Tuesday, 5 December 2017

Family Day 2017 ( Waris Tok Ahmad) : Resort Cerkas Merkau,Pahang

Assalammualaikum..apa khabar pembaca blok Cik Cerry. Akak doakan sihat-sihat pembaca akak diluar sana. Kali ini akak nak menulis pasal Hari Keluarga suami akak yang diadakan di Ulu Dong Pahang bertempat Resort Cerkas Merkau Pahang ( fb : Cemerkau Chekas Chalet). Tempat ni memang menarik perhatian sesiapa sahaja jika anda berkunjung ke tempat ini. Bagi warga kota yang sibuk dengan harian bekerja silalah ambil peluang ni untuk merasa kedamaian dan ketenangan dalam  pesekitaran resort ini. Biasanya telinga kita asyik dengar bunyi hon kereta, enjin dan sebagainya di ibu kota. Kalau kat sini, ungas-ungas, cengkerik dan kicauan burung yang akan didengari. Ini akan membuatkan minda anda rasa tenang.


Kat sini, akak terangkan sikit pasal chalet ni. Diusahakan oleh Haji Mustafa iaitu pesara TNB dan terletak 3KM dari tempat perkelahan Lata Jarom. Ada pelbagai bilik ditawarkan dari deluxe, superior, cabin,dorm dan bilik kayu. Anda boleh berkelah serta memasak disini dengan menyewa tempat mereka. Boleh juga menempah tempat ini sebagai tempat latihan dan percutian bagi keluarga.

Peta Kawasan
Sungai tepi resort.
Perjalanan kami bermula pada pukul 12.30 tengahari dan kami sampai pada pukul 4.30 petang. Patutnya perjalanan kami hanya 3 jam sahaja tapi dah terlebih disebabkan kesesakkan lalulintas di sekitar kemasukan Tol Gombak menghala ke pantai Tmur. Laluan kami kemudiannya sesak disekitar bandar Raub..Bila sampai je kat sana memanglah satu badan penat.

Penat kaki hadap jammed
Barang Keperluan Anak-anak akak
Singboard nak masuk ke resort
Bilik yang kami tempah adalah jenis superior 1 queen 1 single..dn berhadapan dengan tasik ikan. Permandangannya memang menarik dan tenang. Air dia pulak jangan lah cakap memang sejuk betul. Macam air batu, kebetulan waktu kitorang pergi tu asyik hujan panas hujan panas kat sana. Bila dah sampai petang jadi aktiviti kami pun dah lari timingnya. So petang tu dorang mandi-manda sahaja serta ada aktiviti sedikit untuk kami. Malangnya kami tak dapat sertainya sebab kami pun sampai dah lambat.


Bilik bawah tu bilik kami
Pandangan depan bilik kami
Sebelah malam pulak, aktiviti kami ialah makan malam dengan hidangan BBQ serta nasi goreng. Owh lupa pulak harga 1 pax untuk pakej makan 4x sehari termasuk BBQ adalah RM70.00..memang mahai sedikit.ngeh ngeh..Tapi lagi bagus kalau dibawa sendiri untuk dimasak sendiri sebab kat sini memang dah disediakan tempat memasak dan tempat memangang ikan untuk buat BBQ. Selepas itu, ada tiupan lilin bagi ahli keluarga harijadinya jatuh bulan Disember 2017. Anak si sulung akak pulak sibuk  nak tiup lilin.Harijadi orang lain tapi dia lak sibuk-sibuk nak tiup.Huhu..

Selesainya masjlis tu, kami pulang ke bilik masing-masing. Esoknya, kami di bawa mengelilingi satu kampung Pulau Chekas tersebut dengan menaiki  keretapi tong. Tong tersebut diperbuat dari tong besi kemudian dijadikan sebagai keretapi. Untuk naik ni bayaran dikenakan sebanyak RM5.00 seorang. Memang  best naik ni manakan tidak pagi-pagi dah pergi megelilingi kampung kat sana. Kemudian ada senaman sedikit dibuat sebagai pemanas badan dan aktiviti bersama keluarga.


Jalan-jalan dulu
Sesi panaskan badan
Main baling buah kelapa
Kemudian, kami disediakan untuk minum pukul 10.00 pagi dan sambil-sambil itu jugak ada dikalangan family kami sambung bermandi manda kat sungai sebab tak puaskan. Tepat pukul 12.00 tengah hari.. sebahagian family kami dah check out pukul 12.00 tu dan terus untuk makan di kantin. Selesai semua aktiviti..kami buat sesi bergambar bersama family. Dan seterusnya pulang ke rumah masing-masing.

Ini sebahagian waris Tok Ahmad berkumpul..patutnya ramai tapi masing-masing ada komitment sendiri
Pada malam ke 2, tinggal family akak, mak mertua dan keluarga adik ipar sahaja tinggal. So nak makan malam, nasib baik mak mertua bawa tempat memasak dan gas. Jadi ada jugak mak mertua bekalkan nugget dan ayam goreng dalam box polisteren tu. So mak mertua ambil port memasak di tepi beranda kami. Paginya pulak sebelum balik, suami akak lak buat roti salut telur dan dicicah dengan ayam rendang serta sos lada hitam. Akak lak jenis bantai je makan apa sahaja. Huhu. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Redang ayam husband tolong panaskan
Orang kuat tengah masak roti telur untuk breakfest

Baby : Senarai dan Persiapan Menyambut Orang Baru

Salam semua.. dah lama tak update blog. Iyalah sibuk bercuti dengan familykan..Ok! kat sini akak nak bercerita dengan anda semua tentang persiapan akak menyambut anak sulung hari tu. Pelbagai barangan kelengkapan perlu disediakn untuk baby ni. Yela, nak sambut orang baru semestinya semua serba baru macam sambut menantu pulakk…gitukan?..

Namun, perlu diingatkan..bagi yang tidak kemampuan belilah barang yang perlu sahaja untuk baby anda..kadang-kadang barang yang disenaraikan belum tentu nak digunanya nanti. Bagi yang bekerja pump elektrik/pam susu perlu dibeli berserta kelengkapannyan untuk memerah susu badan anda untuk baby yang masih menyusu badan.

Dalam senarai yang akak akan kongsi ni pun terlibat persiapan ke labour room.OK. Jom kita tengok apa senarai barang yang perlu dibeli

Sumber : Breasfeeding Is Sunnah
Ok! anda dah tengokkan bertapa banyak barang yang perlu dibeli. Tapi tak semua barang yang akan digunakan. Jadi pesan akak, belilah sikit-sikit dulu sebab nanti bila baby dah lahir macam-macam hadiah orang akan bagi. Lagipun baby ni cepat membesar. Tup-tup dah 9 bulan..tu tak termasuk lagi nak beli set blender makanan baby dan lain-lain.

Lagi satu, perlu diingatkan, belilah baju-baju baby yang besar sikit sebab boleh pakai 4 5 bulan nanti jadi mak bapak tak lah pening tiap-tiap bulan keluar duit nak beli baju baru setiap bulan. Jadi kepada sesiapa yang akan bakal menjadi ibu dan ayah tu.. akak ucapkan taniah. Yang belum, bersabarlah wahai ibu-ibu disana, insya-Allah ada rezeki tu nanti.

Popular Posts