Wednesday, 21 May 2014

Goodies My Wedding

Persiapan perkahwinan bermula daripada pencarian barang-barang dan kelengkapan majlis perkahwinan, iaitu meliputi goodies untuk bagi VIP, VVIP dan tetamu biasa. Jadi persiapan majlis perkahwinan ini sepatutnya telah dirancang oleh bakal pengantin. Jadi kebetulan saya dan keluarga pak su saya ingin ke Perlis terutamanyadi ke Santun Thailand dan Padng Besar Perlis, saya dan paksu telah pergi ke beberapa tempat untuk mencari barang kahwin serta goodies bagi para tetamu saya nanti.

Jika di Perlis, saya dan keluarga paksu singgah sebentar di Padang Besar Perlis  dan Wang Kelian yang terletak antara sempadan Perlis dan Thailand. Kalau anda hendak ke situ pastikan anda membawa BEG BESAR anda sebagai tempat mengisi barang..jadi...xla susah-susah korang bawa beg shopping korang kiri san kanan. Memang banyak pilihan ada di sana..barang-barang seperti cenderahati eloklah dapatkan di Wang  Kelian. Ini kerana, harga barang di sana lebih murah berbanding di Padang Besar Perlis.

Hari ke-2 berada di Perlis, kami sekeluarga bergerak ke Wang Kelian (Satun Thailand), hari yang cukup panas..masing-masing travel bawa topi pelindung..huhu. Jadi dari awal pasar hingga ke hujung pasar kami berjalan..memang murah-murah barang mereka. 


Pelancong boleh moto ini jika tidak mengunakan kaki untuk mengelilingi pasar di sini- Wang Kelian.


Mercu tanda pintu masuk ke Thailand
Seterusnya kami bergerak ke Padang Besar Perlis..yup memang kami jangkakan di sebelah petang keadaan pasar sangat ramai, ramai dari luar negeri dating untuk melihat barang-barang yang terjual disini. Jadi saya dan mak su telah mengelilingi satu pasar disitu dan kebetulan kami terserempak dengan promosi goodies untuk bakal pengantin. Jadi kami decide mencari bekas / beg kain untuk dijadikan goodies bagi tetamu yang akan datang nanti.

Beg Kain/Kertas
Harga yang ditawarkan pada waktu tu hanya RM 0.20 pcs, so saya mengambil dalam 1000 keping beg kain di atas 500 keping berwarna pink dan 500 keping lagi berwarna ungu.  Jadi jumlah keseluruhan RM200.00 sahaja. Ok.. untuk yang kedua pulak saya cadang goodies untuk warga penanggah, sanak saudara, keluarga pihak lelaki dan kawan-kawan saya berfikir untuk menyediakan goodies potpotri seramik.

Memang murah saya dapat harga dengan pemilik kedai ini hanya RM 0.60 pcs sahaja jadi saya memilih 300 pcs untuk goodies para tetamu istimewa saya. Jadi harga keseluruhan RM 180.00.

contoh gambar sahaja

contoh sahaja

Kalau dikirakn di KL memang saya tak dapat harga macam ini. Rezeki hari itu kebetulan ada promosi. Alhamdulilah..Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin tambah dalam goodies ini antaranya air mineral,gula-gula dan biskut. Bagi kanak- kanak pulak, saya syorkan untuk memberi gula-gula polipop yang sudah diikat dengan reben dengan kad ucapan terima kasih.



Popular Posts