IKHLAS & BERSAHAJA
Tidak dinafikan, bila berjumpa pertama kali, harus
diingatkan cara penampilannya, cara makannya, cara adapnya dengan orang yang
lebih tua dan keikhlasan dia menerima kita seadaanya. Jika pasangan anda hanya
tampak kepura-puraan pada permulaan perkenalan, acah-acah handsome dan ‘cover’
sini sana. Baik tak payah.
JUMPA MAK & AYAH
Tak sah kan tak jumpa bakal jodoh kita tu, bila seorang
lelaki membawa anak dara keluar berjumpa, pastikan bertemankan adik, abang dan
kakak. Sebelum keluar tu, berjumpalah dahulu dengan kedua-dua orang tua
perempuan tersebut. Ini kerana, bagi mengelakkan kes seperti diculik orang
bukan dikenali, dan sebagainya. Jika ibu bapa sudah mengetahui kewujudan lelaki
tersebut sebagai teman istimewa pastinya, ibu bapa akan mengambil sikap
bertanggungjawab seperti bertanya hendak kemana, balik pukul berapa, di mana
perkenalan berlaku dan sebagainya.
SOLAT
Setiap perempuan impikan seorang lelaki yang beriman, begitu
sebaliknya. Tidak dinafikan solat itu tiang agama dan pendinding iman kita
setiap orang beragama Islam. Bagi tips ni, senang sahaja nak tau seseorang tu
solat atau tidak, cuba perhatian waktu solatnya ketika keluar dengannya. Jika waktu solat sudah hampir
dan dia segera mengajak anda menunaikan solat tentunya anda sangat bertuah
kerana, lelaki ini tau akan kewajipannya sebagai seorang Islam. Jika
sebaliknya, lupakanlah hasrat anda untuk memilih dia sebagai suami, ini kerana
SOLAT AMAT PENTING dalam institusi keluarga, jika tidak runtuhlah institusi
tersebut.
TIDAK BERSENTUHAN
Bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai sifat malu,
pastinya mereka tidak ambil kesempatan menyentuh anda sebelum hubungan anda
halal. Ini kerana, bila sentuhan pertama berlaku, akan berlakunya adengan lain
pula dan syaitan sememangnya akan mengheret dan menghasut pasangan ini ke alam
ZINA. Carilah perempuan dan lelaki yang ada sifat malunya, kerana tak semua
lelaki yang ada sifat sebegini.
ISTIKHARAH
Jika perkenalan sudah berlaku, akhir sekali buatlah solat
istikharah untuk mencari jawapan terakhir anda sebelum akad nikah berlaku.
Insya-Allah Allah akan membantu anda memberi jawapan terbaik untuk anda.