Salam semua..pada 30,31 dan 1/1/2018..akak dan sekeluarga
serta mertua telah pergi bercuti di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Akak dan
husband merancang untuk bercuti di sana disebabkan anak-anak akak suka bermain
air. Jadi akak pilih destinasi pantai kali ni. Biasalah kalau dah tarikh macam
ni, kebetulan budak –budak cuti sekolah, mesti tempat penginapan penuh dan ada
jugak dah menempah awal-awal hotel. Yela takut penuh nanti. Akak pulak minggu
depan nak pergi minggu ni baru terhengeh-hengeh nak cari. Akak try masuk ke
website booking.com dan agoda.com..rata-ratanya semua hotel penuh ditempah.
Jadi, akak fikirkan homestay sebagai jalan kedua untuk cari tempat penginapan.
Melalui google, ada jugak menawarkan homestay yang jauh lebih murah daripada
hotel. Lokasinya pula akak pilih sekitar Teluk Kemang. Yela nak tempah
penginapan jauhkan, kan tak pasal-pasal kena memandu jauh untuk ke pantai. Bagi
pembaca blog akak, yang sedang-sedang mencari homestay sekitar teluk kemang dan
bajet boleh lihat dibawah ni :-
Senarai homestay Teluk Kemang
- D’village teluk kemang, bluebell homestay @ Teluk Kemang,
- Homestay Port Dickson Teluk Kemang
- Amani Homesaty Teluk Kemang
- Bluebell Homestay @ Teluk Kemang
- Homesaty Fatin Telok Kemang
- Seri Suter Homesaty Teluk kemang
- Port Dickson Homestay – Nadzrina
- Serambi Laut Homestay
- Pd Marina homesatay
- Nur D’Politeknik Teluk Kemang
Akak hari tu da tanya semua homestay, semuanya penuh dan
tinggal satu homestay sahaja kekosongan untuk akak. Jadi akak memilih Amani Homestay Teluk Kemang. Akak panggil empunya
homestay ni Puan Ani. Puan Ani ni
berkerja sebagai guru disalah sebuah sekolah di sini. Tuan empunya homestay ni
memang mesra orangnya. Untuk pengetahuan korang, dalam Amani homestay ni kalau
korang masuk blog dia, dia menawarkan korang 2 jenis penginapan antaranya rumah
teres dan apartment. Rumah teres tu
terletak berdekatan dengan Politeknik Teluk Kemang dan apartment tu terlekatk
di Ocean View.
Akak hari tu tanya untuk apartment tapi penuh pulak dan dia
tawarkan homestay jenis rumah teres 3
bilik 2 bilik air. Dan memang bebaloi sampai disana, sebab semua peralatan
memasak, mesin basuh, katil, alat-alat memasak dan sebagainya ada dalam rumah
tu. Cuma kita bawa baju dan bahan-bahan mentah untuk masak sahaja. Bebaloilah
kami pergi sekeluarga dengan mak mertua. Pada awal rancangan kami pergi dengan
2 buah kereta tetapi adik ipar tarik
diri akhir rancangan nak pergi sana. Jadi 1 kereta sahaja pergi ke sana..
Kat bawah ni akak amik gambar dari blog Amani Homestay. Bawah ni jenis homestay rumah teres.
Kami bertolak pukul lepas zohor sampai kat sana pun da pukul
5, yela manakan tidaknya , kereta mulai banyak memasuki tol Port Dickson waktu
petang tu. Memang akak boleh bertolak awal, tapi kebetulan syarikat akak ada
buat makan-makan akhir tahun. Nak tak nak kene jugak pergi.Bayaran 1 malam rm200 sahaja untuk 3 bilik yang memuatkan 2
orang 1 bilik. 2 bilik tu ada aircon dan 1 bilik hanya kipas sahaja. Kami pergi
untuk 3hari 2malam dan total bayaran rm 400 sebenarnya tapi dikurang rm20 sebab
kami dah check in lambat.
Jadi sebelah malam kami pergi ke Dataran Teluk Kemang untuk
makan malam di sana dan kebetulan kami ke sana, dataran teluk kemang tengah ada
pesta di situ dan pelbagai barangan cenderamata, baju sampailah barang-barang
mainan dijual di sana. Selepas makan dan berjalan-jalan di sana. Kami pulang ke homestay untuk berehat.
Hari kedua, macam biasa pagi-pagi akak dan mertua masak
sarapan pagi sebelum bertolak ke Blue Lagoon di Teluk Kemang. Tapi sampai sana
pun dan pukul 11 pagi manakala tempat letak kereta semuanya penuh. Jaid kami
pilih untuk ke Tanjung Tuan. Air di pantai pun bersih jugak tapi tak ramai
pergi ke sini yela kemudahan tiada sangat macam di Blue Lagoon seperti jualan
makanan dan tempat untuk tukar pakaian. Setelah selesai mandi manda di sana.
Sebelah petang, kami pergi berjalan-jalan ke bandar Port Dickson dan singgah
membeli barang di bandar Teluk Kemang. Kemudian kami pulang dan malam pulak
kami singgah makan di kedai makan seafood di Teluk Kemang iaitu Restoran
Hidayah Tomyam Seafood.
Makanan di situ kalau belah siang bolehlah pilih-pilih
makanan seafood macam sotong ke, udang dan seangkatannya..tapi belah malam,
kita tiada pilihan nak pilih macam-macam. Kalau nak makan pun, dorang dah siap menu dan hanya pilih sahaja
samaada menu utama ikan siakap masak bakar atau masak kuah 3 rasa. Kami pilih
makan untuk 3 orang. Yup memang dorang dah siapkan pakej makan berapa
orang.Just pilih sahaja.
Restoran Hidayah Tomyam Seafood |
Hari ke 3, suami tak puashati nak jugak pergi ke Blue
Lagoon, alhamdulilah kali ni kami bertolak awal dari homestay nak pergi sana.
Dan itupun banyak jugak parking dah nak mula penuh. Akhirnya dapat jugak kami
jejak kaki kat sini. Anak akak no 2 tu memang suka main air sama juga dengan si
sulung, pasir pulak jangan cerita siap masuk dalam mulut. Mujur mak mertua
Nampak. Biasalah budak-budak ni kita lalai sekejap, entah apa mereka buat.
Dekat Blue Lagoon |
Wan dan cucunya kat Tanjung Tuan |
Selepas mandi, kami pulang mengemas baju dan check out dalam pukul 11 pagi, kami pulang terus ke Kuala Lumpur, sampai kat KL dah masuk pukul 2 3 petang gitu. Kepada sesiapa yang nak pergi ke sana. Korang google dulu ek mana tempat nak makan, mana tempat nak menginap sebab bagi memudahkan korang travel nanti. Tak payah nak pening-pening makan kat mana dah.
No comments:
Post a Comment