Assalammualaikum..apa khabar pembaca blok Cik Cerry. Akak
doakan sihat-sihat pembaca akak diluar sana. Kali ini akak nak menulis pasal
Hari Keluarga suami akak yang diadakan di Ulu Dong Pahang bertempat Resort
Cerkas Merkau Pahang ( fb : Cemerkau Chekas Chalet). Tempat ni memang menarik
perhatian sesiapa sahaja jika anda berkunjung ke tempat ini. Bagi warga kota
yang sibuk dengan harian bekerja silalah ambil peluang ni untuk merasa
kedamaian dan ketenangan dalam
pesekitaran resort ini. Biasanya telinga kita asyik dengar bunyi hon
kereta, enjin dan sebagainya di ibu kota. Kalau kat sini, ungas-ungas, cengkerik
dan kicauan burung yang akan didengari. Ini akan membuatkan minda anda rasa
tenang.
Kat sini, akak terangkan sikit pasal chalet ni. Diusahakan
oleh Haji Mustafa iaitu pesara TNB dan terletak 3KM dari tempat perkelahan Lata
Jarom. Ada pelbagai bilik ditawarkan dari deluxe, superior, cabin,dorm dan
bilik kayu. Anda boleh berkelah serta memasak disini dengan menyewa tempat
mereka. Boleh juga menempah tempat ini sebagai tempat latihan dan percutian
bagi keluarga.
|
Peta Kawasan |
|
Sungai tepi resort. |
Perjalanan kami bermula pada pukul 12.30 tengahari dan kami sampai pada pukul 4.30 petang. Patutnya perjalanan kami hanya 3 jam sahaja tapi dah terlebih disebabkan kesesakkan lalulintas di sekitar kemasukan Tol Gombak menghala ke pantai Tmur. Laluan kami kemudiannya sesak disekitar bandar Raub..Bila sampai je kat sana memanglah satu badan penat.
|
Penat kaki hadap jammed |
|
Barang Keperluan Anak-anak akak |
|
Singboard nak masuk ke resort |
Bilik yang kami tempah adalah jenis superior 1 queen 1
single..dn berhadapan dengan tasik ikan. Permandangannya memang menarik dan
tenang. Air dia pulak jangan lah cakap memang sejuk betul. Macam air
batu, kebetulan waktu kitorang pergi tu asyik hujan panas hujan panas kat sana. Bila dah
sampai petang jadi aktiviti kami pun dah lari timingnya. So petang tu dorang
mandi-manda sahaja serta ada aktiviti sedikit untuk kami. Malangnya kami tak
dapat sertainya sebab kami pun sampai dah lambat.
|
Bilik bawah tu bilik kami |
|
Pandangan depan bilik kami |
Sebelah malam pulak, aktiviti kami ialah makan malam dengan
hidangan BBQ serta nasi goreng. Owh lupa pulak harga 1 pax untuk pakej makan 4x
sehari termasuk BBQ adalah RM70.00..memang mahai sedikit.ngeh ngeh..Tapi lagi
bagus kalau dibawa sendiri untuk dimasak sendiri sebab kat sini memang dah
disediakan tempat memasak dan tempat memangang ikan untuk buat BBQ. Selepas
itu, ada tiupan lilin bagi ahli keluarga harijadinya jatuh bulan Disember 2017.
Anak si sulung akak pulak sibuk nak tiup
lilin.Harijadi orang lain tapi dia lak sibuk-sibuk nak tiup.Huhu..
Selesainya masjlis tu, kami pulang ke bilik masing-masing.
Esoknya, kami di bawa mengelilingi satu kampung Pulau Chekas tersebut dengan
menaiki keretapi tong. Tong tersebut
diperbuat dari tong besi kemudian dijadikan sebagai keretapi. Untuk naik ni
bayaran dikenakan sebanyak RM5.00 seorang. Memang best naik ni manakan tidak pagi-pagi dah pergi megelilingi kampung kat sana. Kemudian ada senaman sedikit dibuat sebagai pemanas badan dan aktiviti bersama keluarga.
|
Jalan-jalan dulu |
|
Sesi panaskan badan |
|
Main baling buah kelapa |
Kemudian, kami disediakan untuk minum pukul 10.00 pagi dan
sambil-sambil itu jugak ada dikalangan family kami sambung bermandi manda kat
sungai sebab tak puaskan. Tepat pukul 12.00 tengah hari.. sebahagian family kami
dah check out pukul 12.00 tu dan terus untuk makan di kantin. Selesai semua
aktiviti..kami buat sesi bergambar bersama family. Dan seterusnya pulang ke
rumah masing-masing.
|
Ini sebahagian waris Tok Ahmad berkumpul..patutnya ramai tapi masing-masing ada komitment sendiri |
Pada malam ke 2, tinggal family akak, mak mertua dan
keluarga adik ipar sahaja tinggal. So nak makan malam, nasib baik mak mertua
bawa tempat memasak dan gas. Jadi ada jugak mak mertua bekalkan nugget dan ayam
goreng dalam box polisteren tu. So mak mertua ambil port memasak di tepi
beranda kami. Paginya pulak sebelum balik, suami akak lak buat roti salut telur
dan dicicah dengan ayam rendang serta sos lada hitam. Akak lak jenis bantai je
makan apa sahaja. Huhu. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuala
Lumpur.
|
Redang ayam husband tolong panaskan |
|
Orang kuat tengah masak roti telur untuk breakfest |
wow bila pula abg long izat leh masak ni ibu mira.. hehe
ReplyDelete