Tuesday, 12 September 2017

Resepi Nasi Ayam Goreng Crispi

Hari ni rasa dalam hati nak buat nasi ayam yela..asyik-asyik makanan ayam goreng je kan…lebih –lebih lagi laki kau tu suke sangat makan ayam.so nak decide nak buat nasi ayam kebetulan hari sabtu biasanya aku half day..tapi hari ni cuti bolehlah bersilat dengan kuali mangkuk sudip kat dapur. So ni bahan-bahan nak buat nasi ayam..aspirasi dari resepi mak..

BAHAN –BAHAN UNTUK MAKAN 2 ORANG

NASI
nasi 2 cup untuk makan 2 orang
1 biji bawang merah – hiris halus
1 inci halia -hiris halus
3 ulas bawang putih –hiris halus
3 sudu planta
1 kuib knor ayam
Kulit ayam
1 ½ cawan air rebusan ayam

SUP
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang merah –hiris halus/ tumbuk
3 biji bawang putih – hiris halus/tumbuk
1 inci halia – hiris halus/tumbuk
Daun sup dan daun bawang- hiris halus
Minyak untuk tumis
1 ½ kiub knor ayam

AYAM
½ ekor ayam
Air secukupnya
Tepung goreng bistari ( boleh dapatkan kat pasaraya NSK)
Minyak secukupnya

KICAP
3 sudu besar kicap ABC
3 sudu besar air rebusan ayam

CILI
4 biji cili merah-kisar
4 biji cili merah (kecil)-kisar
6 biji bawang putih -kisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam dan gula

SAMPINGAN
1 pokok salad
1 biji timun
1 biji tomato

CARA-CARA

Ayam dipotong dan dicuci kemudian rebus ayam mengunakan periuk yang diisi air sehingga empuk. Kemudian ketepikan ayam dan sejukkan. Manakala air rebusan ayam disimpan sebab banyak kegunaannya nanti.

Untuk sup, panaskan minyak kemudian masukkan bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia,bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik  bau. Kemudian masukkan 3 cawan air rebusan ayam tadi berserta kiub ayam. Didih sehingga masak kemudian sejukkan dan boleh hiaskan dengan daun bawanh dan daun sup.

Manakala untuk nasi..cairkan planta dalam kuali kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan tumis sehingga naik bau. Jangan lupa masukkan kulit ayam dan kuib ayam sekali. Selepas itu masukkan beras tadi kedalam kuali gaul rata dan pindahkannya pula kedalam periuk nasi. Dalam periuk nasi tu masukkan 1  ½ gelas air rebusan ayam tadi dan masak.

Untuk cili pula, kisarkan 3 bahan diatas kemudian masukkan kedalam periuk tanpa minyak dan air. Kacau rata dan api dalam keadaan sederhana. Masukkan sos tomato dan cili serta rasakan seimbang dengan gula dan garam. Manakala kicap  campurkan 3 sudu rebusan air dan 3 sudu kicap abc dan siap.

Bagi ayam pula..letakkan serbuk cili dan tepung goreng bistari dalam bekas kemudian gaul dan sedia untuk digoreng. ( TAK PAYAH BUBUH GARAM SEBAB DAH MEMANG ADA PERASA DALAM TEPUNG TU)


Bahan sampingan tu bolehlah di potong dan dibersihkan mengikut citarasa masing-masing.

nasi ayam goreng crispi..hidang ala-ala kampung gitu..hehe

Thursday, 7 September 2017

GPO : Genting Premium Outlet

Selepas balik dari Bagan Lalang di Sepang. Esoknya akak pergi ke GPO (Genting Premium Outlet) di Genting Highland. Masa perjalanan dalam 1 jam jugak dari rumah akak. Husband akak dan maknya dah plan nak pergi ke sana berjalan-jalan amik angin sejuk kat atas. Akak pun da 2 kali naik kat sana cumanya akak tak entri dalam blog. So akak nak becerita tentang GPO ni. 


GPO ni di buka pada awal tahun 2017 bulan January dan menawarkan barang-barang berjenama dari luar negara dan dalam negara. Contohnya jenama CARLO RINO ( handbag) kalau harga 200.00 ++ kita da boleh dapat harga 100.00++ kat sana sebab dorang akan bagi kaw-kaw diskaun kat sana. Begitu juga ADIDAS, HUGO, HUSH PUPPY, BOSS, CHANEL, COACH, BONIA, MICHEAL KOIRS, SASA OUTLET, CARLO RINO, ALVIN, LEVIS dan banyak lagi. Tempat ni berdekatan dengan Masjid Genting Highland. 



Kat sini jugak anda semua boleh naik kereta kabel ke puncak Genting Highland dan ia dipanggil AWANA SKYWAY. Jom kite review tempat ni. Korang bolehlah pergi kat sini sebab ini adalah paling terbesar premium outlet setakat ini berbanding  Johor PO DAN Melaka PO.




Tuesday, 5 September 2017

Cuti-cuti di Bagan Lalang, Sepang

OK..dah lama akak tak update blog..yela sebab sibuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak lagi itupu tak termasuk bapaknya lagi..macam-macam kerenah..ok baru-baru ni akak ada bercuti di bagan lalang. Sebenarnay akak tak tahu apa keistimewaan bagan lalang ni. Sebab bagi akak tempat ni tiada apa-apa…tetapi hari tu akak pergi memang best tempatnya..sebab macam berada di Port Dickson pulak ..tempatnye memang best dan bersebelahan dengan AVANI Resort. Sambil-sambil bercuti jugak kita boleh pergi ke Pantai Morib dan perjalanan mengambil masa 30 minit dari Bagan Lalang.  Kat Bagan Lalang pulak akak stay di Seri Bayu Resort. Ok jom kite view resort ni.


Check in 

Akak pergi waktu hari Jumaat kebetulan cuti Hari Raya Haji. Akak amik 1  ½ jam sampai kat sana. Sampai pun da dekat pukul 4.00 petang. Husband akak amik kunci di bilik dan tak perlukan duit deposit. Cuma husband tambah 2 buah tilam satu tilam 30.00 sekali satu 1 set iaitu bantal, alas tilam dan selimut.

Persekitaran kawasan Seri Bayu Resort

Apartment 

Akak dapat tingkat 2 paling tinggilah. Merangkak husband akak nak bawa barang naik ke atas.         Al-maklumlah kita ni ada anak kecik-kecik barang mestilah banyak nak diangkut. Sampai kat sana. Appartment ni ada 2 biji bilik 1 bilik ada katil queen dan 1 bilik lagi ada 2 katil single. Kami pergi ber 6. Kekurangannya adalah tiada peti ais dan tidak boleh memasak. Pantry disediakan.

Ruang Tamu

Katil Queen

Katil Single

Kawasan 

Persekitaran apartment ni ok sahaja..kelebihannya ada kawasan tempat bermain anak-anak. Selain itu kalau ada family nak berBBQ bolehlah bawa siap-siap bahan untuk dibakar. Sebab mereka ada sediakan khemah dan tempat BBQ untuk membakar. Kekurangan tempat ni adalah kolam renangnya..kolam renang adalah kecik sahaja..kalau nak berenang rasenya tak payah sebab beberapa langkah je da sampai ke penghujung kolam tu. 




Kawasan pulak ok sahaja. Dekat dengan pantai dan boleh berjalan kaki. Nak cari kedai makan pun dekat sahaja dan macam-macam ada.


Popular Posts