Saturday, 8 February 2020

APA ITU INFLUENZA & CARA MENCEGAHNYA

Influenza, ini adalah jangkitan virus yang kerap berlaku di sekitar salur penafasan seperti hidung, tekak dan paru-paru. Gejalanya adalah terdiri daripada demam, selesema dan batuk. Terdapat perlbagai jenis virus selesema yang biasa . Namun, virus ini sentiasa berubah dari masa ke semasa dalam keadaan yang tertentu mengikut wabak. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap orang yang mempunyai imunisasi yang rendah seperti kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selesema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

Terdapat empat virus yang dikenalapsti menyebabkan penyakit influenza, dimana ia tergolong dari Orthmonyxoviridae .
  • Influenzaviruz A
  • Influenzavirus B
  • Influenzavirus C
  • Influenzavirus D ( Terbaru dijumpai pada tahun 2016)

Jika anda atau orang tua dan kanak-kanak mempunyai symptom-simptom influenza sila dapatkan rawatan di klinik. Antara simpton-simpton terkena jangkitan influenza adalah :- 
  • Demam 
  • Sakit kepala
  • Batuk tidak berkahak atau hidung tersumbat, 
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit otot. 


Batuk pula kemungkinan berlarutan sehingga dua minggu atau lebih. Beza influenza dan selesema biasa adalah kepantasan jangkitannya. Jika influenza biasanya tindak balas penyakit tersebut lebih cepat berbanding selesema biasa.


Jangkitan influenza berlaku apabila, seseorang yang dijangkiti virus boleh memindahkan virus dengan batuk atau bersin dengan tidak sengaja. Melalui titisan hidung berhingus atau bersin, ia boleh tersebar di permukaan sentuhan seperti dikulit badan manusia. Seseorang itu boleh dijangkiti dengan mudah jika terdedah dengan pesakit influenza, dengan menghidu titisan tersebut atau titisan tersebut masuk ke dalam hidung apabila pesakit influenza batuk atau bersin.

Cara mencegah influenza 
Untuk mencegah influenza berlaku, antara aktiviti yang perlu dilakukan :-
  • Jauhkan diri dan anak anda dari kanak-kanak atau orang lain yang sakit
  • Cuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
  • Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau nersin untuk melindungi orang lain
  • Makan secara sihat dan minum air suam yang banyak 





No comments:

Post a Comment

Popular Posts