Assalammualaikum..maaf sebab sudah lama akak tak update
blog..yelah dulu akak kerja sebagai kerani je,,sekarang kerja akak sudah di
luar. So memang tidak sempat nak update blog. Ok..hari ni akak nak cerita pasal
Wrap Chicken. Resepi ni akak tulis untuk orang yang suka makanan ala-ala
sebegini. Penyiapannya pun mengambil masa
15-20 minit sahaja. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuat.
Bahan-bahan ( Anggaran 2 orang makan)
1) 2 keping kulit tortilla brand MISSION WRAPS (Originals)
2) 10 Sticks Marina Chicken Fries ( Jejari Ayam)
3) Mayonis
4) Cili Sos
5) Salad
6) Timun (diracik halus)
7) Tomato ( dipotong dadu)
8) Keju Slice ( amik yang keeping)
9) Minyak masak untuk mengoreng
Cara membuatnya
Panggang/ bakar kulit tortilla sehingga keperangan.
Kemudian gorengkan 10 jejari ayam ke dalam minyak masak sehingga garing dan
toskan. Selepas tu, letakkan mayonis dan cili di atas kulit tortilla dan
letakkan bahan-bahan seperti salad, timun,tomato, dan jejari ayam tadi seperti
gambar di bawah dan atas sekali letakkan keju slice. Akhir sekali bungkus seperti
diatas. Sedia untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment