Sunday, 20 August 2017

Make-up Wanita- RONASUTRA, SilkyGIRL, IN2IT, DUOYA Maskara

Siapa setuju kalau muka anda tiada solekkan? Rata-rata wanita kini, ramai menggunakan solekkan agar wajah Nampak segar dalam setiap penampilan individu tersebut. Barang alat solek memang sahabat baik kepada wanita. Ada juga golongan ini sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk membeli keperluan solekkan untuk kepuasan dan kecantikkan sendiri. Akak pun tidak ketinggalan dalam bab ni.
 
Ni jenama make-up yang akak guna sekarang. 


Bagi akak cantik itu memang sinonim dengan wanita. Solekkan di wajah juga mencerminkan kecantikkan wanita itu.       Jadi akak nak share produk apa yang akak pakai untuk jenis kulit akak yang berminyak. Tau-taulah kan..kalau kulit berminyak memang payah sikit nak cari produk kecantikkan yang sesuai untuk muka macam akak ni.

Pencuci muka- Ephyra SKIN BAR

Bagi akak, akak recomendedkan pencuci muka jenis sabun dari jenama Epyhra. Boleh review akak punya ephyra skincare di blog sebelum ni.

Sabun ini banyak kebaikkan dan sesuai untuk kulit berjerawat, yang ada bintik-bintik hitam parut jerawat dan sebagainya.

Serum muka – Ephyra SKIN NANO

Untuk serum muka akak pilih produk Ephyra juga..serum ni bagus juga sebab dapat mengecutkan jerawat, menganjalkan, merawat kulit terbakar (sunburn) dan sebagainya.

Krim muka – Ephyra SKIN SNOW

Ephyra skin snow ini memang banyak membantu akak dalam merawat muka dan membekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yang panjang serta menghindarkan kulit dari radikal bebas dan tanda penuaan.

Bedak muka- RONASUTRA  - 2 in 1 Mineral Foundation & Powder (01 Cream Peach)



Untuk bedak akak pilih Ronasutra yang ada foundation sekali dan senang nak apply kat muka sebab 2 dalam 1. Jika nak guna foundation boleh basahkan sedikit span, letak sedikit bedak dan touch up. Bedak muka jenama ni boleh pilih antara jenis kompak atau serbuk. Akak prefer serbuk sebab senang nak apply kat muka.

Kelebihan mengunakan bedak ni :

1) Mengawal pengeluaran minyak dimuka pada masa yang sama tidak mengeringkan kulit
2) Solekan tampak semulajadi dan tidak bertepek
3) Bedak ni boleh tahan selama 16 jam
4) Merapi dan menyerikan wajah hanya 1 sapuan dan xperlu pakai foundation
5) Sangat sesuai untuk kulit sensitif
6) Boleh dipakai pada waktu solat
7) Boleh dipakai waktu tidur
8) Boleh cover seluruh muka tanpa menyumbat pori-pori , kulit masih boleh bernafas    walaupun makeup secara tebal.


Nak tau kelebihan lagi boleh klik disini RONASUTRA



Eye shadow – RONASUTRA 3 in 1 ( Pelette E2- Pearl, Mauve,Plum Brown)



Eyeliner – SilkyGIRL Long Wearing Eyeliner – Brown



Minat eyeliner ni sebelum kahwin lagi sebab..tak tau kenapa..huhu..rasa best je apply kat mata

Blusher – IN2IT – Blusher pink


Maskara – DUOYA Maskara

Maskara senang nak pakai dan senang nak tanggal bila nak solat serta x comot.




Lipstik – SILKYGIRL Go Matte Lips

Perfurme – SILKYGIRL Roll On Rest & Relax





Friday, 18 August 2017

Demam DENGGI

Salam semua...ok hari ni akak nak bercerita tentang penyakit yang biasa kita dengar di sekeliling kita. Ada di kalangan kita pernah memghadapi penyakit Demam Denggi termasuklah akak. Kisah bermula di mana selepas bersalin anak sulung dan pada waktu itu bayi akak baru sahaja memasuki 5 bulan..so nak jadikan cerita..pagi tu akak pergi kerja macam biasa.. bila masuk tengahari..badan naik sejuk,.mata pedih-pedih mulalah keluar air..badan pun tak sedap..ye suhu badan akak da naik..akak letak tapak tangan kat dahi..memang panas..terus akak minta MC hari tu untuk jumpa doktor..doktor bekalkan ubat demam... Belah malam pula..akak makan ubat tu tapi beberapa jam demam hilang..selepas tu badan kembali seram sejuk macam orang nak demam..so en suami akak suruhlah makan ubat dan minum air banyak-banyak..macam biasa selepas tu demam dedar sikit..tak lama kemudian dia datang balik...en suami pun terus bawa akak ke klinik..so doktor bagi ubat antibiotik..dan tengok dalam seminggu kalau demam tak kebas..akak terpaksa buat ujian darah di klinik kesihatan sungai buloh..

Boleh kenal jenis denggi


Memang dijangka, demam akak masih tidak hilang lagi. Kemudian, akak diarahkan buat ujian darah dan tak sangka..jumlah kandungan darah merah akak makin menurun manakala kandungan darah putih makin banyak..jadi..doktor telah mengeluarkan surat arahan supaya akak dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans. 


Akak pun mengitkuti arahan yang diberi. Akak telah di hantar ke wad kecemasan. Doktor yang bertugas telah memeriksa akak dan doktor telah memasukkan air ke dalam badan akak. Selama akak di wad, akak telah dimasukkan air kedalam badan sebanyak 8 botol. Kesan daripada rawatan itu..akak semakin beransur pulih. Selama akak duduk di hospital..akak terlalu rindukan anak..yela babykan baru 5 bulan.  Selepas itu, akak semakin berjaga-jaga lebih-lebih lagi ketika senja dimana kita digalakkan berada dalam rumah dan tutup tingkap dengan rapat sebab nyamuk pada waktu itu aktif keluar untuk mencari darah sebagai makanan mereka.






Demam denggi merupakan penyakit jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk denggi. Virus denggi ini akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.



Tanda-tanda DENGGI



Tuesday, 15 August 2017

Pil Perancang NORIDAY VS IMPLAN

Sedia maklum..perancang dalam keluarga sangat  penting agar susun aturkeluarga yang dilahirkan berkualiti dan bukan mengukur kuantiti. Jika kuantiti banyak tapi kualiti tidak dijaga apkah hasilnya..anak-anak kita perlukan perhatian kita..bagi yang suri rumah mungkin lebih dekat dengan anak-anak sebab anak dijaga oleh ibunya sendiri manakala bagi ibu yang berkerjaya pula hanya waktu malam sahaja boleh dikatakan masa luang bersama anak-anak terhad.

Jadi, perancang keluarga perlu ada dalam keluarga dan ia juga dipanggil family planning. Jadi akak juga tidak ketinggalam dalam isu ini.  Pada masa anak pertama dahulu akak memang merancangs sendiri dan tidak makan pil namun selepas melahirkan anak kedua. Akak mula merancang dengan mengambil implant..yup..waktu duduk di wad dahulu..doktor ada offerkan aku jika nak buat implant boleh terus booking slot dan Cuma hadirkan diri untuk memasang implant. Doktor ada bagitahu harga pasang implant adalah RM515.00 termasuk kos pemasangan ( harga tahun 2017 bulan April di Klinik Pakar, Hospital Sungai Buloh). Jadi aku diberi buku kecil untuk appointment tersebut.

Tarikh appointment aku pada 3/8/2017 pukul 2 petang namum akak tidak hadirkan diri ..SEBAB…urmm akak terpengaruh bacaan di blog-blog mak-mak sana mengenai keburukan implant. Yela ada yang cakap kalau implant tidak sesuai dengan badan kita, kita rasa pening memanjang terpaksalah kene buang..kan da nama satu pembaziran. Sebab aku  kata pembaziran kan buat implant ni mahal RM 500++ gitu. So akak decide tak nak buat implant. Jadi akak try pil perancangan NORIDAY yang akak beli kat farmasi. Pil Noriday ni sesuai  untuk mak-mak yang masih menyusu badan untuk baby mereka sebab pil ini tidak mengeringkan susu badan kita.

Akak pun mencuba pil NORIDAY tersebut. So resultnya akak akan share kat bawah. Sebelum tu akak nak bagitahu apa itu implant dan pil perancang NORIDAY dan kesannya .



NORIDAY 
Pil mengandungi hormone progestin sahaja.

Cara pengambilannya 
Makan berterusan 28 pil dan jangan tinggalkan1 pun di papan ubat tersebut walaupun kita datang haid ke tidak.


Kesan pada diri aku bila aku guna pil ni..tiada rasa pening,tiada rasa loya, selera makan bertambah, mood pulak kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok ( biasalah perubahan hormon), haid on off on off..macam malu-malu kucing nak datangnya..huhu..yang lain semua ok.





IMPLAN
Jenis perancang untuk jangka panjang (3 tahun) .Berbentuk lidi dan dipasang bawah lengan.

Cara implan dipasang
Doktor menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius diberi di tempat pemasangan dan diikuti pemasangan implan kemudian lengan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. 

Kesannya perubahan hormon ada yang pening, perubahan emosi, kurang nafsu seks, kitaran haid tidak menentu, rambut gugur dan sengugut.

Monday, 14 August 2017

Udang Masak Lemak Cil Api Bonda

Mak pernah berpesan pada aku..nanti rajin-rajin lah memasak senang nanti nak kahwin..terigiang-giang telinga aku dengar mak membebel kat aku..memang aku yang sulung tapi aku jenis kurang atau gemar memasak..suke ke arah mengemas dan lain-lain aktiviti. Tapi..sejak kahwin aku mula mencari mak dan meminta resepi resepi sebab bagi aku maklah yang paling best memasaknya.

So, memang dah lama nak niat nak masak lemak udang cili api…lagipun suami aku  jugak sukakan makanan udang ni. Jadi pagi-pagi aku gerak ke kedai mencari bahan. Selesai menguruskan anak aku rembat apron terus memaasak…jadi hari ni nak share resepi udang masak lemak cili api  bonda sebab memang aku cedok dari resepi bonda/mak aku sendiri.huhu

Bahan-bahan

  • 1 kilo udang ( saiz sederhana)
  • 7 batang kacang panjang ( dipotong pendek)
  • 1 kotak santan jenama kara (saiz keci)
  • 3 biji bawang merah-tumbuk
  • 6-10 biji cili kampong /api-tumbuk
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai- dititik


Cara-cara


  • Tumbuk bawang , cili api dan serbuk kunyit sehingga hancur. Kemudian titikan sebatang serai
  • Bahan  yang telah ditumbuk diletakkan kedalam periuk beserta serai dan 1 kotak santan (kalau boleh letakkan air sedikit untuk cairkan kemudian panaskan diatas dapur. Jangan lupa kacau selalu untuk elak santan berketul.
  • Selepas masakan tadi mendidih..masukkan udang, kacang panjang dan daun kunyit kedalam masakan tadi dan masak sehingga naik bau. Perasakan ia dengan garam dan gula.
  • Siap dan boleh dihidangkan.


Spaghetti Bolognese Simple

Ok. Biasanya kita malas nak masak. Tapi mengenangkan esok nak kerja dan dah bosan mengadap makanan yang sama dekat tempat kerja. Hari ni akak nak perkenalkan masakan akak << acah2 pandai sanggggattttlahhhh nak masak tu>>

Huhu..yela bila nak pandaikan nak memasak..so akak teringat gambar spageti dengan kuah bolognese..fuh!! terliuq pun ada,,so nak jadi cerita lepas tidurkan anak-anak..akak pun terus rembat kuali  dengan sudip..sementara tu laki akak p layan movie dia kat astro..ok jom tengok bahan-bahannya:

Bahan-bahan (makan 1 orang)
  • 3 keping daging burger-hancurkan ( akak suka daging burger sebab sedap, nak guna daging kisar pun ok)
  • 1 biji bawang labu – cincang
  • 1 batang lobak merah – potong kiub
  • 3 sudu minyak untuk tumis
  • 4 biji cili api merah – tumbuk/potong belah 2
  • ½ tin sos prego tradisional
  • Spageti
  • Air secukupnya

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang tumis hingga naik bau.kemudian masukkan daging hancur gaul rata dan letak air sedikit masak sehingga daging masak..kemudian masukkan lobak merah yang sudah dicincang dan cili api bagi yang suke pedah dan gaul rata. Selepas itu masukkan ½ tin sos prego ke dalam masakan tadi dan masak hingga naik bau.
  • Untuk spageti, masukkan 1 sudu minyak kedalam air yang berisi dalam periuk kemudian  masukkan spageti masak sehingga lembut. (tujuan minyak diletakkan dalam periuk untuk elak spageti melekat)
  •  Selepas masak hidangkan atas meja.

Ni akak post ala-ala makan western kat rumah

Huhu...bila dah malas jawabnya campak dalam platik jela..malas ni bersebabbb..sebab malas nak basuh tappauuuwaree..hehe

Bolognese yang da disiap masak..



Thursday, 10 August 2017

EPHYRA Skincare


Pada awal 2016 ..saya mengalami masalah kulit berminyak, berjerawat dan pori-pori yang besar. Yela perubahan hormonkan selepas bersalin yang si sulung..so nak jadikan cerita..kawan saya merupakan ofismate dia syorkan saya satu produk tempatan yang ketika itu memanglah popular dikalangan wanita yela pakai dalam masa seminggu muka jadi licin dan gebu gebas lepak-lepak..pak-pak..gituuuukannn..jenama nama produk tu T__i.  << sapa tahu maksudnya memang amik bab2 produk kecantikan ni<<

So bermulalah akak ni pakai skincare tu kan..siang malam siang malam memang tak miss lah pakai krim malam,siang,toner dengan sabunnya..fuhh!!..memang classs gitu produknya memang berkesan sangat..abis mak jerawat,,sepupu sepapat jerawat,,hilang kat muka ni ha. Akak pun continuelah memakai produk itu dalam masa setahun..kemudian tak lama tu akak digemparkan berita pasal  kandungan skincare ni ada  melibatkan merkuri. Ya Allahhh!! Tersentap akak dibuatnya..yela selama ni yang kita tenyeh-tenyeh tu ada kandungan merkuri yang tinggi. Mula-mula akak fikir dorang saja kot nak boikot produk keluaran tempatan. Tapi ternyata benar dah masuk akhbar rupanya..urmm…termanggu akak sorang-sorang ni ha…

Tengok testimoni lepas berhenti pakai skincare ni rata-rata ada yang habis 1 muka naik jerawat ..akak pun tidak ketinggalan memang muka naik sebiji-sebiji ms j tu..memanng tak segan silu lah katanya..akak pun research..punya research..so jumpa  satu produk ni memang untuk merawat kulit muka yang rosak akibat penggunaan produk yang salah.


Apa produk tu…huhu..yeee..EPHRA SKIN CARE ..yang dutanya memey gan norman hakim tu…akak pun hempas pulas lah g kedai  nak beli produk tu..so akak pakai sebulan..perhh..memang fabulous lah produk ni..memang best..sebab apa..produk ni memang berasaskan kandungan tumbuhan semulajadi..lepas tu akak telan EPHYRA PREMIUM KOLEGEN…lagilah cepat jerawat kecut. Ok..bole review kebaikkan produk ni kat bawah..






Nak tau lebih lanjut boleh klik link kat atas tu ha..^^

Popular Posts