Monday, 14 August 2017

Udang Masak Lemak Cil Api Bonda

Mak pernah berpesan pada aku..nanti rajin-rajin lah memasak senang nanti nak kahwin..terigiang-giang telinga aku dengar mak membebel kat aku..memang aku yang sulung tapi aku jenis kurang atau gemar memasak..suke ke arah mengemas dan lain-lain aktiviti. Tapi..sejak kahwin aku mula mencari mak dan meminta resepi resepi sebab bagi aku maklah yang paling best memasaknya.

So, memang dah lama nak niat nak masak lemak udang cili api…lagipun suami aku  jugak sukakan makanan udang ni. Jadi pagi-pagi aku gerak ke kedai mencari bahan. Selesai menguruskan anak aku rembat apron terus memaasak…jadi hari ni nak share resepi udang masak lemak cili api  bonda sebab memang aku cedok dari resepi bonda/mak aku sendiri.huhu

Bahan-bahan

  • 1 kilo udang ( saiz sederhana)
  • 7 batang kacang panjang ( dipotong pendek)
  • 1 kotak santan jenama kara (saiz keci)
  • 3 biji bawang merah-tumbuk
  • 6-10 biji cili kampong /api-tumbuk
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai- dititik


Cara-cara


  • Tumbuk bawang , cili api dan serbuk kunyit sehingga hancur. Kemudian titikan sebatang serai
  • Bahan  yang telah ditumbuk diletakkan kedalam periuk beserta serai dan 1 kotak santan (kalau boleh letakkan air sedikit untuk cairkan kemudian panaskan diatas dapur. Jangan lupa kacau selalu untuk elak santan berketul.
  • Selepas masakan tadi mendidih..masukkan udang, kacang panjang dan daun kunyit kedalam masakan tadi dan masak sehingga naik bau. Perasakan ia dengan garam dan gula.
  • Siap dan boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts