Terdapat empat virus yang dikenalapsti menyebabkan penyakit
influenza, dimana ia tergolong dari Orthmonyxoviridae .
- Influenzaviruz A
- Influenzavirus B
- Influenzavirus C
- Influenzavirus D ( Terbaru dijumpai pada tahun 2016)
Jika anda atau orang tua dan kanak-kanak mempunyai
symptom-simptom influenza sila dapatkan rawatan di klinik. Antara
simpton-simpton terkena jangkitan influenza adalah :-
- Demam
- Sakit kepala
- Batuk tidak berkahak atau hidung tersumbat,
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Sakit otot.
Batuk pula kemungkinan berlarutan sehingga dua minggu atau
lebih. Beza influenza dan selesema biasa adalah kepantasan jangkitannya. Jika
influenza biasanya tindak balas penyakit tersebut lebih cepat berbanding
selesema biasa.
Jangkitan influenza berlaku apabila, seseorang yang
dijangkiti virus boleh memindahkan virus dengan batuk atau bersin dengan tidak
sengaja. Melalui titisan hidung berhingus atau bersin, ia boleh tersebar di
permukaan sentuhan seperti dikulit badan manusia. Seseorang itu boleh
dijangkiti dengan mudah jika terdedah dengan pesakit influenza, dengan menghidu
titisan tersebut atau titisan tersebut masuk ke dalam hidung apabila pesakit
influenza batuk atau bersin.
Cara mencegah influenza
Untuk mencegah influenza berlaku, antara aktiviti yang perlu
dilakukan :-
- Jauhkan diri dan anak anda dari kanak-kanak atau orang lain yang sakit
- Cuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
- Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau nersin untuk melindungi orang lain
- Makan secara sihat dan minum air suam yang banyak