Friday 23 February 2018

BESTT!! : A&J Burger Grill & Western Sg Buloh

Hai semua!!...apa khabar? Ada sapa2 peminat makanan western? Angkat tangan!!.. yep, hari ni akak nak review sikit pasai kedai makan western ni. Asalnya bermula berniaga secara kecil-kecilan di tepi pasar dan tapak-tapak kedai namun hari ni..restoran yang dikenali sebagai A&J Grill &  Western telah kedai makanan sendiri iaitu satu di Sg Merab dan satu lagi di Bukit Rahman Putra Sg Buloh. Pelbagai menu di tawarkan kepada pelanggan untuk mencuba dan menikmati hidangan mereka. Actually, A& J Burger Grill dah lama menapak dalam bisnes ni since 20.10.2012 lagi dan sekarang sudah masuk 6 tahun beroperasi sepenuhnya melalui restoran.





Kebetulan, 2 orang staff company akak nak dah resign dan kebetulan hari tu hari jadi boss, jadi akak kira kita balun sekali sambut sama-sama. So kawan akak ni cadang nak buat makan-makan saja di A& J Grill, first datang, masuk kedai memang terpegun ramai orang dan menu-menunya..fuh! lotop-lotop gitu!.. Dalam menu dorang kita boleh pilih sama ada menu set atau talam. Harga pun boleh tahan jugak, murah, murah jugak. Total kami pergi makan 11 orang ialah RM 252.00 termasuk menu tambahan dan air minuman. Memang best lah tempat ni.

Team marketing & sales


Set Talam 8 Menu untuk makan 6-7 orang, harga RM 85.00 1 SET

Kek untuk boss!


Wednesday 14 February 2018

Jangkitan INFLUENZA (FLU) kepada Kanak-Kanak

Influnza dikenali nama singkatan FLU dan merupakan penyakit berjangkit yang menyebabkan seseorang individu tersebut dimasukkan ke hospital atau kematian.Flu ni merebak melalu orang sekeliling anda yang menghadapi flu, apabila batuk, bersin atau bercakap, titisan mungki masuk kedalam mulut anda dan disedut ke paru-paru. Dengan menyentuh permukaan objek yang menpunyai virus flu dan kemudian menyentuh mata, mulut atau hidung. Ia boleh berjangkit. Jangkitan flu ini biasanya mengambil masa dalam 7 hari dengan permulaan hari pertama sebelum symptom-simptom flu kelihatan sehingga 7 hari selepas jatuh sakit.




Bagi sesentengah orang terutama sekali kanak-kanak virus mungkin disebarkan lebih lama dari 7 hari dan bermakna mereka boleh menyebarkan flu kepada orang lain sebelum sakit dan ketika sakit.

Simptom-simptom bagi flu ialah :-
  • Deman- kebiasaan tinggi 38c – 41 c sehingga 3 4 hari
  • Sakit kepala – sering berlaku ( boleh menjadi teruk)
  • Sakit-sakit badan – biasa berlaku
  • Kepenatan – merasa lemah dan boleh menjadi teruk sehingga 14 – 21 hari
  • Hidung tersumbat – kadang-kadang
  • Bersin- kadang-kadang
  • Sakit tekak – kadang-kadang
  • Batu – batuk kering dan sangat kuat
  • Komplikasi – noleh menyebabkan pneumonia atau kegagalan pernafasan dan boleh mengancam nyawa.




Flu ini boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja, malah bagi kanak-kanak sihat dan orang dewasa boleh jatuh sakit akibat flu dan menyebarkan virus ke rakan-rakan, rakan sekerja, dan keluarga. Namun ada juga yang berisiko lebih tinggi untuk mengidapi penyakit yang teruk ini bagi sesetengah gologan dan dimasukkan ke hospital atau kematian.
  • Terdapat tanda-tanda amaran kecemasan jika terdapat jangkitan FLU yang teruk . Antaranya :-
  • Bernafas dengan kencang atau masalah pernafasan
  • Kulit berwarna kebiruan
  • Tidak cukup minum air
  • Susah bangun taua tidak berinteraksi
  • Meragam teruk dan tidak mahu dipegang
  • Symptom seperti flu bertambah baik namum kembali dengan demam dan batu yang lebih teruk
  • Demam dengan ruam



Wabak ini kadang-kadang bermusim dan dianggarkan 20%- 30% berlaku kepada kanak-kanak. Untuk mengelakkan jangkitan flu perlukan mengambil tindakan sewajarnya seperti dibawah ini :-





Tuesday 13 February 2018

ENFAGROW A+ : Susu Terbaik

Salam semua pembaca blog akak..pertama sekali terima kasih akak ucapkan kepada pembaca blog akak ni yang tak seindah khabarnya berbanding blog orang lainkan…ok hari ni akak nak review sedikit menegnai susu anak akak ni iaitu ENFAGROW A+ STEP 3 ( untuk 1 tahun hingga 3 tahun). Untuk pengetahuan pembaca semua, akak sempat breastfeeding yang si sulung sehingga 6 bulan sahaja..selebihnya akak bergantung pada susu ENFALAC A+..first masa bagi baby sulung akak tu..akak memang tak try and error..sebab masa tu baby akak minum..bahan kumbahan dia tak lah keras sangat..smooth gitu..dan tiada apa2 elergic masa minum susu ni. So akak decide teruskan penyusuan mengunakan ENFALAC A+ sehingga 12 bulan.


Dari segi HARGA pula..urmm..memang top2 gitu..600grm/sekotak harga pada tahun 2015 ialah RM85.00++ gitu..memang susu ni mahal.Tapi bagi akak kepada yang tidak berkemampuan bolehlah mencari susu jenama lain yang bersesuaian dengan anak anda dan kemampuan anda. Jangan terikut2 dengan orang disekeliling. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda.  Susu mempunyai vitamin dan kandungan lengkap yang diperlukan tubuh semanja. 

Selepas anak akak masuk 1 tahun..akak beralih pula kepada susu ENFAGROW A+ (Step 3) untuk umur 1 hingga 3 tahun. Bila da makin besar makin kuranglah harganyakan? Ye dak? Sekarang umur anak akak 2 tahun 5 bulan. Untuk susu ni harga bagi sekotak 600grm ialah RM 54.00++ gitu..akak biasanya beli susu budak-budak ni di SPEEDMART 99. Sebab susunya lebih murah dari tempat lain. Untuk anak akak ni suami akak laburkan duit sekurang-kurangnya RM200++ sebulan sebab anak akak ni makan kurang tapi susu kuat jugak minumnya. Yela budak-budak ni umur macamni memang payah nak ajak makan.Kadang-kadang memilih.

Kenapa akak pilih ENFAGROW A+? Antara sebabnya ialah :-
  • Merupakan keluaran Mead Johnson Nutrition Malaysia dan syarikat peratam melancarkan susu formula rumusan untuk kanak-kanak dengan satu khasiat baru digelar Membran Globul Lemak Susu /Milk Fat Glubule Membrane (MFGM) bagi membekalkan nutrisi lebih seimbang kepada si cilik.

  • MFGM adalah sejenis kompenen yang teridri daripada molekul-molekul bioaktif yang bantu dalam perkembangan otak kanak-kanak serta membentuk imuniti ( daya tahanan badan) mereka.
  • Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil makanan tambahan seperti susu dilengkapi khasiat MFGM menunjukkan perningkatan skor yang ketara dari segi pengawalan emosi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil susu ini.
  • Otak si cilik pula akan membesar tiga kali ganda pada dua tahun pertama dan bias mencapai sehingga 90% saiz dewasa pada lima tahun pertaman. Oleh itu nutrisi yang terkandung dalam susu adalah penting dalam proses awal tumbesaran kanak-kanak.
  • Susu formula ENFAGROW A+ dengan MFGM Complex turut dirumus dengan 40% lebih DHA bagi mempersiapkan diri si cilik dari awal agar otaknya mampu berkembang dengan cerdas di samping mengecapi masa hadapan yang lebih cerah.

  • Kajian siantifik menunjukkan DHA dan MFGM membantu menyokong perkembangan minda dan emosi kanak-kanak Antara kandungannya :-
  1. MFGM Complex
  2. 105mg DHA
  3. PDX + GOS
  4. Yeast Beta Glucant
  5. WITH Choline, Iodine, Vitamin A & Vitamin B12
  6. Zinc & Iron
  7. No sucrose

Kesan peminuman susu ENFAGROW A+. Anak akak yang sulung akak panggil Ajim sahaja, pada umur 2tahun dia dah pandai megenal haiwan dan pandai menyembunyikan bunyian haiwan seperti lembu, katak, kucing dan beberapa lagi haiwan. Selain itu, akak tengok anak akak ni cepat belaja sesuatu dan sudah pandai susun blok/ lego untuk membina bangunan. Daripada itu, banyak juga pekermbangan dilihat melalui pembelajaran seharian anak-anak akak.

Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana, jika berminat nak mencuba susu ENFAGROW ni bolehlah melawati website mereka untuk mendapatkan sampel susu ENFAGROW ni.Ok ni link nya..bole tekan di sini >> https://www.enfagrow.com.my/

Diingatkan, bahawa, zaman sekarang zaman teknologi dan pelbagai isu susu tiruan timbul. Baru-baru ni, susu ENFALAC menjadi sasaran penjenayah yang inginkan keuntungan dengan meletakkan bayi sebagai sasaran. Boleh dilihat pelbagai berita di muka akbar . Bagi mengetahui susu itu original atau tidak. Syarikat Mead Johnson Nutrition Malaysia telah mengeluarkan ciri-ciri produk mereka yang tulen. Anda boleh lihat dibawah ini.

Diambil dalam MyMetro

Kesan pengambilan susu tiruan

Melalui pembelian susu pulak, Mead Johson menawarkan 3 saluran online kalau nak buat pembelian secara online. Iaitu LAZADA, 11STREET and SHOPEE..Pastikan anda melayari setiap website ini memasuki page official store Mead Johson . Bole lihat dibawah ini.>>PEMBELIAN ONLINE





Popular Posts