Assalammualaikum kepada sahabat pembaca blog akak..dah
lama akak tak bersiaran di blog cik cerry..sebab tahu-tahulahkan..sibuk
sikit lebih-lebih lagi..bulan Syawal nak
menyusul..jadi akak memang fokus kepada
persiapan raya kali ni. Alhamdulilah..pada bulan 4 yang lepas..akak dan
keluarga merancang untuk ke negeri Pulau Pinang bertujuan untuk bercuti bersama
anak-anak kecil akak. Jadi ada pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang.
Akak dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul
10.00 pagi dan perjalanan mengambil masa 4jam untuk sampai ke Georgtown, ibu
bandar Pulau Pinang. Kebetulan jugak, suami akak menempah hotel di sekitar
situ. Hotel yang kami tempah ni..bentuk bangunannya ala-ala British. Untuk
pengetahuan anda semua, hotel ni dahulunya dijadikan tempat pentadbiran
Bristish di Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh pihak pengurusan 1926
Heritage Hotel Pulau Pinang untuk dibangunkan sebagai penginapan bagi pelancong
luar.
Hotel Heritage memang cantic dan disudut tepi tempat
letak kereta ada menempatkan kolam
renang dewasa dan kanak-kanak. Harga
untuk 2 malam kesemuanya RM392.00 sahaja..dan akak menempah bilik jenis
keluarga yang menempatkan 2 katil queen. Kebetulan tuah menyebelahi kami, pihak
pengurusan telah memberi bilik kami betul-betul dihadapan kolam renang. Untuk
pengetahuan anda semua, kami memilih hotel disini untuk memudahkan kami ke
tempat-tempat menarik di sekitar bandar Pulau Pinang.
Selesai kami check in di hotel, petang pula kami ke
Muzium Wonderfood yang terletak di tengah-tengah bandar Georgtown, perjalanan
mengambil masa 10 minit dari hotel jika menaiki kereta. Kebetulan kami pergi
petang jadi tempat letak kereta pun mudah nak dapat. Untuk tiket masuk ke Wonderfood Museum ni,
harga dewasa RM 25.00 dan kanak-kanak RM15.00 untuk mykad dan mykids. Jadi
jangan lupa pulak bawa kad pengenalan masing-masing. Waktu operasi bermula 9.00
pagi hingga 6.00 petang setipa hari.
Oh! Lupa pulak..untuk mencari tempat makan menarik boleh
je GOOGLE di website anda semua.. tapi akak ni ada anak kecil, memang menjadi
rutin akak kalau nak travel..kami beli dan bungkus makanan bawa balik ke hotel.
Yela bila dah ada anak kecil ni, dugaan paling hebat nak handle anak-anak kat
kedai makan. Kadang-kadang, mak bapak terpaksa makan laju-laju..nak elak anak
meragam. Tempat yang paling senang dan dekat nak cari makan boleh je pergi ke
tempat makan di Jalan Perak, Geortown bersebelahan stesen minyak SHELL. Kawasan
situ memang banyak gerai menjual pelbagai makanan.
Untuk sebelah malam pulak, kami suka ke Persiaran Gurney,
fokus kami adalah mencari gerai makan Nasi Lemak Cili Bilis yang popular di
Georgtown. Kawasan disitu memang tempat tumpuan pelancong da penduduk disitu
untuk menikmati pelbagai masakan orang Penang termasuklah, nasi lemak, laksa
utara, pasembor, sate dan pelbagai lagi.
Hari kedua pula, kami bertolak ke Bukit Bendera untuk
menaiki keretaapi di sana. Kami bertolak dari hotel pukul 10.00 pagi dan
sampai di sana dalam pukul 10.40, perjalanan pun mengambil masa 40 minit. Sampai
di sana kami cari tempat letak kereta dan terus menuju kaunter tiket. Tiket
untuk naik ke bukit bendera dewasa RM 12.00 dan kanak-kanak RM6.00 sahaja. Bila
sudah check in..kene beratur ya.. beratur pun ambil masa 15 minit untuk ke pintu keretapi..lepas
kami dapat menaiki keretapi..perjalan naik atas itu pun ambil masa 20
minit..laju pun..laju..huhu..anak-anak teruja sangat..sampai di atas..pelbagai
tempat menarik dapat dikunjungi..Cuma bawa duit sahaja..hehe..
Selepas itu, kami ke Rumah P.Ramlee yang terletak di
jalan P.Ramle..ok nak pergi ke sini, anda jangan risau, masuk adalah
percuma..so bolehlah anda semua enjoy untuk melihat rumah warisan P.Ramlee.
Rumah ni memang rumah asal P.Ramlee…tapi distrukturkan semula untuk dijadikan
kenangan generasi hadapan.
Hari ke 3 pula, kami check-out awal untuk balik..kali ni,
kami balik menaiki feri.. untuk balik..bayaran tidak dikenakan sebab masa
awal-awal datang kat sini, kami dah dikenekan bayaran tol ketika memasuki
Jambatan Pulau Pinang.. jika anda belum memasuki Pulau Pinang tapi nak menaiki
feri,..perlu membuat bayaran ya..balik sahaja free. Sebelum balik, kami sempat singgah ke Kedai
Jeruk Pak Ali untuk membeli sedikit cenderahati.