Monday 14 August 2017

Spaghetti Bolognese Simple

Ok. Biasanya kita malas nak masak. Tapi mengenangkan esok nak kerja dan dah bosan mengadap makanan yang sama dekat tempat kerja. Hari ni akak nak perkenalkan masakan akak << acah2 pandai sanggggattttlahhhh nak masak tu>>

Huhu..yela bila nak pandaikan nak memasak..so akak teringat gambar spageti dengan kuah bolognese..fuh!! terliuq pun ada,,so nak jadi cerita lepas tidurkan anak-anak..akak pun terus rembat kuali  dengan sudip..sementara tu laki akak p layan movie dia kat astro..ok jom tengok bahan-bahannya:

Bahan-bahan (makan 1 orang)
  • 3 keping daging burger-hancurkan ( akak suka daging burger sebab sedap, nak guna daging kisar pun ok)
  • 1 biji bawang labu – cincang
  • 1 batang lobak merah – potong kiub
  • 3 sudu minyak untuk tumis
  • 4 biji cili api merah – tumbuk/potong belah 2
  • ½ tin sos prego tradisional
  • Spageti
  • Air secukupnya

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang tumis hingga naik bau.kemudian masukkan daging hancur gaul rata dan letak air sedikit masak sehingga daging masak..kemudian masukkan lobak merah yang sudah dicincang dan cili api bagi yang suke pedah dan gaul rata. Selepas itu masukkan ½ tin sos prego ke dalam masakan tadi dan masak hingga naik bau.
  • Untuk spageti, masukkan 1 sudu minyak kedalam air yang berisi dalam periuk kemudian  masukkan spageti masak sehingga lembut. (tujuan minyak diletakkan dalam periuk untuk elak spageti melekat)
  •  Selepas masak hidangkan atas meja.

Ni akak post ala-ala makan western kat rumah

Huhu...bila dah malas jawabnya campak dalam platik jela..malas ni bersebabbb..sebab malas nak basuh tappauuuwaree..hehe

Bolognese yang da disiap masak..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts