Semua orang mahukan impian untuk hidup bersama, begitu juga dengan aku. Ok! Apa yang saya nk ceritakan pasal majlis pertunangan saya dengan ehem2 saya..fisrt memanglah saya ni anak first kemudian, kenduri pun orang kata lau anak first mestilah ramai orang nak mengunjungi rumahkan. So apa yang aku plan memang payah sedikit. Macam-macam dalam pikiran di kepala nak wat itu ini. So aku decide nak wat ala kadar sahaja. Theme majlis tuning warna pink cair.. so aku dok lah search-search butik kawin yang menawarkn pakej menarik. Da dekat sangat, saya pun memilih butik Ain Safar,,,cantik je pelamin yang di buatnya. .Budget RM 700 so memang fitla budget saya dengan apa yang saya cari.
So part kedua aku pilih start mencari bunga hiasan untuk hantaran tunang tersebut. Cari bunga dan perhiasan biasanya aku rujuk di laman web sahaja. Warna pink and ungu adalah pilihan aku,,palig yang saya suka adalah membeli bunga di LWD House di Desa Aman, Sungai Buloh. Memang kedai tu merupakan syurga bagi mana-mana wanita meminati bunga dan segala perhiasan bunga di rumah.
Bahagian hantaran dan hiasan kalau nak beli di Sungai Buloh.bolehjengah di 2 jenis kedaii iaitu di belakang shopping complex The Store sebelah kedai menjual tayar kereta manakala di sungai buloh lama berhadapan dengan masjid kuning Sungai Buloh. Dua-dua kedai ini menawarkan barang-barang dan hiasan untuk hantaran dan sebagainya. Manakala nk cari reben..paling murah aku syorkan di sungai buloh baru berhadapan dengan kuarters tentera. Ada deretan kedai cina amoi memang rebenyer memang murah.
Bab Goodies pulak aku decide nak wat mengunakan paper bag. Yah! Apa paper bag..memang macam-macam gaya nak wat paper beg..so aku syorkan kedai makanan ringan yang paling sweettt and murah adalah di sungai buloh jugak di sebelah kedai pameran proton..orang panggil kedai sakai..huhuhu..tu jela aku dengarnyer…owner pulak cina..hehe.
Bab hantaran pulak biasanyer orang buat hantaran menggunakan nombor ganjil iaitu..5-7,7-9,9-12,12-15……so aku pilih 5-7 sahaja..malas nak buat banyak sangat. Tunang je pun kan…Antara barang yang saya pilih untuk teman saya adalah :-
1) Baju kemeja dan sapu tangan
2) Tuala
3) Buah-buahan
4) Coklat and candy
5) Kuih muih
6) Sirih Junjung
7) Kek
Manakala bagi makanan untuk tetamu dna pengunjung yang dating ke rumah kami sekeluarga hanya masak sendiri memandangkan adik beradik mak semuanya pandai memasak,,kami semua cadang masak di rumah sahaja..Menu bagi tetamu yang hadir mak saya nak buat :-
Lauk & Nasi
1) Ikan siakap masak gulai tempoyak
2) Daging dan rebung masak lemak cilia pi
3) Ayam goreng berempah
4) Sambal Sotong
5) Ulam-ulaman
6) Sambal Belacan
Kuih-Muih
1) Kek Coklat
2) Kuih Jala
3) Kuih karipap
4) Kuih popia
Buah-buahan
1) Tembikai
Air
1) Air berperisa orange campur sirap