Assalammualaikum..sekarang musim hujan lebat..biasalah
kalau hujan suhu badan kita pun tak menentu..apatah lagi kanak-kanak, hujan
panas hujan panas. Al-maklumlah sekarang musim tengkujuh akhir tahunkan.. so, kebetulan
anak sulung akak tak berapa sihat kebelakangan ni. Hari pertama demam ok lagi
suhunya, hari kedua suhu tinggi mencecah 39.0C. Jadi yang kita ni ibu risau
sangat kalau suhu badan dah sampai tahap bacaan macam tu. Boleh jadi
macam-macam, terutamanya SAWAN. Sebelum ni akak da bagi antibiotic, ubat demam
4x sehari..dah masuk ubat peluru jugak (ubat punggung)..tak jalan-jalan jugak.
Last sekali dalam pukul 5.00 pagi, suami akak bergegas ke unit Kecemasan di
Hospital Sungai Buloh. Sampai sana, anak akak terus dimasukkan ubat punggung
sekali lagi dan dimandikan dengan air suam. Alhamdulilah anak akak semakin
pulih. Tapi semasa perjalanan nk pulih tu, ada jugak akak ikhtiar menggunakan pelbagai kaedah untuk mengurangkan suhu badan anak. Antaranya :
Lendir Bunga Raya - Lendir bunga raya ni sangat manfaat kepada diri kita
terutama dari segi kecantikan dan perubatan. Kerana bunga raya ni banyak
khasiatnya . Caranya, amik daun bunga raya kemudian tumbuk lumat dan letakkan
air sedikit. Sapukan daun tadi keatas kepala kanak-kanak yang demam.
Air Asam Jawa- Ni petua orang lama-lama dulu, dulu akak demam pun mak
selalu bancuhkan air dengan asam jawa kemudian lumur di kepala, alhamdulilah
reda demam akak. Petua ni pun boleh jugak dibuat dirumah
Mandi dengan air suam-Ok bab ni, akak nak pesan pada ibu-ibu diluar, minta
tolong sangat jangan mandikan pesakit dengan air sejuk, sebab, suhu badan tidak
akan turun, tapi menyumbang kepada kenaikkan suhu badan pesakit. Jadi mandikan pesakit dengan air suam sahaja.
Tuam dengan tuala basah-Biasa yang ni akak selalu buat 2 jam atau 1 jam sekali
dengan meletakkan tuala basah di celah-celah ketiak, peha, leher dan sekali di
dahi dan kepala..Tujuannya adalah untuk mengurangkn suhu badan anak tersebut.
Pantau anak 24 jam-Ini memang wajib, akak buat 2 jam sekali dengan melakukan
pemeriksaan suhu badan menggunakan temometer dan menuam anak dengan tuala basah
di dahi. Ini sebab nak elakkan suhu semakin naik ke 38.0 C. Sebab bila dah naik
suhu ke 38.0C-40.0C, risiko untuk terkena sawan sangat tinggi. Ini salah satu
sebab akak memang ambil berat bab pantau-memantau ni.
Tidur di bawah KIPAS bukan AIRCON-OK. Yang ni akak memang akak tidokan anak dibawah kipas
bukan aircon, sebab aircon kan da sejuk, bertambah lagilah suhu badan budak tu
naik. Better tidokan anak di bawah kipas sahaja.
Jangan pakaikan pakaian tebal & selimut - Ibu-ibu diminta elakkan memakai pakaian tebal dan
menyelimut anak ketika anak demam, sebab demam akan semakin naik dan suhu badan
akan meningkat. Ini terjadi disebabkan, haba panas di dalam badan tidak Berjaya
dikeluarkan oleh tubuh, dan haba yang disimpan akan meningkatkan lagi suhu
badan anak.
Dari segi pemakanan pula, penting untuk membantu demam
kebas dengan cepat. Antara menu utama anak-anak yang biasa akak bagi adalah :-
Sup tulang- Sup tulang dikatakan cukup bagus untuk demam
jika direbus lama kerana dapat menguatkan system imum badan dan mempercepatkan badan sembuh dari badan.
Ini kerana, sup tulang mampu merasang sel putih untuk melawan mikro asing dalam
badan.
Buah-buahan- Perlu untuk diberi kepada anak-anak supaya
dapat meningkatkan kekuatan imum kerana buah-buahan mempunyai banyak khasiat
dan vitamin yang pelbagai terutama buah oren yang mempunyai kandungan vitamin C
yang tinggi.
Bubur/ Susu – Anak-anak yang mengalami DEMAM sudah
tentunya pemakanan mereka pun tidak seimbang, ini kerana ada yang tidak lalu makan
sesuatu untuk tubuh mereka melawan peyakit tersebut. Pastikan anak-anak makan
sesuatu untuk tubuh mereka seperti bubur atau susu agar badan dapat melawan
demam tersebut.
Air – air penting untuk badan seseorang. Perlu anak-anak
meminum air untuk meredakan demam panas dan megelakkan dihidrasi yang
keterlaluan.