Friday, 12 January 2018

Cuti Akhir 2017 - Teluk Kemang, Port Dickson

Salam semua..pada 30,31 dan 1/1/2018..akak dan sekeluarga serta mertua telah pergi bercuti di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Akak dan husband merancang untuk bercuti di sana disebabkan anak-anak akak suka bermain air. Jadi akak pilih destinasi pantai kali ni. Biasalah kalau dah tarikh macam ni, kebetulan budak –budak cuti sekolah, mesti tempat penginapan penuh dan ada jugak dah menempah awal-awal hotel. Yela takut penuh nanti. Akak pulak minggu depan nak pergi minggu ni baru terhengeh-hengeh nak cari. Akak try masuk ke website booking.com dan agoda.com..rata-ratanya semua hotel penuh ditempah. Jadi, akak fikirkan homestay sebagai jalan kedua untuk cari tempat penginapan. Melalui google, ada jugak menawarkan homestay yang jauh lebih murah daripada hotel. Lokasinya pula akak pilih sekitar Teluk Kemang. Yela nak tempah penginapan jauhkan, kan tak pasal-pasal kena memandu jauh untuk ke pantai. Bagi pembaca blog akak, yang sedang-sedang mencari homestay sekitar teluk kemang dan bajet boleh lihat dibawah ni :-

Senarai homestay Teluk Kemang
  1. D’village teluk kemang, bluebell homestay @ Teluk Kemang,
  2. Homestay Port Dickson Teluk Kemang
  3. Amani Homesaty Teluk Kemang
  4. Bluebell Homestay @ Teluk Kemang
  5. Homesaty Fatin Telok Kemang
  6. Seri Suter Homesaty Teluk kemang
  7. Port Dickson Homestay – Nadzrina
  8. Serambi Laut Homestay
  9. Pd Marina homesatay
  10. Nur D’Politeknik Teluk Kemang
Akak hari tu da tanya semua homestay, semuanya penuh dan tinggal satu homestay sahaja  kekosongan untuk akak. Jadi akak memilih Amani Homestay Teluk Kemang. Akak panggil empunya homestay ni Puan Ani.  Puan Ani ni berkerja sebagai guru disalah sebuah sekolah di sini. Tuan empunya homestay ni memang mesra orangnya. Untuk pengetahuan korang, dalam Amani homestay ni kalau korang masuk blog dia, dia menawarkan korang 2 jenis penginapan antaranya rumah teres dan  apartment.  Rumah teres tu terletak berdekatan dengan Politeknik Teluk Kemang dan apartment tu terlekatk di Ocean View.

Akak hari tu tanya untuk apartment tapi penuh pulak dan dia tawarkan homestay jenis rumah teres  3 bilik 2 bilik air. Dan memang bebaloi sampai disana, sebab semua peralatan memasak, mesin basuh, katil, alat-alat memasak dan sebagainya ada dalam rumah tu. Cuma kita bawa baju dan bahan-bahan mentah untuk masak sahaja. Bebaloilah kami pergi sekeluarga dengan mak mertua. Pada awal rancangan kami pergi dengan 2 buah kereta tetapi  adik ipar tarik diri akhir rancangan nak pergi sana. Jadi 1 kereta sahaja pergi ke sana..

Kat bawah ni akak amik gambar dari blog Amani Homestay. Bawah ni jenis homestay rumah teres.





 Ni pulak apartment..



Kami bertolak pukul lepas zohor sampai kat sana pun da pukul 5, yela manakan tidaknya , kereta mulai banyak memasuki tol Port Dickson waktu petang tu. Memang akak boleh bertolak awal, tapi kebetulan syarikat akak ada buat makan-makan akhir tahun. Nak tak nak kene jugak pergi.Bayaran 1 malam rm200 sahaja untuk 3 bilik yang memuatkan 2 orang 1 bilik. 2 bilik tu ada aircon dan 1 bilik hanya kipas sahaja. Kami pergi untuk 3hari 2malam dan total bayaran rm 400 sebenarnya tapi dikurang rm20 sebab kami dah check in lambat.

Jadi sebelah malam kami pergi ke Dataran Teluk Kemang untuk makan malam di sana dan kebetulan kami ke sana, dataran teluk kemang tengah ada pesta di situ dan pelbagai barangan cenderamata, baju sampailah barang-barang mainan dijual di sana. Selepas makan dan berjalan-jalan di sana. Kami pulang  ke homestay untuk berehat.




Hari kedua, macam biasa pagi-pagi akak dan mertua masak sarapan pagi sebelum bertolak ke Blue Lagoon di Teluk Kemang. Tapi sampai sana pun dan pukul 11 pagi manakala tempat letak kereta semuanya penuh. Jaid kami pilih untuk ke Tanjung Tuan. Air di pantai pun bersih jugak tapi tak ramai pergi ke sini yela kemudahan tiada sangat macam di Blue Lagoon seperti jualan makanan dan tempat untuk tukar pakaian. Setelah selesai mandi manda di sana. Sebelah petang, kami pergi berjalan-jalan ke bandar Port Dickson dan singgah membeli barang di bandar Teluk Kemang. Kemudian kami pulang dan malam pulak kami singgah makan di kedai makan seafood di Teluk Kemang iaitu Restoran Hidayah Tomyam Seafood. 

Makanan di situ kalau belah siang bolehlah pilih-pilih makanan seafood macam sotong ke, udang dan seangkatannya..tapi belah malam, kita tiada pilihan nak pilih macam-macam. Kalau nak makan pun,  dorang dah siap menu dan hanya pilih sahaja samaada menu utama ikan siakap masak bakar atau masak kuah 3 rasa. Kami pilih makan untuk 3 orang. Yup memang dorang dah siapkan pakej makan berapa orang.Just pilih sahaja.

Restoran Hidayah Tomyam Seafood



Hari ke 3, suami tak puashati nak jugak pergi ke Blue Lagoon, alhamdulilah kali ni kami bertolak awal dari homestay nak pergi sana. Dan itupun banyak jugak parking dah nak mula penuh. Akhirnya dapat jugak kami jejak kaki kat sini. Anak akak no 2 tu memang suka main air sama juga dengan si sulung, pasir pulak jangan cerita siap masuk dalam mulut. Mujur mak mertua Nampak. Biasalah budak-budak ni kita lalai sekejap, entah apa mereka buat.

Dekat Blue Lagoon

Wan dan cucunya kat Tanjung Tuan

Selepas mandi, kami pulang mengemas baju dan check out dalam pukul 11 pagi, kami pulang terus ke Kuala Lumpur, sampai kat KL dah masuk pukul 2 3 petang gitu. Kepada sesiapa yang nak pergi ke sana. Korang google dulu ek mana tempat nak makan, mana tempat nak menginap sebab bagi memudahkan korang travel nanti. Tak payah nak pening-pening makan kat mana dah.

Thursday, 11 January 2018

Punca- Punca Rumahtangga Bahagia

SOLAT & DOA 
Kita sebagai muslim, tentunya utama kita adalah solat dan solat itu merupakan akaun no 1 di akhirat yang perlu diisi oleh umat islam sebagai persiapan untuk kesana.Solat itu tiang Agama. Penghulu segala amal yang lain. Syarat sah untuk diterima yang lain. Yang pertama akan dihisab. Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya. Ya,  solat itu merupakan salah satu kunci utama bahagianya rumah tangga.


" Firman Allah SWT: Dan mereka yang tetap memelihara solatnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11)" 



SABAR 
Setiap pasangan mempunyai sifat kurang sabar atau sifat marah dalam diri, untuk bahagia, sabar adalah komitmen yang tinggi perlu dilakukan pasangan agar rumahtangga anda harmoni. Jika sifat marah melebihi sabar, maka anda dan pasangan anda akan menyelusuri jalan kemusnahan rumahtangga.




SALING BERKERJASAMA & MEMAHAMI 
Selepas kahwin, kita dan pasangan akan banyak  tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Yela, dahulunya bujang sekarang anak-anak sudah ada. Jadi jangan biarkan pasangan anda membuat semua kerja rumah terutama si isteri. Bayangkan, beliau bekerja tentunya, penat belum habis terpaksa sambung membuat kerja rumah dan menjaga anak di rumah. Bagi suami, tolonglah si isteri sedaya mampu anda, ini kerana tugas wanita 24 jam sehari, dan wanita itu adalah amanah anda. Ya, kita tahu anda penat mencari nafkah, dan ingatkan jugak, si isteri jugak penat mencari duitnya untuk meringankan beban anda.




TAAT, JUJUR & MENGHORMATI 
Setiap pasangan perlulah jujur, taat dan menghormati hak pasangan. Sebagai isteri, kita perlulah taat kepada suami, ini kerana si suami adalah syurga kita selepas ibu kita. Jujur pula, sang suami dan isteri perlulah jujur dari segi perkataan dan tingkah laku. Ini kerana elemen ini penting dalam rumah tangga. Jika tiada kejujuran, apakah matlamat kahwin anda.

KOMUNIKASI
Komunikasi adalah penting dalam rumahtangga, jika komunikasi anatara isteri dan suami mengalami masalah, segeralah diperbaiki, kerana komunikasi ini penting dalam membentuk persefahaman dan sebagainya.
TIDAK MEMBUAT PERBANDINGAN
Perlu diingatkan setiap pasangan, janganlah membuat perbandingan dengan ex boy/girl korang ke, bos korang dan lelaki /wanita di luar sana. Ingat, anda yang pilih pasangan anda dan mengahwini pasangan anda dan buat apa anda bandingkan dengan orang luar. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jadi Allah jadikan kita dan pasangan kita lengkap melengkap untuk mengisi ruang kekurangan dalam rumah tangga.


Ingat, kita berkahwin dengan orang yang kita pilih, sayangilah pasangan anda sedaya anda dan pertahankanlah rumahtangga anda. Ini kerana, setiap laluan dan cabaran untuk bahagia memang selalu berada di sekeliling kita dan kita tidak nampak apa masalah yang akan datang dalam rumah tangga. Dengan itulah, solat dan doa itupenting serta utama dalam rumah tangga sebagai benteng dan tembok dalam mengukuhkan rumah tangga.


Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada bahagiannya rumah tangga.  Dan diatas merupakan seidkit info mengenai rumahtangga. Anda semua bole google mana-mana blog untuk mendapatkan info mengenai punca bahagia rumah tangga. 

Popular Posts