Assalammualaikumm..ok hari ni akak nak review sedikit pasal
jamu yang akak amik ni..iaitu jamu dari NONA ROGUY. Jamu ni memang popular di
kalangan ibu-ibu yang lepas bersalin. Biasa bagi yang mampu ada yang beli 1 set
untuk diri sendiri, kadang-kadang ada yang beli secara satu-satu. Pengalaman
akak selepas bersalin dua-dua anak akak pada tahun 2015 dan 2017..akak
sebenarnya tak ambil sebarang jamu lansung. Biasa akak amalkan mandi herba,
bertungku, bertanggas, berpilis dan makan-makanan yang kaya vitamin. Ada juga
akak mengamalkan aktiviti berbengkung. Selepas habis berpantang 2 bulan, akak
terus menyusu anak macam biasa, pengambilan jamu pula, tiada.
|
Set Bersalin NONA ROGUY |
Tapi…kesan tidak pengambilan jamu ni, lepas bersalin anak
no dua, badan-badan akak mudah lenguh. Kadang-kadang sendi sakit kalau buat
kerja. Berbanding mak akak, dia memang mengamalkan jamu dan maajun sepanjang
umur mudanya. Kadang-kadang akak pelik, kenapa mak akak boleh jaga dua-dua anak
akak sepanjang akak bekerja tapi jarang sekali dia mengeluh letih..nampak
bertenaga je dia sepanjang hari..Owh lupa, akak memang hantar anak pada mak
akak, tapi akak bayar pada dia macam kita hantar ke rumah pengasuh. Rumah kami
dekat antara satu sama lain. Mak offer dia nak jaga, awal-awal kami larang,
bukan apa tak nak membebankan dia. Tapi
dia nak juga jaga, katanya..
"Kalau aku jaga anak kau, dapat jugak duit belanja
rumah” sambung dia lagi…
"Yela ayah kau dah pencen, bawa teksi pun tak seberapa,
tambah lagi adik-adik kau kerja gaji tak besar, itupun tak lepas diri sendiri,
adik kau yang bongsu sekolah lagi”…
"Kalau mak jaga anak kau, bolehlah mak backup mana-mana
yang patut”..diam akak seketika..
Jadi akak bagi dia jaga..sebulan akak bayar RM700
gitu..balik je 6.30 petang akak terus ambil anak..kalau dia tidur rumah akak, akak
bayar OT dia, sebab suami akak kadang-kadang outstation, jadi akak tinggal
dengan anak-anak, mak akaklah yang akan teman kat rumah tu.
Berbalik pasal jamu tu, akak start makan jamu bulan
lepas..yela orang tak pernah amik jamu, tiba-tiba ambil jamu, so akak cuba dulu
pil jamu dari NONA ROGUY. Nama pil ni ialah PHYTONATAL. Akak terangkan sedikit
pasal jamu ni ye..
PHYTONATAL ialah bukan satu jamu, tapi sebagai tablet
campuran herba yang mengandungi likuoris
daun senna, halia, biji ketumbar & jintan manis.
Siapa yang boleh ambil pil ni ?
Sesuai untuk wanita yang menurukan berat badan, untuk
wanita bersalin, anak dara, yang baru berkahwin, wanita yang dah lama bersalin,
lelaki dan warga tua.
Kelebihan PHYTONATAL
- Membersihkan rahim,lendir dan darah kotoran dalam badan
- Megeluarkan angina dan mengatasi angina meroyan serta
murung
- Melawaskan pembuangan air kecil dan besar
- Mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migraine dan
angina
- Mengimbangi kembali system badan
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan
- Memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar
- Menambah daya tenaga semasa berpantang
- Mempercepatkan pengecutan rahim
- Melancarkan darah nifas
Cara pengambilan /cara penggunaan
- 2-4 tablet bergantung kepada badan masing-masing
- Pengambilan samaada waktu pagi atau malam sekali sehari
Soalan-soalan yang selalu ditanya
- Saya tengah mengandung, boleh tak ambil pil ni? TAK BOLEH
- Apa tindakbalas selepas makan pil ni? Kentut angin, berpeluh kerap dan buang air bentuk lender
( akak makan memang ye, semua buang, angin jangan cakaplah,asyik sendawa je…)
- Anak kene kuning, boleh saya ambil? Boleh dan digalakkan, supayan baby dapat lawas najis dan
kuning dapat dikurangkan, tetapi sila pantau kuning anak jika bacaan kuning
naik. Hndaklah berhenti pengambilannya.
- Period datang, boleh ambil? BOLEH
- Selain itu, boleh ke ambil pil ni jika mengambil produk
lain? BOLEH, tapi jarakkan 2 jam selepas mengambil produk
tersebut, baru boleh makan pil phytonatal