Thursday, 7 August 2014

Kenapa..kenapa lelaki kurang bermesej dengan wanita?

Assalamualaikum..hari ini saya nak bercerita tentang  lelaki khususnya tentang sikap mereka bermesej-mesej ini. Siapa yang pernah mengalami  en boyfriend, en tuning atau en suami yang kurang bermesej dengan anda? Kalau ya pun biasa mereka akan membalas mesej anda dengan jawapan ringkas seperti berikut :-
P : Hai sayang,pe kaba?
L : Baik, sihat
P : Da makan  ke belum? Buat pe tu? Huhu
L : da,xde wat pe
P: Hari ni nak x g tengok wayang pukul 4? Cerita superman,,best tau cerita tu
L : ok
P : ………..???...



Nampak tak situasi di atas? Yup tidak hairankan ramai lelaki di luar sana tidak mengemari melayan sms sms wanita terutamanya girlfriend,ms tuning atau ms bini..huhu..Saya banyak berfikir kenapa en lelaki ini kurang membalas sms wanita. Asyik wanita sahaja yang sms dengan lelaki tetapi lelaki tidak mahu membalas kadang-kadang membalasnya dengan ringkas sahaja. Mungkin banyak factor atau memang tabiat lelaki memang begitu .

Lelaki taip mesej pendek je sebab:

1) Tegas. Straight forward. Lurus je, no belok belok.
2) Malas nak bunga bunga, banyak lagi kerja nak dibuat.
3) Takde idea nak taip dalam mesej.
4) Tak suka menekan dan mengadap keypad je. Dari picit keypad baik call terus.

Kadang-kadang pernah tak anda ‘naik angin’ dengan peragai lelaki begini? Saya kadang-kadang memang berangin jugal dengan en tuning..entah apa yang disibukkan sampai watsaap saya pun tak di balas..macam tunggul kayu pulak kita tunggu watsaap dia..sabar jela..



Lihat pada wanita, kenapa wanita membalas sms atau watsaap lelaki lebih panjang . Antaranya :-

1) Lebih kreatif dan dinamik
2) Memang wanita dilahirkan banyak nafsu ( tu sebab nafsu bercakap lebih besar dari lelaki)
3) Wanita suka belok kiri kanan dulu untuk bermesej ( huru hara pulak si lelaki nak memahami ayat mereka)
4) Memang suka mengadap handphone terutama pada orang tersayang dia

BUNCIT?? urmm..lelaki VS wanita



Sebelum kahwin kebanyakkan lelaki bujang and tampan di Malaysia memiliki perut yang tidak buncit dan ada juga mengambil supliment untuk meng’tough’ diri sendiri dan ada juga pergi ke gym untuk menjaga badan. Namun..tahukah,,kebanyakkan kajian yang di buat lelaki mudah mengalami masalah buncit di perut selepas kahwin. Banyak factor yang menyumbang kebuncitan lelaki atau en suami kita antaranya  :-

1) Isteri suka memasak
  • Untung lelaki yang mempunyai isteri yang pandai memasak. Dahulu semasa bujang, bagi yang duduk berasingan dengan keluarga , pasti kadang-kadang tidak sempat membeli makanan dan ada juga tidak makan kerana kepenatan. Tetapi selepas kahwin, isteri telah menyiapkan makanan anda serta terhidang sedia ada di atas meja.Pasti  anda suka layanan isteri pada anda. Masakan tidak, tidak mengguna banyak pergerakan di dapur.Hanya sang suami duduk di meja,si isteri hanya melayan makan minum si suami
  • Isteri pandai memasak pun payah juga, akmaklumlah..isteri ni suka sangat testing-testing masakan. Akhirnya sang suami juga yang menjadi uji kaji atau  juri prefional masakan si isteri. ( psttt..merasa2 jugak..konform menyumbang kenaikkan perut lagi)

2) Isteri Rajin
  • Siapa yang dapat isteri rajin-rajin tu..hargailah mereka..dulu masa bujang-bujan en suami kalian hantar baju g dobi ada gak yang mendobi sendiri di rumah..kadang-kadang baju 2 hari pun di langgarnya pakai pergi keje..huhu..tapi sekarang semua da isteri buat..lelaki lak balik gumah..masuk bilik da tergantung baju kerja di bilik..kan..cer tengok..laki-laki balik kerja mandi dan makan then terus tidur…kan gitu..x naik badan tu..huhu..krohkrohkrohhhhhh en suami tidur 

3) Market

  • Dah kahwin, tak payah lah nak pikir pasal ‘market’. Cukuplah ada bini sorang…hehek
4) Faktor Kelamin
  • Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.

5) Kurang senaman
  • Dah ada bini..senaman pun tak mahu buat..al maklumlah dulu bujang nak cari calon kene jaga badan ..g sana sini gymnya..sekarang dah ada anak pinak mana sempat nak buat semua tu..buzy dengan sekolah anak, anak –anak bini nak di kemaskan lagi..huhuhu..hilanglah rutin kerajinan senaman si suami.
  • Isteri juga tak ketinggalan buncit juga lepas kahwin tapi biasanya kene “ buatan orang “..hehe..[ FAHAM-FAHAM LAHHHH MAKSUDNYERRR]… kan..kan.. tetapi wanita juga mudah emnajdi gemuk jika cara pemakanan dan senaman tidak di amalkan dengan betul…tetapi..elok kekalkan badan yang cantik sebab wanita merupakan penarik kepada si sang suami itu sendiri.


Friday, 18 July 2014

Persiapan Kahwin – Checklist


Bab kahwin..urmm..bukan senang nak aturkan segala untuk jadikan majlis perkahwinan yang sempurna. Kali ini saya berkongsi bab bagi persiapan kahwin. Ramai di luar sana akan tahu kepayahan untuk handle majlis kahwin sendiri..apa kata kita jenguk sebentar di bawah..banyakkan item yang perlu di buat..huhu..langkah demi langkah perlu disempurnakan.. >>>>sila klik untuk mendapat saiz gambar yang besar>>>>




DIY Bunga Pahar ( Bunga Kertas Crepe)

Bunga ini memang sangat popular sekarang, mungkin bentuk dan rupa ia sendiri memberi keyakinan para pengantin memilih bunga pahar buatan sendiri atau terdapat pelbagai laman page di facebook untuk mendapatkan bunga telur ini secara express ( lain cerite..sedia ada xyah buat-buat da)..

Bagi saya, DIY bunga pahar ini sangat menyeronokkan saya, dan saya boleh belaja kemahiran yang belum pernah di buat.
Perkara pertama yang mesti ada dalam tangan anda :-
  1. Dawai Halus
  2. Kertas Crepe Berwarna
  3. Reben ( ikut citarasa jenis reben)
  4. Playar muncung tirus
  5. Gunting
  6. Debunga bunga crepe
  7. Balutan hijau
  8. Kain net ( untuk letak bunga telur)
kertas crepe


Kenapa saya DIY? Sbb menjimatkan kos saya..al maklumlah,,kahwin guna banyak duitkan..so decide nak buat bunga pahar sendiri kosnya dalam RM 75.00 sahaja untuk 150pcs bunga pahar saya. Tak caya?? murahkan.....kalau kat luar RM 1.20 pcs so cuba anda darabkan bukan RM180.00 nk kena kuarkan duit tu..huhu. Dlm ni saya x tunjukkan cara membuat.Tapi boleh rujuk di you tube di bawah ini :-


contoh saya buat (psttt...ni testing dulu tp mamat ni dah rembat buat mainan dia )

contoh



Wednesday, 21 May 2014

Goodies My Wedding

Persiapan perkahwinan bermula daripada pencarian barang-barang dan kelengkapan majlis perkahwinan, iaitu meliputi goodies untuk bagi VIP, VVIP dan tetamu biasa. Jadi persiapan majlis perkahwinan ini sepatutnya telah dirancang oleh bakal pengantin. Jadi kebetulan saya dan keluarga pak su saya ingin ke Perlis terutamanyadi ke Santun Thailand dan Padng Besar Perlis, saya dan paksu telah pergi ke beberapa tempat untuk mencari barang kahwin serta goodies bagi para tetamu saya nanti.

Jika di Perlis, saya dan keluarga paksu singgah sebentar di Padang Besar Perlis  dan Wang Kelian yang terletak antara sempadan Perlis dan Thailand. Kalau anda hendak ke situ pastikan anda membawa BEG BESAR anda sebagai tempat mengisi barang..jadi...xla susah-susah korang bawa beg shopping korang kiri san kanan. Memang banyak pilihan ada di sana..barang-barang seperti cenderahati eloklah dapatkan di Wang  Kelian. Ini kerana, harga barang di sana lebih murah berbanding di Padang Besar Perlis.

Hari ke-2 berada di Perlis, kami sekeluarga bergerak ke Wang Kelian (Satun Thailand), hari yang cukup panas..masing-masing travel bawa topi pelindung..huhu. Jadi dari awal pasar hingga ke hujung pasar kami berjalan..memang murah-murah barang mereka. 


Pelancong boleh moto ini jika tidak mengunakan kaki untuk mengelilingi pasar di sini- Wang Kelian.


Mercu tanda pintu masuk ke Thailand
Seterusnya kami bergerak ke Padang Besar Perlis..yup memang kami jangkakan di sebelah petang keadaan pasar sangat ramai, ramai dari luar negeri dating untuk melihat barang-barang yang terjual disini. Jadi saya dan mak su telah mengelilingi satu pasar disitu dan kebetulan kami terserempak dengan promosi goodies untuk bakal pengantin. Jadi kami decide mencari bekas / beg kain untuk dijadikan goodies bagi tetamu yang akan datang nanti.

Beg Kain/Kertas
Harga yang ditawarkan pada waktu tu hanya RM 0.20 pcs, so saya mengambil dalam 1000 keping beg kain di atas 500 keping berwarna pink dan 500 keping lagi berwarna ungu.  Jadi jumlah keseluruhan RM200.00 sahaja. Ok.. untuk yang kedua pulak saya cadang goodies untuk warga penanggah, sanak saudara, keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan saya berfikir untuk menyediakan goodies potpotri seramik.

Memang murah saya dapat harga dengan pemilik kedai ini hanya RM 0.60 pcs sahaja jadi saya memilih 300 pcs untuk goodies para tetamu istimewa saya. Jadi harga keseluruhan RM 180.00.

contoh gambar sahaja

contoh sahaja

Kalau dikirakn di KL memang saya tak dapat harga macam ini. Rezeki hari itu kebetulan ada promosi. Alhamdulilah..Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin tambah dalam goodies ini antaranya air mineral,gula-gula dan biskut. Bagi kanak- kanak pulak, saya syorkan untuk memberi gula-gula polipop yang sudah diikat dengan reben dengan kad ucapan terima kasih.



Friday, 7 March 2014

Countdown.....48 hours...E-DAY 2014

Semua orang mahukan impian untuk hidup bersama, begitu juga dengan aku. Ok! Apa yang saya nk ceritakan pasal majlis pertunangan saya dengan ehem2 saya..fisrt memanglah saya ni anak first kemudian, kenduri pun orang kata lau anak first mestilah ramai orang nak mengunjungi rumahkan. So apa yang aku plan memang payah sedikit. Macam-macam dalam pikiran di kepala nak wat itu ini. So aku decide nak wat ala kadar sahaja. Theme majlis tuning warna pink cair.. so aku dok lah search-search butik kawin yang menawarkn pakej menarik. Da dekat sangat, saya pun memilih butik Ain Safar,,,cantik je pelamin yang di buatnya. .Budget RM 700 so memang fitla budget saya dengan apa yang saya cari. 

So part kedua aku pilih start mencari bunga hiasan untuk hantaran tunang tersebut. Cari bunga dan perhiasan biasanya aku rujuk di laman web sahaja. Warna pink and ungu adalah pilihan aku,,palig yang saya suka adalah membeli bunga di LWD House di Desa Aman, Sungai Buloh. Memang kedai tu merupakan syurga bagi mana-mana wanita meminati bunga dan segala perhiasan bunga di rumah.

Bahagian hantaran dan hiasan kalau nak beli di Sungai Buloh.bolehjengah di 2 jenis kedaii iaitu di belakang shopping complex The Store sebelah kedai menjual tayar kereta manakala di sungai buloh lama berhadapan dengan masjid kuning Sungai Buloh. Dua-dua kedai ini menawarkan barang-barang dan hiasan untuk hantaran dan sebagainya. Manakala nk cari reben..paling murah aku syorkan di sungai buloh baru  berhadapan dengan kuarters tentera. Ada deretan kedai cina amoi memang rebenyer memang murah. 
Bab Goodies pulak aku decide nak wat mengunakan paper bag. Yah! Apa paper bag..memang macam-macam gaya nak wat paper beg..so aku syorkan kedai makanan ringan yang paling sweettt and murah adalah di sungai buloh jugak di sebelah kedai pameran proton..orang panggil kedai sakai..huhuhu..tu jela aku dengarnyer…owner pulak cina..hehe.

Bab hantaran pulak biasanyer orang buat hantaran menggunakan nombor ganjil iaitu..5-7,7-9,9-12,12-15……so aku pilih 5-7 sahaja..malas nak buat banyak sangat. Tunang je pun kan…Antara barang yang saya pilih untuk teman saya adalah :-

1) Baju kemeja dan sapu tangan
2) Tuala
3) Buah-buahan
4) Coklat and candy
5) Kuih muih
6) Sirih Junjung
7) Kek

Manakala bagi makanan untuk tetamu dna pengunjung yang dating ke rumah kami sekeluarga hanya masak sendiri memandangkan adik beradik mak semuanya pandai memasak,,kami semua cadang masak di rumah sahaja..Menu bagi tetamu yang hadir mak saya nak buat :-
Lauk & Nasi

1) Ikan siakap masak gulai tempoyak
2) Daging dan rebung masak lemak cilia pi
3) Ayam goreng berempah
4) Sambal Sotong
5) Ulam-ulaman
6) Sambal Belacan

Kuih-Muih
1) Kek Coklat
2) Kuih Jala
3) Kuih karipap
4) Kuih popia

Buah-buahan
1) Tembikai

Air
1) Air berperisa orange campur sirap

Popular Posts