Friday, 27 April 2018

Tip-tip : Travel Bersama Anak Kecil Menaiki Flight

Umumnya kita taukan, bila travel bersama anak-anak kecil akan membataskan pergerakkan kita ke sana sini, dan terutama bagi ibu pulak mesti pening nak memikirkan bagaimana nak packing barang-barang anak, apa yang perlu di bawa dan sebagainya. Bagi yang ada anak2 yang berumur 1 tahun kebawah pulak, perlu memikirkan makanan apa yang perlu dibawa.

Kali ni akak dan keluarga bercuti di Langkawi untuk 3hari 2 malam. Umur anak-anak akak pulak dalam 1 tahun dan 2 tahun 8 bulan. Bagaimana nak handle anak-anak ini dan apa keperluan perlu dibawa untuk travel terutamanya macam akak naik flight pergi ke sana.

Jom! Kita tengok senarai barang yang diperlukan untuk anak-anak anda ketika travel.
  1. Baju Tshirt biasa
  2. Baju jalan
  3. Baju tido
  4. Kasut & stoking
  5. Selipar
  6. Peralatan perubatan – contoh : ubat demam, krim ruam pampers, minyak telon, vick,
  7. Sabun mandian kanak-kanak ( head to toe) – pilih sabun jenis ni untuk memudahkan kerja packing dan menjimatkan ruang bagasi
  8. Tisu basah
  9. Pamper anak- akak bawa 30 keping seorang untuk 3h2m
Makanan baby/ kanak
  1. Bib baby
  2. Termos makanan
  3. Sudu & bekas tertutup
  4. Makanan coucous ( untuk buat bubur bayi )
  5. Serbuk ikan bilis
  6. Biskut baby / biskut chipmore ( untuk anak dewasa)
  7. Botol air anak – bagi ibu yang ada anak kuat minum air kosong, boleh bawanya sekali
Mainan anak-anak
  1. Teething baby
  2. Kereta mainan
  3. Buku warna warni
Container susu
Panduan untuk ibu yang ada anak masih menyusu botol (FM)
  1. Pencuci botol susu & berus ( bagi anak yang menyusu FM)
  2. Termos air panas
  3. Botol susu
  4. Susu tepung ( akak bawa setengah bag susu tepung untuk 3h2m)
  5. Container susu
Ok, akak dah senarai barang-barang di atas. So, kalau ada terkurang sana sini, bole je ibu-ibu diluar sana senaraikan barang tambahan. Bagi ibu yang pertama kali bawa anak naik flight disarankan mengguna bag drypers jenis backpacker, untuk memudahkan perjalanan anda. Untuk pengetahuan, biasanya, ada barang yang perlu dibawa ke kabin dan ada perlu disimpan di luggage.

Bag Drypers jenis Backpacker

Untuk yang ada bayi, anda boleh letakkan dalam BAG DRYPERS
  1. Sepasang baju anak anda
  2. Container susu
  3. Pampers  4 atau 6 keping – anggaran
  4. Tisu basah
  5. Mainan baby
  6. Makanan bayi seperti biskut
  7. Topi
  8. Dettol Anti-Bactreial Wet Wipes ( penting untuk kebersihan anak anda)
Mesti ibu tertanya-tanya, kenapa akak tak bawa air ke dalam flight?. Perlu di ingatkan, air maximum naik ke kabin hanya 100ml dan oleh itu, ibu-ibu jangan risau, sebab di sekitar ruang pelepasan di KLIA2 banyak menyediakan WATER PURIFIER untuk keperluan pengunjung di sana. Kadang-kadang boleh didapati di ruang persalinan pampers anak anda di sana. Sebelum naik flight, pastikan anak-anak anda dalam jagaan anda. Dan jangan risau anda jugak boleh bawa barang-barang anak anda masuk ke kabin seperti susu tepung yang di letakkan dalam container susu, jika anak anda nak menyusu, anda boleh membuat susu dengan meminta air panas & air suam daripada pramugari dalam pesawat. Begitu juga jika anak anda membuang kumbahan secara tiba2, anda boleh menyalin pampers di dalam kabin tersebut, pramugari akan memberi 1 plastik pada anda untuk membungkus sisa pampers anak anda.

 

Ketika kapal terbang berlepas, anda digalakkan menyusu bayi anak anda, ini kerana untuk mengurangkan tekanan & degungan di telinga ketika pesawat berlepas dan begitu jugak ketika pesawat landing di landasan. Selain itu, anda di galakkan menidurkan anak-anak anda untuk memberi keselesaan anak anda dan anda sendiri di dalam kabin pesawat.

Jadi, anak-anak kecil bila travel,ibu-ibu perlu senaraikan barang untuk dibawa, sebab kadang-kadang ibu ni boleh jadi pelupa sedikit disebabkan banyak benda dalam minda nak diingatkan. Jalan lain dengan kata mudah ialah SENARAIKAN barang dahulu sebelum packing di lakukan.

 


Thursday, 26 April 2018

Travel : Pulau Langkawi – Family Day April 2018 3H2M

Hai pembaca blog akak ni, apa khabar semua, dah lama dekat sebulan tak update entry. Biasalah dah jadi mak-mak orang ni ada je aktiviti tak pernah putus-putus datang, bak kata orang buzyyy benar sangat2xx lah! Ok hari ni akak nk bercerita pasal Pulau Langkawi. Akak pergi Langkawi pada 14.4 hingga 16.4 selama 3hari 2 malam.

Akak dan keluarga bertolak dari rawang ke KLIA2 pada 8.30 pagi dan flight akak pun pukul 11.45 pagi. Untuk bagi sesiapa bawa kereta sendiri nak nak parking kat KLIA2 boleh di alu-alukan sebab apa, senang nak bawa kereta sendiri tak payah nak pening-pening cari teksi dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang jugak, parking di KLIA2 sangatlah murah . Bagi 1 hari hanya bayaran dikenakan ialah RM 46.00 akak hari tu pergi 3hari 2 malam hanya RM110 sahaja dikenakan. Sangat berbaloi!


Setibanya flight 11.45am akak berlepas dan sampai di LIA ( Langkawi International Airport) pada pukul  1.15 petang. Lepas akak kat Langkawi akak terus amik kereta sewa yang sudah di tempah awal-awal bagi mengelakkan kereta tiada nanti. Pilihan akak untuk kereta sewa kali ni ialah ANOX TRAVEL SDN BHD. Korang boleh Google dalam website dorang. Ada termasuk package  3H2M untuk 48 jam.  Akak menempah 2 kereta SAGA BLM dan satu kereta MYVI . Total untuk 3 kereta bagi 3H2M ialah RM360.00 so..boleh kirakan 1 hari RM 60.00 untuk sebuah kereta. Tapi bila sampai sana, orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia nampak dimana kan? 

So memang dijanj kereta 2 SAGA BLM & sebuah MYVI tapi yang datangnya  sebuah MITSUBISHI ASX, sebuah NISSAN SENTRA dan sebuah SAGA BLM. Untuk pengetahuan korang, kereta Mitsubishi tu harga sewaan untuk 1 hari bagi bukan season ialah RM 140.00 dan NISSAN SENTRA pulak RM 70.00. Orang dah bagikan, kita lak kebas jela ek. Perjalanan ke hotel kami pulak mengambil masa 20 minit sahaja sebab kami memilih hotel di sekitar Pantai Cenang Langkawi.  Kami pilih di kawasan tersebut ini kerana, pada sebelah malam, kawasan di sini masih hidup, kedai masih buka sehingga pukul 12.00 tengah malam. Jika stay di Pekan Kuah, kedai dan kawasan lain da awal-awal sunyi dari aktiviti macam ni.

Hotel yang kami menginap tu ialah LANGGURA BARON RESORT Pantai Cenang. Kali ni kali ke-2 kami stay ialah nak makan pun just turun je jalan kaki di sepanjang kaki lima kat situ. Macam-macam makanan di jual kat sini. Anda jugak boleh membeli barangan cenderahati kat sini .

14.4.2018 ( SABTU)

Hari pertama kami sampai, kami terus gerak ke PADANG BERAS TERBAKAR, kat sana macam-macam barang dijual. Kebetulan mak ayah nak cari minyak gamat, kami pun bawa mereka kat sini. Harga 10 botol GAMAT berharga RM 12.00. Kemudian kami ke beras terbakar untuk melihat kain batik dan pelekat. Paling kuat memborong kat sini tentulah MAK..haha..yela katanya murah dari Kuala Lumpur. Ok harga kat sini boleh dapat dalam RM 15 – 18 sehelai iku jenama.




Kemudian kami singgah makan di RESTORAN JOM IKAN BAKAR  yang terletak berdekatan dengan airport serta kawasan beras terbakar. Selepas itu kami gerak ke Pantai Cenang untuk check in hotel. Pada belah malam pula aktiviti kami bersambung dengan mengunjungi  COCO VALLY MALL dan THE ZON DUTY FREE MALL untuk membeli coklat dan sebagainya.

15.4.2018 ( AHAD)

Awal-awal pagi lagi kami bertolak ke PANORAMA LANGKAWI serta VILLAGE ORIENTAL  yang terletak berdekatan dengan AIR TELAGA TUJUH. Sebelum bergerak ke sana, kami singgah sarapan dulu di kedai sekitar Cenang dan menyambung perjalanan dalam 20 minit ke sana. Sampai di sana, orang taklah ramai lagi dan tempat letak kereta pun masih banyak kosong. Kemudian kami ke kaunter untuk beli tiket dan harga bagi seorang dewasa ialah RM 40.00 dan kanak-kanak RM 30.00 seorang. RM 40.00 tu package dia termasuk SKYDOME dan 3D ART MUSEUM.



So memang muka masing excited nak naik terutama ayah. Sampai di puncak, kami menerus perjalanan ke SKYBRIGDE dengan menaiki SKYTRAIL dengan bayaran RM15.00 seorang untuk kedua-duanya. Memang best kat atas sana. Tapi bagi yang gayat tidak digalakkan sangat naik di sana.
Selepas menikmati panorama di sana, kami turun dan adik-adik serta mak ayah meneruskan perjalanan ke 3D ART MUSEUM manakala akak n family terus ke kereta, sebab anak-anak meragam. Mungkin penat kot. Kami selesaikan aktiviti kat sana sehingga pukul 1.30 petang dan kami pulang ke hotel untuk berehat serta makan tengah hari.



Kemudian, pukul 3.00 petang kami bergerak ke IDAMAN SURI, DATARAN HELANG dan HIG Group yang terletak di PEKAN KUAH untuk membeli barangan cenderahati dan sebagainya sebelum pulang.Pada sebelah petang dan malam, kami melakukan aktiviti bebas seperti berjalan di sekitar Cenang dan anak-anak pula bermandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel.





16.4.2018 (ISNIN)

Pada pagi ni, kami dah siap bersedia untuk check out. Sebelum kami ke airport, mak request nak pergi balik BERAS TERBAKAR katanya nak beli kain pelekat lagi untuk ayah. Dan kami jugak sempat ke CENANG MALL  sekali lagi untuk membeli coklat tambahan pulak.hehe Flight kami pada pukul  1.45 petang dan sampai di KLIA 2 pada pukul 2.50 petang. Ketika sampai pun, kat KUALA LUMPUR hujan lebat.

Akhirnya kami sampai di rumah dalam pukul 7.00 mlm. Letih tak terhingga dibuatnya.apa –apa pun ayah akak katanya nak pergi sekali lagi. Katanya tak puas.hahaha


Popular Posts