Friday, 18 August 2017

Demam DENGGI

Salam semua...ok hari ni akak nak bercerita tentang penyakit yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Ada di kalangan kita pernah memghadapi penyakit Demam Denggi termasuklah akak. Kisah bermula di mana selepas bersalin anak sulung dan pada waktu itu bayi akak baru sahaja memasuki 5 bulan..so nak jadikan cerita..pagi tu akak pergi kerja macam biasa.. bila masuk tengahari..badan naik sejuk,.mata pedih-pedih mulalah keluar air..badan pun tak sedap..ye suhu badan akak da naik..akak letak tapak tangan kat dahi..memang panas..terus akak minta MC hari tu untuk jumpa doktor..doktor bekalkan ubat demam... Belah malam pula..akak makan ubat tu tapi beberapa jam demam hilang..selepas tu badan kembali seram sejuk macam orang nak demam..so en suami akak suruhlah makan ubat dan minum air banyak-banyak..macam biasa selepas tu demam dedar sikit..tak lama kemudian dia datang balik...en suami pun terus bawa akak ke klinik..so doktor bagi ubat antibiotik..dan tengok dalam seminggu kalau demam tak kebas..akak terpaksa buat ujian darah di klinik kesihatan sungai buloh..

Boleh kenal jenis denggi


Memang dijangka, demam akak masih tidak hilang lagi. Kemudian, akak diarahkan buat ujian darah dan tak sangka..jumlah kandungan darah merah akak makin menurun manakala kandungan darah putih makin banyak..jadi..doktor telah mengeluarkan surat arahan supaya akak dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans. 


Akak pun mengitkuti arahan yang diberi. Akak telah di hantar ke wad kecemasan. Doktor yang bertugas telah memeriksa akak dan doktor telah memasukkan air ke dalam badan akak. Selama akak di wad, akak telah dimasukkan air kedalam badan sebanyak 8 botol. Kesan daripada rawatan itu..akak semakin beransur pulih. Selama akak duduk di hospital..akak terlalu rindukan anak..yela babykan baru 5 bulan.  Selepas itu, akak semakin berjaga-jaga lebih-lebih lagi ketika senja dimana kita digalakkan berada dalam rumah dan tutup tingkap dengan rapat sebab nyamuk pada waktu itu aktif keluar untuk mencari darah sebagai makanan mereka.






Demam denggi merupakan penyakit jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk denggi. Virus denggi ini akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.



Tanda-tanda DENGGI



No comments:

Post a Comment

Popular Posts