Thursday 7 August 2014

Kenapa..kenapa lelaki kurang bermesej dengan wanita?

Assalamualaikum..hari ini saya nak bercerita tentang  lelaki khususnya tentang sikap mereka bermesej-mesej ini. Siapa yang pernah mengalami  en boyfriend, en tuning atau en suami yang kurang bermesej dengan anda? Kalau ya pun biasa mereka akan membalas mesej anda dengan jawapan ringkas seperti berikut :-
P : Hai sayang,pe kaba?
L : Baik, sihat
P : Da makan  ke belum? Buat pe tu? Huhu
L : da,xde wat pe
P: Hari ni nak x g tengok wayang pukul 4? Cerita superman,,best tau cerita tu
L : ok
P : ………..???...



Nampak tak situasi di atas? Yup tidak hairankan ramai lelaki di luar sana tidak mengemari melayan sms sms wanita terutamanya girlfriend,ms tuning atau ms bini..huhu..Saya banyak berfikir kenapa en lelaki ini kurang membalas sms wanita. Asyik wanita sahaja yang sms dengan lelaki tetapi lelaki tidak mahu membalas kadang-kadang membalasnya dengan ringkas sahaja. Mungkin banyak factor atau memang tabiat lelaki memang begitu .

Lelaki taip mesej pendek je sebab:

1) Tegas. Straight forward. Lurus je, no belok belok.
2) Malas nak bunga bunga, banyak lagi kerja nak dibuat.
3) Takde idea nak taip dalam mesej.
4) Tak suka menekan dan mengadap keypad je. Dari picit keypad baik call terus.

Kadang-kadang pernah tak anda ‘naik angin’ dengan peragai lelaki begini? Saya kadang-kadang memang berangin jugal dengan en tuning..entah apa yang disibukkan sampai watsaap saya pun tak di balas..macam tunggul kayu pulak kita tunggu watsaap dia..sabar jela..



Lihat pada wanita, kenapa wanita membalas sms atau watsaap lelaki lebih panjang . Antaranya :-

1) Lebih kreatif dan dinamik
2) Memang wanita dilahirkan banyak nafsu ( tu sebab nafsu bercakap lebih besar dari lelaki)
3) Wanita suka belok kiri kanan dulu untuk bermesej ( huru hara pulak si lelaki nak memahami ayat mereka)
4) Memang suka mengadap handphone terutama pada orang tersayang dia

No comments:

Post a Comment

Popular Posts