalah paling terbesar premium outlet setakat
ini berbanding Johor PO DAN Melaka PO.
No comments:
Post a Comment